Adsense

Isnin, 10 Oktober 2011

Celebrity News

Celebrity News


Video Aksi Panas Filem 3gp lakonan Mimifly Kumpulan ONE

Posted: 10 Oct 2011 08:46 AM PDT


Dan berikut jawapan Mimifly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham mengenai gossip panas yang melanda ketika filem 3gp semakin hampir dipawagam. Dan ia sudah pasti menjadi tanda tanya kepada penonton diluar sana apakah adegan panas dan lucah yang digempar gempurkan dilaman blog dan media cetak baru-baru ini. Jika anda ingin menontonnya, tunguuuuu..ZoOM pun nak menyaksikan apakah yang istimewanya dalam filem ini.
Mengenai filem terbaru, Klip 3GP, yang akan ditayangkan pada 13 Oktober ini, bukan Mimi sahaja yang membintangi filem tersebut.
Malah, Jojo dan Zydee turut memainkan peranan dalam kisah tentang video lucah yang disebarkan menerusi Internet.
"Ini merupakan filem pertama kami dan ia adalah satu pengalaman besar buat kami yang tidak tahu apa-apa tentang dunia perfileman dan lakonan.

"Lebih-lebih lagi watak saya sebagai Maya seorang wartawan yang menjadi mangsa ugutan seorang rakan berhubung satu rakaman hubungan sulit. Manakala Zydee dan Jojo pula merupakan dua rakan yang nakal di mana mereka suka 'skodeng' dan mengambil video-video lucah.
"Ya, terdapat beberapa adegan panas dalam filem ini, tetapi saya gembira kerana ONE telah memberikan komitmen 100 peratus dalam menjayakan Klip 3GP," katanya.
Mimi juga bersedia menerima kritikan daripada peminat-peminatnya lebih-lebih lagi jika mereka tidak sukakan watak yang dibawa.
"Dalam filem ini, saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan watak Maya. Dan harus diakui, adegan-adegan panas semestinya akan menjadi perhatian dan kritikan banyak pihak.
Trailer 3gp :


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Rawatan Gigitan Ikan Di SPA Memudaratkan Kesihatan

Posted: 10 Oct 2011 08:09 AM PDT


Pernahkah anda mencuba rawatan alternatif gigitan ikan di Spa, rawatan ini semakin menjadi kegilaan dan aktiviti kepada yang suka dan percaya cara rawatan sebegini. Namun timbul desas desus mengatakan rawatan ini menyebabkan kesan negative jika tidak dikawal dengan sebaik mungkin. Dan berikut maklumat lanjut yang boleh kita kongsi bersama terutamanya kepada anda diluar sana yang selalu mencuba alternatif perubatan ini.


ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan. 

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.
Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82). 

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat. 

"Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV," kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi. 

Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi


ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai perubatan gigitan ikan ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!