Adsense

Jumaat, 25 November 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kuasa rap Pitbull

Posted:

Kuasa rap Pitbull

Kuasa rap Pitbull

ARMANDO CHRISTIAN PEREZ, 30, dibesarkan oleh ibunya di Miami, Florida, Amerika Syarikat selepas ibu dan bapanya bercerai ketika dia masih kecil. Tuah tidak menyebelahinya setelah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya akibat terlibat dengan pengedaran dadah, sebelum akhirnya terpaksa menumpang bersama keluarga Roswell di daerah Georgia.

Dalam pada meniti hidup yang terumbang-ambing dan mencari identiti diri, jejaka yang menjenamakan dirinya sebagai Pitbull itu merelakan dirinya disalut pengaruh rapper seperti Nas, Notorious B.I.G dan Big Pun.

Setelah berjaya menamatkan persekolahannya di Sekolah Tinggi Coral Park, dia memutuskan untuk mengakhiri zaman ilmiah. Sebaliknya itu menjadi titik permulaan dunia baharunya iaitui rapping.

Sebagai menghargai peminat begitu jua tempat asalnya, kata Pitbull: "Tanpa Miami, tiadalah Pitbull, dan tanpa peminat juga tiada Pitbull, saya sentiasa menghargai cinta kalian."

Pada tahun 2002, dia telah diundang sebagai rapper jemputan dalam album Lil Jon dan East Side Boyz berjudul Kings of Crunk. Kemudiannya, dia mencipta skor muzik untuk filem 2 Fast 2 Furios bertajuk Oye.

M.I.A.M.I hingga Rebelution

Perjalanan seninya kian mekar bercambah, akhirnya Pitbull berhasil menerbitkan sebuah album debut M.I.A.M.I (akronim Money Is a Major Issue) pada tahun 2004 di bawah syarikat rakaman TYT Records.



Mujur baginya memiliki nama-nama hebat antaranya Fat Joe, Tricky Daddy dan Lil Jon untuk berkolaborasi sehingga meletakkan album itu di tangga 14 carta Billboard Hot 200 yang kebanyakannya dibantu oleh single Culo dan Toma.

Mengikut jejak langkah kejayaan M.I.A.M.I setelah dua tahun dilancarkan, Pitbull muncul pula bersama album El Mariel yang merujuk kepada sebuah bot yang diguna untuk mengangkut pendatang dari Cuba ke Florida dalam filem Scarface.

Dia mendedikasikan album itu khusus buat bapanya yang meninggal pada bulan Mei tahun yang sama. Menerusi projek itu, Pitbull mendaki tangga nombor dua Billboard Hot Rap Albums dan juara carta Independent. Menerusi carta Billboard Hot 200, dia menduduki tangga ke-17.

"Saya sentiasa memegang kata-kata bapa saya biarpun kami tidak sehaluan. Nasihatnya pada saya, duit yang datang dengan mudah akan hilang dengan mudah," ceritanya yang diajar oleh bapanya yang sering mengambil inspirasi daripada puisi José Martí.

The Boatlift muncul pada tahun 2007. Walaupun memiliki sumbangan vokal daripada penyanyi hebat seperti Trina, Jim Jones dan Llyod, album itu gagal berada di tangga 20 terbaik carta Billboard Hot 200.

Sekadar di carta 50 terbaik dan hanya 22,203 salinan album terjual pada minggu sulung pelancaran dan setelah minggu ketiga Pitbull menjunam ke carta 134.

Bangkit semula menerusi album Rebelution, dua daripada singlenya, I Know You Want Me (Calle Ocho) dan Hotel Room Service menduduki carta 10 teratas Billboard Hot 200. Lagu Blanco pula dijadikan runut bunyi filem Fast and Furious.


MARC ANTHONY (kiri) juga tidak terlepas berganding dengan Pitbull yang diakui mempunyai kredibiliti sendiri sebagai seorang rapper.


