Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Awal Ashaari di Alpensia Pyeongchang Korea Posted: 24 Oct 2011 08:11 PM PDT Cepat masa berlalu, hari ini (24 Oktober) merupakan hari ke-2 trip Budiey ke Korea bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya. Tapi bagi krew produksi dan Awal Ashaari, hari ini masuk hari yang ke 12 mereka berada di Korea, pusing-pusing dan jalan-jalan sambil merakam episod traveloque yang dijangka akan disiarkan di sebuah saluran Astro pada tahun depan. Semalam, kami sampai & check in di Hotel Holiday Inn, Alpensia, Korea pada jam 8.30 malam waktu Korea iaitu lebih kurang jam 7.30 malam waktu Malaysia. Di sini merupakan tempat peranginan yang dibina di kaki bukit di mana menjadi tempat bermain sky pada musim sejuk yang bermula pada pertengahan November. Selepas sarapan pada jam 8 pagi, kami semua berkumpul untuk check out dari Hotel Holidah Inn untuk menuju ke satu tempat penternakan biri-biri, tempat pembuatan keju secara tradisional yang dikenali sebagai Valley of the Wind (Paramoe). Awal Ashaari mengenakan baju, jaket dan kasut yang dibelinya di H&M Korea. Gaya ala-ala penyanyi K-Pop la pulak. Tags: Awal Ashaari, TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM Posted: 24 Oct 2011 07:37 PM PDT TV2 SIAR KONSERT GEMILANG 50 ORKESTRA RTM PADA 1 NOVEMBER INI Keunggulan Orkestra RTM yang menyambut ulang tahun Jubli Emas tahun ini diterjemahkan dengan penganjuran Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM yang menyaksikan seramai 35 orang pemuzik orkestra berpengalaman memberikan persembahan yang bertenaga bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur. Persembahan konsert yang bakal menemui penonton saluran TV2 pada 1 November, jam 9.00 malam itu nyata memukau hadirin termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang memeriahkan rakaman konsert ini yang berlangsung pada 3 Oktober lalu. Para pemuzik yang kebanyakannya berkelulusan hingga ke peringkat sarjana muzik dari universiti dalam dan luar negara itu mempamerkan persembahan hebat dengan dipimpin oleh beberapa tokoh berpengalaman dalam bidang orkestra seperti Dato' Johari Salleh, Dato' Mokhzani Ismail, Mohd Asnawi Mutaal, Leon Yap, Azman Mustafa dan Lokman Abdul Aziz. Peralatan yang digunakan pemuzik juga dari pelbagai jenis termasuklah wood-winds seperti bassoon, flute dan jenis bertali yang lengkap serta kumpulan brass, saxes dan rhythm. Ini sepertimana yang terdapat dalam orkestra profesional bertaraf dunia. Ia dibahagikan kepada sepuluh segmen iaitu Overture Merentasi Zaman, Titik Permulaan, Varsiti Pelbagai Irama, Dari Malam Irama Malaysia ke Malam Putrajaya, Ilham Rasa, Dari Rakyat Untuk Rakyat, Patah Tumbuh Hilang Berganti, medley Tanah air, Orkestra dan Bintang dan Gemilang 50. Antara artis yang membuat persembahan termsuklah Jamal Abdillah, Shafinaz Selamat, Datin Paduka Julie Sudiro, Norynn Aziz dan Andre Goh menyampaikan lagu popular masing-masing. Sempena sambutan itu juga, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Orkestra RTM kepada 11 pemuzik yang pernah terlibat dalam Orkestra tersebut iaitu Zainal Abu, Akhbar Nawab, Dato' Dr. Ahmad Nawab, T. Anggapan, Ahmad Kassim, Ruslan Imam, Richard Hoon, Eow Yeo Jin, James Boel, Alfonso Sulian dan Dato' Ahmad Dasillah. Mengimbas kembali sejarah penubuhannya tahun 1961, orkestra ini sudah berjaya merentasi zaman dan melakar kisah suka dukanya tersendiri. Di pentas sama juga dapat disaksikan pemuzik-pemuzik dahulu memerah keringat dan tenaga untuk menghasilkan muzik-muzik terbaik Malaysia yang begitu indah khusus buat generasi masa kini. Orkes Radio Malaya berkonsepkan big band di mana keanggotaannya adalah seramai 13 orang yang tertumpu kepada kelompok keluarga brass, saxes dan rhythm. Keanggotaannya dikembangkan kepada 25 orang mulai tahun 1965 dengan penambahan ahli muzik yang bermain peralatan bertali. Dari tahun 1967 hingga 1969 pula, keanggotaannya berkembang kepada 38 orang dengan berkonsepkan studio orkestra. Ternyata muzik adalah bahasa antarabangsa yang mampu merentas sempadan kaum dan bangsa. Dalam semangat 1Malaysia yang tidak mengira warna kulit dan rupa, sejarah telah membuktikan semangat kerjasama inilah yang telah mengekalkan Orkestra RTM selama 50 tahun dan terus relevan hingga ke era masa kini. Dalam meraikan sambutan ke 50 Orkestra RTM diperkenalkan logo baru dan juga 'tagline Reaching Out' yang antara lain merakyatkan orkestra kepada orang ramai di samping memperkenalkannya ke peringkat antarabangsa. Tags: Konsert, RTMClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |