Adsense

Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jarak usia tidak halang cinta Yasmin, Sha'arin

Posted:

Jarak usia tidak halang cinta Yasmin, Sha'arin

Jarak usia tidak halang cinta Yasmin, Sha'arin

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


JARAK usia 15 tahun antara Sha'arin dan Yasmin Hani tidak menghalang cinta mereka hingga ke gerbang perkahwinan.


PENGACARA, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson lega apabila jodohnya dipertemukan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat lalu.

Biarpun bertemu jodoh pada usia 32 tahun tetapi anak kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak menganggapnya sebagai terlambat, malah bersyukur dijodohkan dengan Sha'arin yang 15 tahun lebih tua daripadanya.

Menurut Yasmin, dia tidak menganggap jarak usia antaranya dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu sebagai penghalang cinta yang mereka bina di mana ia kemudiannya berakhir dengan ikatan suami isteri.

"Saya tidak anggap faktor jarak usia sebagai penghalang kerana saya selalu berfikiran positif, apatah lagi saya dapati Sha'arin seorang yang penyayang. Itu adalah kriteria seorang lelaki yang saya impikan untuk dijadikan suami.

"Selain itu, saya juga tertarik dengan suami saya kerana dia seorang yang gemarkan cabaran dan menitikberatkan soal kekeluargaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis resepsi di Duchess Place yang diadakan pada sebelah malam, pada hari yang sama pasangan ini dinikahkan.

Pelakon filem Cicak-Man dan Duyung itu bukan setakat tidak mengambil kira soal perbezaan umur, tetapi dia turut bersedia menerima dua anak Sha'arin hasil perkahwinan suaminya itu dengan bekas isteri pertamanya dulu.

Jelas Yasmin, dia tiada masalah berkomunikasi dengan dua anak suaminya itu iaitu Narissa, 25, dan Armand, 23, biarpun jarak usia mereka tidak jauh beza antara satu sama lain, sekali gus menjadi ibu tiri kepada kedua-duanya.

"Sebelum saya dan Sha'arin bernikah lagi saya memang rapat dengan dua anaknya itu. Malah, hubungan saya dengan mereka macam kawan. Dalam hal ini, suami saya banyak menekankan soal perhubungan yang erat dalam keluarga kami.

"Nilai-nilai kekeluargaan itu menyebabkan saya tertarik untuk memilih Sha'arin sebagai suami. Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh sekarang biarpun saya mula terfikir soal jodoh sejak usia 21 tahun lagi," ujarnya.

Pasangan itu diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Abdullah Hashim di mana hanya dengan sekali nafas Sha'arin sah bergelar suami Yasmin pada pukul 3.45 petang dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM32,000.

Kata Yasmin lagi, dia dan suami sepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama selepas diijab kabulkan kerana itu secara tidak langsung, menepis pelbagai gosip kurang enak yang membabitkan percintaan mereka sebelum ini.

Jelas Yasmin, dia enggan melayan gosip-gosip liar yang melanda dirinya sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Sha'arin yang pada ketika itu, telah hampir dua tahun berpisah dengan bekas isterinya, aktres Ida Nerina.

Perkahwinan Sha'arin dengan Ida Nerina adalah perkahwinan kali kedua manakala bersama Yasmin, kali ketiga.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya jodoh saya sampai juga. Walaupun ada terdengar cerita-cerita kurang elok tentang hubungan saya dengan Sha'arin, namun saya tidak mahu ambil endah. Biarlah apa orang hendak kata.

"Kalau dulu orang bertanya saya, bilakah mahu berkahwin? Sekarang ini, apabila sudah berkahwin orang bertanya tidak teringin ke mahu dapat anak dalam masa terdekat ini? Apa yang boleh saya cakap, berilah ruang kepada saya yang baru kahwin ini.

"Bukan setakat belum memikirkan soal itu, malah saya dan Sha'arin pun tidak tahu hendak berbulan madu ke mana.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan biarlah semua itu berjalan perlahan-lahan sambil kami menikmati perkahwinan ini," jelasnya.

Selain berlakon filem, Yasmin juga sebelum ini pernah mengacarakan rancangan televisyen seperti Kelab Disney, Ria Sentral, Muzik @ Ria, Pakar Kejelitaan, Sensasi Batik, Pop Sensasi, Dua Dunia dan Layar Lensa.

Full content generated by Get Full RSS.