Tahun lalu juga, Pitbull akhirnya mengeluarkan sebuah album berbahasa Sepanyol berjudul Armando dan single Bon Bon menduduki carta lima teratas Latin Billboard.

Planet Pit

Sementara itu, pada bulan Jun lalu sebuah album berbahasa Inggeris berjudul Planet Pit telah dilancarkan.

"Bukan bermaksud saya raja di bumi ini tapi saya rasakan saya sedang membina planet saya sendiri sekarang," katanya berkenaan judul album keenamnya.

Dalam album itu, Pitbull berkolaborasi dengan T-Pain menerusi single pertamanya, Hey Baby (Drop It To The Floor). Turut berkolaborasi dalam album itu ialah Jennifer Lopez dalam lagu On The Floor.

Pada bulan Mac pula, single keduanya Give Me Everything kolaborasi bersama Ne-Yo, Afrojack dan Nayer menggungguli carta Billboard Hot 100 tiga bulan kemudiannya.

"Saya telah mencuri perhatian ramai pendengar sama ada dalam lagu saya sendiri mahupun kemunculan dalam karya orang lain.

"Sejak daripada single, I Know You Want Me (Calle Ocho) lagu saya sudah menjelajah seluruh dunia dan saya lihat impak yang global iaitu menyatukan semua orang melalui muzik saya.

"Jadi sekarang saya tetapkan matlamat lebih tinggi, yakni menjadikan sebuah planet dinamakan Planet Pit. Sudah tiba masanya untuk saya digelar Mr. Worldwide," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar luar negara.

Tambahnya, evolusi muzik dalam dirinya mempengaruhi penciptaan Planet Pit.


PITBULL berkolaborasi dengan Jennifer Lopez (kiri) untuk lagu On The Floor.


"Saya membesar dalam muzik salsa, merengue, bachata, freestyle dan datang pula hip hop kepada saya. Saya campurkan kesemuanya dalam satu balang dan jadikan ia paella dalam bahasa Sepanyol," katanya yang mencipta adunan dalam album itu.

Antara lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini ialah Rain Over Me (duet bersama Marc Anthony), Where Do We Go (Jamie Foxx), International Love (Chris Brown) dan Castles Made of Sand (Kelly Rowland).

Krisis Lindsay Lohan

Ditanya dengan siapa dia benar-benar ingin berkolaborasi dalam album, jawabnya hanya dengan orang yang benar-benar ingin menggegar dunia bersamanya.

"Tapi saya amat berharap untuk bekerjasama dengan Celia Cruz, malangnya dia telah pergi dulu," ujarnya yang selesa bekerjasama dengan Jay Z.

Single popularnya Give Me Everything bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila ada antara liriknya terkandung ayat yang mengkritik cara hidup bintang bermasalah, Lindsay Lohan.

Menurut laporan akhbar luar negara, Lindsay dikatakan memfailkan saman terhadap Pitbull atas dakwaan menjejaskan reputasi dan nama baiknya melalui lirik lagu berbunyi 'I got it locked up like Lindsay Lohan'.

Bagaimanapun, Pitbull membuat saman balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Mean Girl itu.

Pitbull dalam masa yang sama memohon maaf atas lirik lagu itu yang dikatakan tidak bermaksud untuk menjejaskan reputasi mana-mana artis.

Full content generated by Get Full RSS.

Evolusi muzik Monoloque

Posted:

Evolusi muzik Monoloque

Evolusi muzik Monoloque

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


LOQUE (tengah) bersama anggota Monoloque yang lain berazam mencipta gelombang evolusi dunia muzik Malaysia.


BERKONSEPKAN penceritaan atau hikayat menerusi album muzik, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Monoloque, ingin menyuntik kelainan di dalam album sulung mereka yang berjudul Jejak Tanah, Hikayat Halimunan Abad ke 21.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang jejaka iaitu Loque (vokalis dan gitar), Kadax (gitar bass), Loko (pemain dram), Ijoo (gitar utama) dan Apex (gitar) yang ditemui semasa pelancaran album sulung mereka di Hard Rock Café, Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan album ini menggunakan konsep yang berbeza dari apa yang dipersembahkan sebelum ini.

