Harian Metro: Rap |
Masa terbaik timba ilmu bisnes Posted: 08 Nov 2011 06:32 AM PST APABILA wajahnya jarang muncul di televisyen, ramai menganggap pelakon Ainul Aishah sudah tidak lagi minat berlakon. Hingga ada yang menyebarkan cerita pelakon hitam manis ini sudah bersara dari bidang lakonan. Hakikatnya, perjalanan pemilik nama Ainul Aishah Azizun yang sudah lima tahun membina nama di persada hiburan tanah air masih jauh dalam bidang lakonan. "Siapa kata saya sudah berhenti berlakon? Cerita itu tak betul. Saya masih minat berlakon dan masih wujud dalam bidang seni. Memang saya memperlahankan aktiviti seni kerana ingin memberi fokus pada bisnes keluarga iaitu restoran Tutti Frutti ketika ini. "Saya juga tidak 'demand' atau selektif sebaliknya berlakon ikut kemampuan sama ada boleh beri komitmen pada lakonan atau tidak kerana pada masa sama, saya juga ceburi bisnes keluarga," katanya.
Tidak lengkap jika tidak menyentuh perkembangan karier seni Ainul. Pelakon ini juga baru selesai berlakon dalam telefilem seram, 696 Kilometer untuk saluran TV2 bergandingan dengan Nazim Othman. Penggambaran drama ini berlangsung pada Disember tahun lalu. "Saya pegang watak Amira, gadis 'hippie' yang juga adik kepada Nazim dalam cerita ini. Wataknya tidak berat sangat tapi menarik kerana saya perlu memakai baju dan bergaya imej ala 'hippie'. "Saya juga buat kajian mengenai watak Amira dengan menonton filem berkaitan. Sebelum ini, saya pernah buat projek berkaitan gadis 'hippie' di kolej dan sedikit sebanyak ia membantu saya menggunakan apa dipelajari dalam lakonan. "Selain itu, saya juga menonton filem komedi Hollywood iaitu Seven's That Show untuk mendapat idea berlakon watak Amira itu dengan baik," katanya. Drama lakonannya, Bola Cinta 2 juga menemui penonton di TV3, baru-baru ini. Ainul juga pernah beraksi dalam filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria. Sesibuk mana pun dengan bisnes, penyanyi yang popular dengan single The Old Him ini tidak sesekali melupakan bidang nyanyian yang cukup diminatinya. "Bidang nyanyian semakin sebati dalam diri dan saya tetap teruskan minat itu. Buat masa ini, saya masih berbincang dengan komposer yang terbabit dan mencari bahan untuk single baru nanti. Namun, semuanya, masih dalam perbincangan lagi," katanya. Ainul fokus bisnes keluarga SELEPAS kedai Tutti Frutti Frozen Yogurt di Bandar Baru Bangi, Selangor mendapat sambutan ramai sejak dibuka Februari lalu, Ainul sibuk membantu keluarganya mengusahakan premis keduanya yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan pula. Majlis pelancaran cawangan kedua kedai yogurt Tutti Frutti Nilai akan berlangsung Lot A2,9 Avenue di Taman Korporat Putra Nilai, Negeri Sembilan pada jam 10 pagi, 12 November ini. Kumpulan Naza adalah pemegang lesen utama bagi rangkaian Tutti Frutti di Malaysia. Kata Ainul, dia menceburi bisnes untuk jaminan masa depannya sekeluarga. Baginya, usia muda adalah masa yang tepat untuk timba ilmu bisnes. "Saya memang fokus pada bisnes tahun ini kerana tidak ingin lepaskan peluang yang datang untuk buat perniagaan. Saya percaya tak rugi kalau saya timba ilmu dalam bidang bisnes yang sudah lama ingin diterokai. "Siapa kata saya main-main dan cari glamor untuk buat bisnes? Terus terang, saya memang serius buat bisnes kerana ia membabitkan masa depan. "Sampai bila saya nak berlakon? Kalau saya tak mula sekarang bila lagi? Saya percaya, bisnes Tutti Frutti membawa pulangan lumayan dan boleh buat duit," katanya. Katanya lagi, dia mengimpikan untuk kembangkan empayar perniagaan keluarganya itu. "Saya memang banyak perancangan untuk masa depan tapi semua tidak boleh dilaksanakan sekali gus," katanya. PROFIL NAMA SEBENAR: Ainul Aishah Azizun |
Posted: 08 Nov 2011 06:17 AM PST HANYA tinggal kurang dua minggu acara berprestij Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Acara yang bermula 18 November ini bukan saja menarik perhatian ramai, malah paling diberi tumpuan sudah tentu malam kemuncak dijadual pada 20 November. Seperti penganjuran sebelumnya, banyak perkara diperkatakan.
Walaupun penganjur mengharapkan sesuatu perkara tidak menjadi isu besar, ia sepatutnya dianggap suatu yang positif dalam membaiki kelemahan dan paling penting menyemarakkan promosi acara ini secara besaran. Untuk FFM24, isu promosi turut menjadi persoalan. Merujuk pada acara sampingan, Jelajah FFM24 selesai diadakan di tiga lokasi, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru, apa yang menjadi tanda tanya tiada bajet diberikan untuk aktiviti penting sebegini.
"Acara ini diberi kepada FDAM kerana ada cadangan menyatakan ia penting kerana ia tidak pernah diadakan sebelum ini. Pada peringkat awal, kami ada berikan duit kepada FDAM mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri. "Ini kita buat, tetapi tiada bajet untuk acara ini. Kami berikan kuasa penuh kepada FDAM menjalankan acara ini kerana ia dibuat secara francais seperti Golf Amal Selebriti yang dianjurkan kali ini. "Dalam perkara ini, Gafim memberi peluang kepada persatuan gabungan ambil bahagian. Bagi penganjur, kita mempunyai program lain untuk diberi tumpuan dan menjaga imej FFM24 agar dikenang. "Jika Finas berasakan Jelajah 24 ini penting, mungkin ia dapat diteruskan pada masa hadapan dan diharap mempunyai peruntukan nanti," katanya pada sidang media khas FFM24 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak pula menyokong Jelajah FF24 diteruskan dalam mendekatkan hubungan artis dengan peminat serta mempromosikan acara ini lebih meluas. "Pembabitan kerajaan negeri dalam menjayakan Jelajah FFM24 suatu yang dialu-alukan dan mereka juga mempunyai inisiatif sendiri menjayakan acara ini di tempat mereka. "Apa yang ditekankan, acara ini menjadi langkah pertama dalam membuktikan ia agenda penting untuk diadakan dan berharap diperluas ke kawasan luar bandar," katanya. Pada sidang media khas itu, Mohd Naquib bersama Jurey menjelaskan perubahan tarikh malam kemuncak yang sepatutnya dijadual 19 November tidak memberi masalah besar. Penundaan dibuat atas cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana meraikan kedatangan rakan sejawatnya, Dr Yaacob Ibrahim dari Singapura mengadakan kunjungan kebudayaan selama tiga hari ke negara ini bermula 19 November. Jurey juga menyatakan mesyuarat antara ahli jawatankuasa FFM24 bersama persatuan di bawah Gafim turut diadakan pada setiap minggu dalam memastikan acara tahunan ini berjalan lancar. Gafim percaya persatuan hiburan di bawah naungannya memberikan kerjasama baik. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |