Berita Harian: Hip |
Posted: 09 Oct 2011 02:49 PM PDT Hip Diam bukan bermakna sepiWALAUPUN menampilkan lakonan yang mantap sehingga pernah diangkat sebagai Pelakon Drama TV Wanita Terbaik, namun itu belum dapat meletakkan nama Elaine Daily sebaris dengan pelakon popular sekarang. Tapi itu tidak menggusarkan Elaine. Mungkin dia berpendapat, biarlah populariti datang seiringan dengan kualiti kerja dan persembahan yang diberikan dalam setiap produksi membabitkan dirinya.Cuma akhir-akhir ini, saya jarang menerima tawaran berlakon. Jadi saya putuskan tiada lagi lakonan buat sementara waktu dan ruang yang ada lebih banyak diisi dengan kerja mengacara - Elaine, Pelakon/pengacara. Lakonannya yang bertenaga dan meninggalkan kesan kepada penonton dalam drama Apa Dosaku membuatkan dia layak dipilih sebagai Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) pada Januari lalu.Mereka yang pernah menonton drama lapan episod Satu Ketika...Apa Dosaku yang disiarkan di sebuah stesen TV pada 5 Mei lalu, pastinya tidak akan mempertikaikan kemenangan Elaine. Dalam drama itu, dia memainkan watak Sybil Kahtigasu, wanita yang didera dengan kejam kerana mempertahankan negara pada zaman Jepun. Drama itu sendiri memberi kesan peribadi kepada Elaine. Sybil bukan orang lain dalam hidup Elaine. Wanita cekal itu adalah nenek saudaranya. Bagaimanapun watak Sybil diberikan kepadanya bukan diberikan kerana mempunyai pertalian, tetapi penerbit drama itu Lina Tan langsung tidak tahu menahu mengenai hal berkenaan. Namun tegas pelakon berusia 34 tahun ini, peluang untuk berlakon tetap diterima, cuma mungkin publisiti yang kurang meluas menyebabkan kehadirannya dalam dunia seni seolah-olah tidak disedari. Ketika ini wajahnya boleh dilihat sebagai seorang daripada perantara program bual bicara mengenai hal berkaitan kewanitaan dan keluarga, Bella di ntv7, digandingkan dengan Daphne Iking dan Deborah Henry. "Cuma akhir-akhir ini, saya jarang menerima tawaran berlakon. Jadi saya putuskan tiada lagi lakonan buat sementara waktu dan ruang yang ada lebih banyak diisi dengan kerja mengacara. "Saya tetap menanti karya yang betul-betul mampu mencabar keupayaan lakonan. Mungkin belum tiba masanya. "Ketika ini saya baru selesai mengacara sebuah program TV realiti mengenai pencarian model terbaru di Malaysia. Program ini baru disiarkan 25 September lalu," kata kata pemegang Ijazah Undang-Undang dari External University of London dan Sijil Amalan Guaman dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur itu. Walaupun mendakwa tidak menerima sebarang tawaran berlakon, tetapi bekas Ratu Cantik Malaysia 1999 dan 2003 itu juga sebenarnya adalah antara pelakon yang membintangi filem Hidden bersama-sama Erra Fazira dan bintang Hollywood, Christopher Atkins. Atkins pernah dikenali sebelum ini di zaman mudanya selepas bergandingan dengan aktres jelita Brooke Shields menerusi filem The Blue Lagoon pada 1980. Filem bercorak thriller itu terperap sejak empat tahun lalu dan akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 13 Oktober depan. Hidden diarahkan Sameet Baadkhar. Seperti Erra, Elaine juga menarik nafas lega apabila filem ini akhirnya ditayangkan di panggung wayang tempatan. "Lama menanti juga. Tak sangka ia akan menemui penonton di sini tak lama lagi. Selain Hidden saya juga menanti filem Cahaya arahan Johan John. "Filem ini sebenarnya sudah siap menjalani penggambaran dan proses suntingan. Bagaimanapun, hingga saat ini saya tidak tahu bila filem akan ditayangkan, " katanya sambil berharap Cahaya juga akan menemui peminat seperti Hidden. Menyentuh mengenai kehidupan peribadinya, Elaine sambil tersenyum menyatakan bahawa belum berkahwin walaupun usianya sudah lebih 30 tahun, bukanlah satu isu besar kepada dirinya. Menurutnya, sudah menjadi lumrah di kalangan mana-mana wanita, memberi keutamaan kepada kerjaya terlebih dahulu berbanding memikirkan soal peribadi. "Selepas berpisah dengan Hans Isaac, saya ada menemui pengganti lain. Namun semuanya tidak lekat dan belum takdir saya bertemu jodoh. Tak mengapalah, saya gembira dengan kehidupan solo. "Nak mencari kekasih pun kenalah betul-betul, bukan sekadar syarat hanya nak kahwin," katanya yang semakin fasih bertutur bahasa Melayu selepas terbabit dalam banyak drama tempatan menggunakan bahasa kebangsaan. Sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan, Elaine sudah membintangi filem Di Ambang Syurga, X-Wave, Los Dan Faun, The Red Kebaya, Cuci, Hidden dan Caya. Dia sudah berlakon dalam berpuluh drama antaranya Getting Together, Private Eye, Buddies, Kopitiam, Menyamar Sutradara, Each Other, Astana Idaman, Front Pade, Kerana Karina, Menyamar, Bila Cinta Berbicara, Ku Mohon dan Apa Dosaku. Dalam bidang pengacaraan TV, selain Bella, Elaine pernah menjadi hos untuk program Money Tree, Awas, Technokids dan The Breakfast Show selain pernah terbabit dalam dunia pementasan berjudul Tea dan Odd Couple. Penghargaan |
Posted: 09 Oct 2011 02:44 PM PDT Hip Martias Ali (kiri) dan Ismail Ahmad. MANA satu betul? Skrip cerita persatuan ini memang menarik, penuh dramatik dan konflik apabila seorang mendakwa masih Presiden sah, sedangkan seorang lagi pada masa mengaku Pemangku Timbalan Presiden. Inilah yang berlaku dalam Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) yang membayangkan seolah-olah seperti dalam persatuan yang sama, ibarat satu kapal dua nakhoda. Apa sekalipun, ini menunjukkan berlaku kemelut yang tidak berkesudahan dalam persatuan hiburan.Bagi pandangan saya, seseorang pemimpin itu perlu dipilih oleh ahli, jika ahli tidak mahu, tidak bolehlah menjadi pemimpin. Hakikatnya, ahli SWAM sendiri yang mengadakan EGM dan menolak Ismail menjadi pemimpin. - Martias Ali, Pemangku Timbalan Presiden SWAM Perkara seperti ini yang dikatakan oleh Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey Latif Rosli minggu lalu bahawa pelbagai masalah dalaman persatuan hiburan akan membawa kesan tidak baik daripada kaca mata masyarakat.Justeru, bukan menjadi satu kesalahan dan tidak sepatutnya juga dianggap sebagai campur tangan apabila GAFIM memberikan surat tunjuk sebab atau penjelasan mengenai kedudukan kepimpinan dalam SWAM. Apabila Hip menghubungi kedua-dua individu dalam SWAM untuk mendapatkan ulasan mengenai surat tunjuk sebab dari GAFIM, ia seakan-akan memberi gambaran berlaku konflik yang sukar diselesaikan kerana masing-masing mempunyai hujah dan sebab tersendiri. Pemangku Timbalan Presiden SWAM, Martias Ali berkata, dia akan memegang jawatannya itu bersama Jamil Mutalib sebagai Pemangku Presiden sehingga persatuan ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk memilih barisan barisan kepimpinan yang baru. "Setakat ini, saya dan Jamil menguruskan SWAM sehingga AGM diadakan, mungkin pada tahun depan," katanya. Ditanya mengenai surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh oleh GAFIM, Mathias menjelaskan gabungan itu hanya hanya membincangkan berkenaan FFM24 dan bukan berkaitan dengan masalah dalaman SWAM. "Memang GAFIM sendiri tidak tahu mana satu pihak yang berada di landasan benar, sebab itulah kita diberikan surat tunjuk sebab untuk menjelaskan kedudukan sebenar ini dan kami diberi tempoh selama dua minggu," katanya. Martias juga berkata, dia mendapat maklumat bahawa Presiden SWAM sekarang, Ismail Ahmad turut mengadakan EGM pada 8 Oktober lalu untuk memilih barisan AJK baru