Program tempatan tetap keutamaan

Posted:

Program tempatan tetap keutamaan

Program tempatan tetap keutamaan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

MENYEDARI persaingan yang harus dihadapi setiap tahun, dua stesen televisyen milik Media Prima Berhad ini tidak mahu ketinggalan dalam menyajikan pelbagai hiburan menarik untuk penonton setia mereka.

Bukan hanya program antarabangsa yang menjadi pertaruhan ntv7 dan 8TV, tetapi dua saluran itu masih lagi mengutamakan kandungan tempatan dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka.

Ini diakui oleh Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul yang mengakui pihaknya akan menggiatkan usaha menerbitkan program tempatan sekali gus memartabatkan industri penyiaran tanah air.

Katanya, dengan trek rekod yang sudah dicipta oleh ntv7 dan 8TV menerusi program-program yang diinisiatifkan oleh anak tempatan, Airin yakin penonton bagi dua saluran itu mampu menikmati pengalaman baru menerusi program-program baru yang bakal diterbitkan kelak.

Untuk itu jelas Airin, sebanyak 70 peratus daripada jumlah kandungan untuk kedua-dua saluran sepanjang tahun 2012 nanti adalah tempatan.

"Kami mahu terus menyajikan program tempatan dan tidak mahu hanya bergantung kepada program import.

"Bagi sepanjang tahun depan, kami sudah menyenaraikan barisan program menarik yang kami yakin mampu menarik perhatian penonton apabila ditayangkan nanti," kata Airin ketika ditemui di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Martabat

Bagi program baru yang bakal ditayangkan di ntv7 untuk tahun 2012 ialah V Squad dan Unggun Api yang disasarkan untuk penonton kanak-kanak.

Unggun Api misalnya, merupakan sebuah drama bersiri yang menghimpunkan cerita hantu klasik dan diceritakan daripada perspektif sekumpulan kanak-kanak.

"Kami juga tidak melupakan matlamat kami untuk memartabatkan industri hiburan tempatan apabila sebuah program hiburan, Rooftops akan menemui penonton ntv7 nanti.

"Bukan sembarangan hiburan, Rooftops diterbitkan bagi memberi peluang kepada bakat tempatan khususnya artis baru dalam meluaskan lagi bakat mereka kepada khalayak.

"Uniknya rancangan ini apabila ia bakal dirakamkan di atas bumbung bangunan dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur pada waktu malam," ujar Airin lagi.

Selain itu, program sedia ada yang akan kembali untuk musim terbaru termasuklah The Breakfast Show dan Bella yang merupakan rancangan utama saluran ntv7 selain Magseven, Seekers, Take Me Out dan Wakenabeb.

Tidak melupakan penonton Cina mereka, ntv7 akan menyiarkan tiga kandungan tempatan baru yang tidak kurang hebatnya iaitu Aunty Must Go Crazy, Love Compulsory dan The Descendant.

Begitu juga dengan tujuh rangkaian drama-drama siri TVB baru antaranya The Stew of Life, A Pillow Case of Mystery II, A Watchdog's Tale, Ghost Writer dan Gun Metal Grey yang dijangka akan terus membuatkan penonton setia dengan ntv7.

Lima program sedia ada yang juga akan kembali ialah e7, Golden Awards, Mars vs Venus, Mandarin Battle Star, Time FM dan Women's Zone.

"Golongan kanak-kanak juga akan dapat menikmati program baru seperti siri Casper Scare School, Class of the Titans, Kungfu Panda: Legend of Awesomeness, K-on!, Nura dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

"Dengan barisan program baru ini, pastinya hari-hari mereka akan bertambah ceria dan membuatkan kanak-kanak ini berasa terhibur," katanya yang memberitahu rancangan seperti Huntik, Inazuma, kids@fgw dan Winz Club juga akan kembali mewarnai ntv7.

Hebat

Dalam masa sama, ntv7 juga tidak melupakan kehendak peminat drama bersiri Hollywood apabila sebanyak enam siri baru bakal ditayangkan di saluran itu.

Ia termasuklah Pan Am yang merupakan drama bersiri yang semakin mendapat tempat di Amerika Syarikat selain Terra Nova, Alphas, The Cape, New Girl, Nikita dan Minute To Win It.

"Sementara itu, siri drama dan komedi yang akan kembali untuk musim terbaru kelak termasuklah Two and a Half Men yang menampilkan aktor kacak, Ashton Kutcher sebagai teraju utamanya.

"Selain itu, Grey's Anatomy, CSI: Miami, Survivor, Bones, Lie To Me, Glee, The Mentalist, American Gladiators dan Fringe juga akan terus kekal ditayangkan di ntv7 sepanjang tahun 2012.

"Semua yang kami berikan ini juga adalah bersempena dengan ulang tahun ke-14 ntv7 dan tanda penghargaan kami kepada penonton yang terus setia bersama kami selama ini," ujar Airin yang tidak menafikan pihaknya telah membelanjakan kos yang begitu besar untuk mendapatkan hak penyiaran program antarabangsa tersebut.

8TV lapan tahun

DALAM diam, saluran 8TV bakal menyambut ulang tahunnya kelapan tahun depan dan seperti mana ntv7, stesen itu juga bakal menyajikan pelbagai program menarik sepanjang 2012.

Rancangan popular yang pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij, Showdown akan kembali untuk tahun keempat.

"Kami sendiri tidak pernah menyangka bahawa Showdown akan menjadi program yang diminati ramai dan mempunyai ramai pengikut. Malah, peminat Showdown di Facebook dan Twitter juga semakin bertambah.

"Sesungguhnya dengan sambutan luar biasa ini membuatkan kami yakin Showdown akan terus diterima dengan baik apabila kami uji bakatnya akan berlangsung pada bulan Disember ini.

"Jika anda bertanya sampai bila fenomena Showdown akan terus bertahan, sukar untuk saya memberikan jawapan itu kerana semuanya terletak kepada permintaan orang ramai juga," jelasnya panjang lebar.

Setelah dua tahun menganjurkan Shout! Awards sejak 2009, nampaknya anugerah yang memberi pengiktirafan kepada bakat muda tempatan itu tidak akan kembali pada tahun ini.

Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan kegagalan 8TV menganjurkannya untuk tahun ketiga adalah disebabkan ketiadaan penaja.

Menjawab persoalan itu, Airin menafikan perihal tersebut sebaliknya memberitahu lokasi menjadi kekangan untuk pihaknya menganjurkan Shout! Awards tahun ini.

"Saya diberitahu Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan menjalani pengubahsuaian. Disebabkan waktu begitu suntuk, kami memutuskan untuk menundanya kepada tahun depan.

"Lagipun, kami melihat keputusan kami untuk menjarakkan penganjuran anugerah ini adalah tepat. Setidak-tidaknya pencalonan akan menjadi lebih banyak dan tidaklah orang yang sama sahaja akan naik ke pentas untuk menjulang trofi," terang Airin panjang lebar.

Besar

Salah sebuah program terbesar 8TV untuk tahun depan adalah Project Pop iaitu gabungan program realiti dan drama yang menampilkan lapan remaja berdepan dengan pelbagai rintangan untuk menganjurkan sebuah konsert besar.

"Menariknya, Project Pop turut menampilkan ramai nama-nama besar yang nampaknya harus dirahsiakan terlebih dahulu," jelas Airin sambil tersenyum.

Selain itu, program Hip-Hoppin' Asia yang dihoskan Joe Flizzow juga menarik apabila ia akan membawa audiens untuk melihat senario muzik hip hop di sekitar Asia.

Tidak dilupakan, 8TV Quickie dengan pendekatan baharu dan segar selain Without Boundaries: The Great Outdoors yang sekali lagi menampilkan Henry Golding sebagai pengacaranya.

Kandungan program tempatan lain termasuklah drama bersiri Rhapsody, Move It, 8 Mini Centuries selain Step Forward, Hot Chef Getaways, Ultimate Power Star 2 dan Ho Chak!.

Sama seperti ntv7, stesen urban itu tidak melupakan program terbaru dari Hollywood.

"Kali ini, tiga drama menjadi pilihan iaitu The Secret Circle, Revenge dan Switched At Birth. Buat pertama kalinya dan untuk kelainan, kami akan menayangkan siri komedi iaitu Apartment 23, Broke Girls dan Jane By Design," katanya.

Drama dan program hiburan popular yang kembali untuk musim terbaru seperti American Idol, The X Factor, Criminal Minds, NCIS, NCIS: LA, The Vampire Diaries, Gossip Girl, Pretty Little Liars dan musim terakhir, Desperate Housewives.

Tidak melupakan peminat siri Korea dan TVB, 8TV akan menayangkan drama bersiri terbaru seperti Secret Garden, My Princess, Ghost Catcher II, Sunshine Angel, Miss Ripley, A Chip Off The Old Black, A Fistful of Stances dan Every Move You Make.

Full content generated by Get Full RSS.