Berita Harian: Hip |
Posted: 23 Oct 2011 04:12 PM PDT Hip Rupa, bakat saja belum cukupHAKIKATNYA memang mereka cantik. Kecantikan bintang filem masa kini seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Lisa Surihani, Nur Fazura, Fasha Sandha sehinggalah kepada Diana Danielle, memang menjadi sebutan dan sesiapa pun akan menoleh ke arah wanita ini. Tidak hairanlah mereka yang berwajah jelita ini sering diberikan peranan utama, dalam filem mahupun drama dan teater. Kecantikan mereka dianggap daya penarik untuk orang datang menonton di panggung wayang atau pentas teater. Berderet filem dan drama yang dibintangi sehingga sesetengahnya diangkat seperti primadona.Aura seseorang pelakon itu lahir secara semula jadi, tidak boleh dipaksa dan jarang dimiliki. - Erma Fatima, Pengarah dan pelakon. Primadona? Layakkah mereka digelar sedemikian, setaraf seperti Allahyarham Saadiah, Normadiah, Siput Sarawak, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado atau sekurang-kurangnya Azean Irdawaty, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatimah dan Sofia Jane? Walaupun kekurangan dari segi teknikal dan kecanggihan peralatan perfileman, tetapi bakat pelakon yang muncul dalam filem hitam putih tidak dapat dipertikaikan meninggalkan kesan kepada peminatnya hingga hari ini. Antara contoh terbaik ialah lakonan Saadiah tatkala memegang watak Azizah dalam filem Penarik Beca, Dara (Semerah Padi), Engku Zaleha (Antara Dua Darjat) dan Nora Zain (Nora Zain - Ajen 001) dan Melor, yang sanggup berkorban demi kekasihnya, Tuah (Hang Tuah) dan wanita pintar (Musang Berjanggut), dikenang dan pernah mengusik jiwa peminat untuk mempercayai wujud watak sedemikian rupa. Jurulatih lakonan yang juga aktivis teater, Fatimah Abu Bakar berpendapat, lakonan daripada pelakon wanita hari ini yang tidak memberikan impak kepada penonton kerana tiadanya sistem latihan intensif sebelum ke lokasi penggambaran, yang sepatutnya dijadikan amalan dalam industri perfileman. "Pengarah dan produser perlu menggunakan bahan yang ada sebaik mungkin. Jika seseorang pelakon itu sudah ada pakej seperti bakat dan kecantikan, latihan sebelum menjalani penggambaran perlu dilakukan juga walaupun pelakon itu sudah biasa berlakon. "Ibarat masakan, garam sudah ada gula sudah ada, rempah ratus sudah cukup tetapi jika tidak dimasak dengan baik, ia menjadi tidak sedap. Begitu juga pelakon. Jika sudah ada populariti, sudah ada peminat tetapi tidak menjalani latihan lakonan, maka idea yang ada pada watak yang ditangani itu terhad," katanya. Fatimah juga tidak menafikan, walaupun ada ramai pelakon cantik ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai aura dan karisma yang kuat untuk bertakhta kukuh di hati penonton atau peminat. Katanya, dia sendiri akur dengan kenyataan ada pelakon yang popular berlakon filem tetapi penonton hanya mengingati kecantikan pelakon itu berbanding bakat lakonan mereka. "Saya tak nafikan ada pelakon yang kerap membintangi filem, tetapi kita tidak mahu sebaik saja keluar daripada pawagam, peminat lebih mengingati nama pelakon itu berbanding watak yang ditanganinya. "Sebaik-baiknya, biar seseorang pelakon itu tidak diingati namanya dan jika boleh kita hanya mahu watak yang dibawa menjadi kesukaan atau kebencian penonton sebaik saja filem itu tamat ditayangkan," katanya yang mengakui banyak pihak yang sudah lupa asas sebuah lakonan adalah bakat dan bukan kecantikan serta populariti. Namun begitu, Fatimah tidak menafikan pengarah mahupun penerbit juga memainkan peranan penting dalam membentuk watak dan perwatakan seseorang pelakon sehingga memberikan kesan mendalam kepada penonton. "Jika dikatakan populariti Lisa Surihani mengatasi bakatnya, dia tidak boleh dipersalahkan. Walaupun berbakat dalam lakonan, sepatutnya pengarah dan produser bertanggungjawab membentuk dirinya kerana tidak semua pelakon itu sempurna. "Seperti yang saya beritahu, latihan mampu memantapkan lakonan," katanya yang melihat latihan sebelum penggambaran tidak dilakukan mungkin disebabkan kos yang meningkat. Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, Mamat Khalid, bersetuju aura yang ada pada seseorang pelakon membantu dalam mengembangkan bakat dan menjadi daya tarikan kepada peminat. "Bagi memberikan impak dan mencetuskan fenomena di kalangan peminat, aura ialah perkara ajaib yang perlu ada dalam diri pelakon. Aura ini bukanlah sesuatu yang boleh dicari, tetapi datang sendiri serta tidak semua mampu memilikinya," katanya. Pengarah dan pelakon berpengalaman, Erma Fatima juga tidak menyangkal sebahagian daripada angkatan muda yang mewarnai dunia perfileman lahir dengan bakat sebagai pelakon, tetapi mereka tidak mempunyai aura. "Saya rasa pelakon muda kita terlampau ramai. Mereka berbakat besar dan menunjukkan kesungguhan untuk berlakon. Tetapi mereka tiada aura atau tuah. Aura seseorang pelakon itu lahir secara semula jadi, tidak boleh dipaksa dan jarang dimiliki," katanya yang memberitahu aura sebagai pelakon juga mampu menyerlahkan karisma seorang pelakon. Membariskan Eman Manan, Fauziah Ahmad Daud, selain Sarimah serta Saadiah menjadi contoh, Erma berkata, sebagai pelakon seseorang itu bukan saja berbakat, malah harus memiliki aura yang dilihat sudah membuka ruang kepada lakonan yang hebat. "Rupa, bakat dan kesungguhan saja tidak cukup. Seperti Eman, dari segi rupa, dia sederhana saja tetapi lakonan dan aura Eman menyerlahkan karisma dirinya," katanya sambil memberitahu Remy Ishak dan Tiz Zaqiyah antara pelakon yang memiliki aura. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenaida saya percaya Erra Fazira pnah ada aura yg kuat 10 tahun dulu. sy mganggap dia wanita sempurna dan tomboy dr watak lakonannya. sejak dia tlalu byk pndedahan melampau melalui Astro aura itu hilang.kini Erra hanyalah bak pelakon muda yg lain spt Lisa. ada ditonton tak ada tak dicari. Filem dulu tiada saingan drama tv memyebabkan pelakon-pelakon lama dapat kuat aura mereka...pendapat logikal bukan emosi ya. alia I suka lakonan Q dlm lagenda budak setan, betul2 gila dia... betul2 tak der perasssan dia.... fbi erra fazira tu biasa jer...lakonan dia langsung tak bagi kesan apa2 kat sy..n lagipun ramai org minat sebab kecantikan kemanjaan kecomelan dia..bakat bolehla tahan.. TITIPAN CORETAN Salam.. Tertarik saya untuk memberikan sedikit komen tentang artikel ini apabila menyentuh tentang 'Aura '. Sejujurnya saya ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang bagaimana ' Aura Erra Fazira ' telah memberi kesan kepada saya hanya kerana lakonan sahaja.Ya, walaupun mungkin aura lakonan Erra Fazira dalam filem Soal Hati dan Soalnya Siapa serta Sembillu 2005 tidak dirasai oleh penonton lain, tetapi saya sebagai seorang pelajar yang masih dibangku sekolah dulu telah dipengaruhi oleh kesungguhan watak Nurul Ain yang mempunyai keazaman dan kesungguhan untuk belajar bersungguh - sungguh hingga ke menara gading..Alhamdulillah kerana terpengaruh dengan watak Nurul Ain itu saya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading...Apabila menonton filem Maria Mariana, saya cukup berminat dengan watak Inspektor Maria yang dilakonkan oleh Erra Fazira.Pernah bercita - cita ingin menjadi sepertinya ...namun apabila melihat watak Erra Fazira sebagai cikgu Erra dalam filem Sembillu 2005, terus hati saya bercita - cita ingin menjadi seorang guru..Alhamdulillah cita - cita saya terlaksana sekarang..Walaupun lakonan Erra Fazira tidak seperti contoh terbaik ialah lakonan Saadiah tatkala memegang watak Azizah dalam filem Penarik Beca, Dara (Semerah Padi), Engku Zaleha (Antara Dua Darjat) dan Nora Zain (Nora Zain - Ajen 001) dan Melor, yang sanggup berkorban demi kekasihnya, Tuah (Hang Tuah) dan wanita pintar (Musang Berjanggut), dikenang dan pernah mengusik jiwa peminat untuk mempercayai wujud watak sedemikian rupa..tetapi saya rasa lakonan Erra dekat dengan jiwa penonton yang bijak menggunakan akal untuk dimanfaatkan dalam dunia realiti.Walaupun Erra Fazira tidak mempunyai ijazah tetapi beliau berjaya meyakinkan saya bahawa pentingnya belajar bersungguh - sungguh...Tiada Aura, bukan bermakna lakonan perlu mendapat pujian semua orang, tetapi watak yang dibawa mampu menjadi contoh teladan....Sehingga kini hanya Erra Fazira satu - satunya artis Malaysia yang saya ikuti perkembangannya...Tiada yang lain..kerana saya meminati Erra Fazira bukan kerana rupa tetapi ada sesuatu yang mampu ditampilkan sekiranya penonton menilai dengan akal bukan emosi... Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 23 Oct 2011 03:42 PM PDT Hip KARYAWAN giat susun agenda bantu mereka yang memerlukanPERSATUAN Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menolak persepsi segelintir pihak yang beranggapan hanya artis veteran mendapat kelebihan apabila menyertai persatuan itu, sedangkan hakikatnya ia adalah untuk semua anak seni. Presidennya, Datuk Freddie Fernandez, berkata pihaknya mahu mengubah tanggapan salah yang mengatakan KARYAWAN cuma mementingkan seniwati dan seniman veteran sedangkan tiada pilih kasih mahu pun berat sebelah dalam persatuan berkenaan. "KARYAWAN terbuka untuk sesiapa saja selagi mana mereka berkecimpung dalam industri seni. Mungkin selama ini orang luar mengetahui mengenai pemberian skim pencen selain aktiviti mengumpulkan dana membantu artis yang memerlukan."Sebenarnya banyak lagi program dijalankan untuk golongan KARYAWAN muda kerana kebajikan hanya satu daripada cabang biro, malah kita punya biro artis muda yang sebelum ini diterajui Dayang Nurfaizah dan kini diketuai Atilia. "Barisan anak muda ini tetap menggerakkan program seperti dirancang, cuma mungkin kurang dihebahkan menerusi media. Bahkan setiap biro saling bekerja sama melicinkan agenda," katanya ketika ditemui pada Malam Gala Seribu Bintang, di Bukit Kiara, kelmarin. Majlis makan malam di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (Pbank) itu juga antara usaha mengumpul dana membantu mengisi Tabung Penggiat Seni KARYAWAN.
