Adsense

Rabu, 9 November 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jawablah!: Tiada orang ketiga

Posted: 08 Nov 2011 02:42 PM PST

Hip

Berpisah penyelesaian terbaik

LAPAN tahun menjalinkan hubungan cinta dan tambahan tiga tahun menjalani kehidupan berumah tangga ternyata masih belum mampu menyelamatkan perkahwinan Nabila Huda Suhaimi daripada terus retak dan tersungkur di pertengahan jalan.

Ikuti jawapan pada persoalan yang diajukan kepada Nabila dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Saya akui bukan mudah untuk mengambil keputusan ini. Kami berdua terpaksa mengambil masa lama sebelum membuat keputusan untuk berpisah. - Nabila

Antara persoalan Hip pada Nabila;
  • Bagaimana status Nabila ketika ini?
  • Khabarnya Nabila nekad mahu bercerai disebabkan tak larat bekerja kerana menanggung suami?
  • Nabila menjalinkan hubungan dengan lelaki kaya serta tidak suka dikongkong?
  • Serik berkahwin lagi?

  • Full content generated by Get Full RSS.

    Misi FINAS berhasil

    Posted: 08 Nov 2011 02:19 PM PST

    Hip

    BALARAMAN (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Mexcomm Agnest Chan mendengar penerangan Ketua Pengawai Eksekutif DLE, Shiiki Ryuta (empat dari Kiri).

    BALARAMAN (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Mexcomm Agnest Chan mendengar penerangan Ketua Pengawai Eksekutif DLE, Shiiki Ryuta (empat dari Kiri).

    Syarikat produksi luar tunjuk minat mendalam dengan industri kreatif tempatan

    MISI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ke Pasaran Kandungan Kreatif di Festival Filem Antarabangsa Jepun (TIFFCOM2011) di Tokyo, Jepun dari 24 Oktober hingga 28 Oktober lalu dianggap berjaya, berdasarkan maklum balas daripada tuan rumah dan negara yang yang menyertai program ini.

    Malahan kehadiran delegasi Malaysia yang diketuai sendiri oleh FINAS menarik minat syarikat penerbitan dan pengedaran dari Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan China untuk mengetahui lebih lanjut industri kreatif negara ini. Di kalangan pembeli dan ejen pemasaran luar negara juga mula menerima penuh minat terhadap filem Malaysia termasuk filem cereka, dokumentari dan animasi.
    Mereka berminat untuk membeli lesen tayangan serta mengadakan penerbian bersama kerana yakin dengan sokongan padu kerajaan Malaysia dan FINAS kepada penerbit tempatan di pasaran filem TIFFCOM.

    Menerusi TIFFCOM2011, FINAS dapat mempromosi dokumentari terbitan perbadanan ini dan filem cereka tempatan di peringkat antarabangsa selain menyediakan landasan kepada penerbit filem untuk menjalin hubungan kerjasama dan rundingan urus niaga dengan syarikat produksi luar negara.

    Pavillion Malaysia, yang turut disokong oleh kerajaan selain Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan FINAS iaitu Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDec) serta mendapat sokongan daripada Perbadanan Perdagangan Luar Negara Malaysia (MATRADE) di bawah satu program yang sama, membuktikan Malaysia mampu berdaya saing setanding dengan negara Asia lain di pasaran filem antarabangsa.
    Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pemasaran FINAS, N Balaraman berkata, usaha yang dilakukan oleh perbadanan ini mendapat kepercayaan daripada pengusaha filem tempatan dan kini kemampuan mereka serta setiap produk yang dihasilkan sudah didedahkan kepada pembeli atau pengedar antarabangsa menerusi program seperti TIFFCOM2011.

    Balaraman berkata sepanjang .empat hari di Tokyo, FINAS bukan sekadar menyertai TIFFCOM2011 tetapi juga mengatur lima lawatan kerja dan satu kunjungan sambil belajar.

    FINAS membawa delegasi Malaysia DLE Inc (Dream Link Entertainment) iaitu syarikat nombor satu di Jepun dalam bidang penerbitan Animasi dalam bentuk Flash Animation.

    Ia disusuli lawatan ke Nippon Animation Co Ltd, iaitu salah satu penerbit animasi terbesar di Jepun yang bermula operasi pada tahun 1975.

    Selepas itu, FINAS melawat Toei Animation, iaitu salah satu syarikat penerbitan animasi yang terkenal di Jepun, disusuli dengan kunjungan ke Imagica Corp., syarikat pasca produksi serta makmal filem terbesar serta moden di Jepun yang telah beroperasi selama 69 tahun.

    Delegasi Malaysia juga turut dibawa melawat stesen televisyen kebangsaan Jepun, NHK dan anak syarikatnya, NHK Enterprise, yang berperanan sebagai syarikat penerbitan filem pelbagai genre bagi siaran NHK.

    Ini diikuti dengan mengunjungi Studio Ghibling Inc., iaitu sebuah studio animasi dan filem yang telah dijadikan sebuah muzium. Muzium ini mempamerkan karakter kartun/anime yang dihasilkan oleh Studio Ghibli yang memenangi anugerah , Animage Anime Grand Prix, termasuk Castle in the Sky (1986); My Neighbor Totoro (1988); dan Kiki's Delivery Service (1989). Pada tahun 2002, Spirited Away memenangi anugerah Golden Bear dan Oscar bagi kategori Best Animated Feature.

    "Kehadiran delegasi Malaysia disambut baik oleh serta menggalakkan daripada pihak Jepun. Penerbit Jepun tertarik dengan hasil kerja serta kualiti penerbitan animasi Malaysia, khasnya animasi jenis 3D, yang dihasilkan oleh tenaga kreatif kita.

    "Mereka berpandangan bahawa animasi terbitan Malaysia setanding dengan Jepun, Korea, China dan seumpamanya. Bahkan, beberapa studio seperti DLE Inc., Nippon Animation, Toei Animation dan juga NEP menjemput penerbit animasi tempatan untuk mengemukakan cadangan projek penerbitan bersama (co-production) untuk pertimbangan," katanya.

    CCTV mahu bekerjasama terbit dokumentari

    Berdasarkan pertemuan dan perbincangan dengan peserta yang menyertai TIFFCOM2011, Balarman berkata, minat daripada negara luar terhadap perkembangan industri kreatif di Malaysia amat positif dan menggalakkan.

    "Sebagai contoh wakil daripada negara Taiwan, Korea, China dan Singapura berminat menjemput FINAS ke negara mereka untuk memberi taklimat berkaitan perkembangan serta program pembangunan industri perfileman Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan, khasnya di bawah Program Transformasi Kerajaan.

    "Mereka juga menunjukkan minat dalam pembangunan Pinewood Iskandar Malaysia Studio di Johor. Pihak China melalui CCTV mencadangkan diadakan kerjasama penerbitan dokumentari antara FINAS dan CCTV, untuk menjalin kerjasama dalam bidang perfileman.

    "Manakala DLE Inc. pula menandatangani MOU dengan salah sebuah syarikat penerbitan animasi tempatan iaitu Sixty2 Pictures Sdn. Bhd., untuk menerbitkan filem animasi baru melalui penerbitan bersama (co-production).

    "Wakil Sixty2 Pictures, Intan Zarinah akan berada di DLE Inc. di Tokyo enam bulan untuk menjayakan projek usaha sama ini," katanya lagi.

    Sementara itu, wakil daripada UNIJAPAN iaitu penganjur TIFFCOM2011, Sachiko Shiota juga mengalu-alukan kehadiran delegasi Malaysia dan menyatakan hasrat untuk mengadakan usaha sama bersama khususnya FINAS dalam menghasilkan idea baru bagi menjayakan program berlandaskan industri perfileman.

    Susulan daripada sambutan memberangsangkan itu, FINAS akan memastikan rombongan ke TIFFCOM 2013 nanti akan diwakili oleh lebih banyak syarikat produksi tempatan, bukan sahaja daripada bidang animasi, tetapi juga membabitkan penerbit filem dokumentari, cereka dan juga syarikat pasca produksi untuk memasarkan perkhidmatan perfileman yang terdapat di Malaysia.

    FINAS juga akan mengenalpasti serta mengaturkan lawatan sambil kerja ke syarikat perfileman yang khusus di Tokyo, yang mempunyai potensi untuk menawarkan projek filem usaha sama kepada penerbit filem tempatan.

    Full content generated by Get Full RSS.