Ujar Loque, album ini merupakan sebuah trilogi yang mana album kali ini merupakan yang pertama dan album-album seterusnya akan dilancarkan kelak namun bukan dalam masa terdekat ini.

"Ia merupakan trilogi kerana tidak cukup untuk memuatkan semuanya di dalam sebuah album. Kami akan melancarkan baki dua album tersebut mungkin di dalam tempoh lima tahun lagi.

"Jadi, dengan perancangan ini, ia akan memberi ruang dan hala tuju kepada kumpulan Monoloque dengan memenuhi masa menyiapkan album trilogi ini," jelas Loque yang pernah menjadi anggota kumpulan Butterfingers.

Namun, apa yang pasti konsep muzik yang dipersembahkan Monoloque menerusi album sulung mereka ini memang kedengaran berbeza.

Tambahnya, idea ini hadir kerana mereka mahukan lagu yang lebih ke arah teater ataupun seolah-olah sebuah penceritaan ataupun hikayat.

Kata Loque sebagai penggubah lagu dan senikata, ini merupakan percubaan untuk merealisasikan impian tersebut untuk membuat sebuah konsep album yang bukan hanya sekadar lagu dan lagu-lagu di dalam album ini juga bersangkut paut penceritaannya antara satu sama lain.

Tradisional

"Muzik Malaysia perlu mempunyai evolusi. Ini merupakan abad ke 21 di mana industri muzik juga perlu maju sebagaimana orang Malaysia ingin maju.

"Kita tidak boleh berada di takuk lama jika ingin maju dan mestilah menerima pembaharuan," tegas Loque yang mana katanya ini merupakan sumbangan mereka terhadap evolusi muzik Malaysia sendiri.

Lagu-lagu dalam album ini semuanya diberi suntikan tradisional, namun telah diolah mengikut acuan Monoloque .

"Jika pertama kali mendengarnya, anda tidak akan kedengaran bunyi keroncong mahupun seruling di dalam lagu tersebut.

"Ini kerana kami memodenkan bunyian tersebut, di mana sebagai contoh, bunyi seruling kami tidak gunakan alat tersebut namun bunyikannya melalui gitar," jelasnya panjang lebar mengenai suntikan elemen tradisional di dalam album ini.

Canggung

Loque menegaskan lagi, mungkin ada sesetengah dari mereka yang menganggap Monoloque ingin membuat konsep tradisional, tapi sebenarnya ia tidak kelihatan seperti yang disangkakan.

Jelasnya, apa yang ingin mereka lakukan ialah dengan mengambil elemen muzik tradisional dan dihidupkan semula serta memberi nafas baharu mengikut aliran muzik kini.

"Kami akan buat ia mengikut cara kami, dan tidak dinafikan ada juga yang akan tidak menyukainya dan mungkin ada yang meminati. Ini merupakan abad ke 21 industri muzik perlu maju sebagaimana orang Malaysia ingin maju. Kita tidak boleh berada di takuk lama jika ingin maju dan mestilah menerima pembaharuan," katanya.

Kebiasaannya, kelainan atau perbezaan akan menyukarkan penerimaan masyarakat yang telah biasa disajikan perkara yang normal.

Ketika diaju persoalan tidakkah Monoloque risau pendengar mungkin berasa canggung dengan evolusi ini, jawab Loque: "Pembaharuan sememangnya sukar diterima pada awalnya, namun ia merupakan sesuatu yang subjektif yang mana Loque berharap peminat akan membuka mentaliti mereka untuk menerima evolusi dalam muzik tempatan."

Album yang dihasilkan dalam tempoh dua tahun ini mengandungi lapan buah lagu iaitu Kupu-kupu Malam, Kekanda Adinda, Cinta, Gurindam Hutan Batu, Tiada Kata Secantik Bahasa, Hapuskan Air @ Matamu, Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) dan Penghormatan Terakhir.

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai Monoloque dan album yang kini sudah berada di pasaran ini boleh layari www.monoloque.com.

Full content generated by Get Full RSS.

Jamal Abdillah ke Terengganu

Posted:

Jamal Abdillah ke Terengganu

Jamal Abdillah ke Terengganu

Oleh MANIRAH OTHMAN


NANTIKAN kemunculan Jamal Abdillah di Terengganu yang akan membuat persembahan sempena konsert dan makan malam di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 30 November ini.


AURA yang dicipta lelaki ini cukup luar biasa. Bermula dengan kejayaan memenangi Bintang RTM pada 1979, alunan suara jantannya terus memukau sehingga ke hari ini.

Malah, dengan status sebagai Raja Pop, lelaki bernama Jamal Abdillah ini sering diletakkan pada kelas tersendiri berbanding penyanyi lain.

Justeru, kemunculannya di Terengganu untuk membuat persembahan sempena konsert dan makan malam di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 30 November ini begitu dinantikan.

Manakan tidak, tempat duduk sebanyak 50 meja yang disediakan untuk peminat di Permata Ballroom, hotel tersebut sudah hampir penuh ditempah sejak ia dibuka kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Pengurus Besar Hotel Permai, Azman Ali, penganjuran konsert berkenaan dilakukan kerana permintaan ramai untuk melihat penyanyi yang mempunyai aura tersendiri itu dengan lebih dekat lagi.

Paling menarik katanya, pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan pula berdasarkan kajian terhadap kira-kira 430 orang peminat Jamal mengenai lagu yang mereka mahu didendangkan penyanyi itu sempena konsert tersebut.

"Antara lagu yang mendapat permintaan paling tinggi ialah Tidurlah Permaisuri, Derita Cinta dan Di Sudut Kamar Hatiku," katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Jelasnya, dengan pemilihan lagu-lagu tersebut, peminat akan dapat mendengar denda- ngan lagu kegemaran berdasarkan undian mereka secara langsung daripada Jamal pada konsert tersebut.

Menurut Azman lagi, Jamal akan membuat persembahan selama satu setengah jam yang mana lima buah lagu penuh dan empat buah lagu medley akan disampaikan dalam dua sesi.

Tidak cukup dengan itu, katanya, seorang peminat bertuah akan dinilai oleh pihak penganjur pada malam tersebut dan yang pastinya ia akan meninggalkan kenangan sepanjang zaman.

Katanya, ini kerana peminat tersebut akan diberi peluang berduet dengan penyanyi kesayangan ramai itu melalui lagu Sandarkan Pada Kenangan.

Selain itu tambahnya, bagi pengunjung yang lain, selain bakal dihibur- kan juara Bintang RTM 1979 itu, mereka juga bakal menikmati hidangan makan malam enak yang disediakan oleh pihak hotel.

Dengan tiket berharga RM200, RM250 dan RM300, pengunjung yang hadir dijanji- kan dengan hidangan yang membuka selera dengan hiburan daripada kumpulan residensi Hotel Permai.

Selepas itu, acara sebenar majlis akan bermula dan selain persembahan daripada Jamal Abdillah, majlis akan turut diselitkan dengan acara cabutan bertuah yang melibatkan barangan bernilai lebih RM20,000 kepada pengunjung bertuah.

"Bagi yang kurang bertuah tidak perlu bersedih kerana hadiah misteri akan diberikan kepada setiap daripada yang datang sebagai kenangan.

"Masih ada tempat lagi untuk peminat Jamal, namun mereka harus membuat tempahan dengan kadar segera kerana tempat duduk agak terhad," ujarnya yang juga memberitahu untuk membuat tempahan tiket boleh menghubungi talian 09-6222122.

Full content generated by Get Full RSS.