persatuan. "Bagi pandangan saya, seseorang pemimpin itu perlu dipilih oleh ahli, jika ahli tidak mahu, tidak bolehlah menjadi pemimpin. Hakikatnya, ahli SWAM sendiri yang mengadakan EGM dan menolak Ismail menjadi pemimpin," katanya lagi. Menurutnya, pada EGM lalu, Ismail juga sudah diundang tetapi tidak menghadirkan diri. "Apabila Ismail tak hadir, ahli SWAM buat keputusan melantik pemangku kerana mereka tidak mahukan (Ismail) lagi," katanya. Ismail turut didakwa mengambil tindakan menghalang mereka daripada memasuki pejabat SWAM di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang. "Kunci pejabat sudah ditukar dan kami dihalang masuk. Beberapa peralatan dalam pejabat dibawa keluar dan tiada siapa berada di dalam pejabat itu," katanya yang melihat kejadian itu sebagai satu permainan yang cukup tidak matang. Martias berkata, mereka berusaha menghubungi Ismail untuk berbincang dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku tetapi tapi sia-sia saja. "Kami ada hubungi tetapi kandungannya (sistem pesanan ringkas) tidak menarik," katanya. Menurutnya, sebagai ahli SWAM, dia keliru berkenaan matlamat yang mahu diperjuangkan Ismail. "Hanya berlandaskan kata-kata hebat tidak mencukupi kerana persatuan perlu digerakkan. Dalam soal kewangan, kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Misalnya, setiap cek persatuan yang dikeluarkan sepatutnya perlu ditandatangani Presiden, Timbalan Presiden dan Bendahari. "Sebaliknya, cek yang keluar bukan atas nama persatuan tetapi nama peribadi serta tidak ditandatangani Bendahari. Mungkin Ismail ada sebab untuk berbuat begitu. Sebab itulah, kami mahu Ismail memberikan penjelasan mengenai setiap kemusykilan ini," katanya. 'Saya masih Presiden sah' Biarpun diasak dengan pelbagai dakwaan, Presiden SWAM, Ismail ketika dihubungi tenang menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan ahli SWAM terhadapnya serta menganggap semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebagai tidak berasas dan bersifat liar. "Saya masih Presiden SWAM yang sah di sisi undang-undang dan mengikut perlembagaan persatuan. "Mungkin saya kurang pandai seperti mereka tetapi saya hanya ikut undang-undang saja. Mereka bijak sebab itulah mereka membuat tindakan mereka sendiri," katanya. Bertanya soal benar atau tidak beliau akan mengadakan EGM seperti yang diura-urakan, Ismail tidak menafikan perkara itu. "Ya! EGM itu diadakan pada 8 Oktober. Saya tidak pandai-pandai buat tetapi setelah menerima nasihat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman untuk mengadakan EGM ini, barulah saya bertindak. "EGM ini diadakan juga kerana AJK SWAM ketika ini hanya tinggal tiga orang saja disebabkan beberapa masalah seperti keahlian tamat tempoh. Oleh itu barisan kabinet baru akan dilantik pada EGM ini," katanya. Ismail juga mendakwa pemilihan Jamil sebagai Pemangku Presiden SWAM sebagai tidak sah kerana Jamil tidak membayar yuran keahlian sejak tahun 1997. "Keahlian Jamil sudah tamat tempoh pada tahun 1997. Dia hanya membayar yuran sebanyak RM50, jadi bagaimana dengan yuran tertunggaknya itu? Jadi di sisi perlembagaan tidak sah sesuatu perlantikan jawatan itu kerana keahliannya tidak sah," katanya. Berhubung dengan dakwaan memecah masuk pejabat SWAM, Ismail berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu. "Mereka yang pecah masuk, mengambil kepala surat persatuan, mencuri data dan sebagainya. Oleh itu saya buat laporan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan polis. "Kalau mereka mahu menuduh saya, saya juga boleh buat tuduhan kepada mereka membabitkan beberapa hal," katanya yang terus berpegang prosedur yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |