Adsense

Isnin, 10 Oktober 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Al-Fatihah) Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Posted: 10 Oct 2011 08:15 PM PDT

DATUK AHMAD JAIS MENINGGAL DUNIA
Datuk Ahmad Jais dalam kenangan

Datuk Ahmad Jais yang kami kenali dengan lagu-lagu berirama pop yeh yeh dilaporkan telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi.

Dengan ini, kami di Zon Artis mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham diatas pemergian'nya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Joey Hasrat Nikah Watie (Elite) Januari 2012

Posted: 10 Oct 2011 04:38 PM PDT

JOEY DAN WATIE ELITE KAHWIN

Selepas melalui kontroversi dalam rumah tangga, pelakon dan penyanyi, Joey telah memutuskan untuk bernikah dengan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Watie pada Januari tahun depan.

Menurut Joey, keputusan untuk mengambil Watie sebagai isterinya adalah tepat kerana merasakan Watie memenuhi ciri-ciri yang diingininya selama ini selain menganggap ia sebagai jodoh.

"Pertemuan kami seperti telah ditentukan untuk hidup bersama. Saya merasakan Watie adalah orang yang dapat membahagiakan hidup saya hingga ke akhir hayat,"

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan mereka berdua kini, Joey menjelaskan ianya bertambah baik dan dia mengagumi ketabahan Watie yang kini sudah sah sebagai kekasihnya itu.

"Dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya sudah tentu dia akan berasa tertekan dan runsing. Tetapi kami sering berbincang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan Alhamdulillahlah semuanya kembali okey.

"Tambahan pula kami berdua pernah mengalami detik hitam kehancuran rumah tangga jadi kami lebih memahami antara satu sama lain,"

Baru-baru ini, Watie menjelaskan yang dia keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya berhubung penceraian Joey.

Watie meluahkan dia amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai punca kepada keretakan rumah tangga Joey walaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai.

Sementara itu, ditanya lanjut mengenai perancangan mendirikan rumah tangga dengan Watie, Joey menjelaskan dia tidak berfikir untuk mengadakan majlis besar-besaran tetapi lebih menumpukan kepada ikatan yang bakal terjalin.

"Saya tidak begitu memikirkan tentang majlis perkahwinan secara besar-besaran kerana sebaliknya yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin nanti, Insya-Allah,"

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.