Idea yang dicetuskan Naib Yang Dipertua 1 Pbank, Toh Puan Bendahara Kedah, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah itu mendapat sambutan memberangsangkan apabila hampir 30 meja bernilai antara RM3,000 hingga RM50,000 habis dijual. Antara matlamat asalnya adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan, terutama yang sakit dan uzur, apatah lagi skim pencen yang diberikan selama enam tahun terpaksa diberhentikan disebabkan akibat kekurangan dana. "Memang kita dahulukan yang sakit dan buat masa ini yang kita maklum uzur ialah Datuk Yahya Sulong, Karim Latif dan Latifah Omar. Kita bertuah kerana kerajaan turut mementingkan kebajikan artis dengan menubuhkan Tahun Kebajikan Penggiat Seni, namun ia hanya boleh disalurkan sekali untuk setiap pemohon. "Bagi yang memerlukan rawatan susulan, sebagai contohnya Yahya Sulong, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk ubat-ubatan. Sekurang-kurangnya, bantuan ini meringankan beban keluarganya. "Tidak kira sesiapa pun tahap usianya, KARYAWAN akan tetap membantu ahli yang memerlukan. Selain majlis malam malam ini, kita turut menganjurkan boling amal minggu lalu disusuli golf amal dalam tempoh terdekat bagi menambahkan dana," katanya lagi. Artis muda beri sokongan MENGENAI skim pencen yang terpaksa diberhentikan, akui Freddie, sebelum ini ada pihak yang menyalurkan dana secara kontrak selama setahun hingga dua tahun yang membolehkan persatuan itu menyalurkan pencen berjumlah RM1 juta sepanjang tempoh enam tahun. Namun disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu, pihak berkaitan tidak lagi meneruskan sumbangan mereka, namun KARYAWAN tidak berpeluk tubuh sebaliknya melaksanakan beberapa program untuk mendapatkan sumber kewangan. "Kita cukup berterima kasih kepada pihak yang menyokong usaha pemberian pencen banyak kepada veteran namun memahami dalam situasi ekonomi semasa banyak perkara perlu diambil kira. "Selagi termampu KARYAWAN akan berusaha melaksanakan apa juga aktiviti yang membawa manfaat kepada seluruh ahli dan ia tidak mungkin dapat direalisasikan dengan sokongan semua termasuk anggota persatuan ini serta insan sekeliling," ulasnya. Antara artis menjayakan acara malam itu ialah Natasha Hudson, Neelofa, Nur Fathia, Dynas Mokhtar, Julia Ziegler, selain beberapa model yang menyumbangkan khidmat memperagakan busana eksklusif rekaan Albert King dan Mouawad. Majlis terus diserikan dendangan malar segar Aishah, Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu dan Janji Manis Mu yang menggamit nostalgia lalu disusuli persembahan Ibnor Riza dan Datuk Julie Sudiro, malah Freddie yang juga bekas anggota Revolvers turut membuat kemunculan khas. Bagi pelakon muda, Fathia, usaha KARYAWAN itu wajar disokong semua penggiat industri memandangkan matlamatnya adalah untuk menjaga kebajikan semua anggota dan secara tidak langsung merapatkan hubungan antara satu sama lain. "Dalam kesibukan mencari rezeki, kita jangan lupa di luar sana masih ada yang memerlukan bantuan. Kita tidak tahu, mungkin sampai satu masa, kita pula memerlukan sokongan insan lain. Tanpa berbelah bagi saya terpanggil untuk menyumbangkan khidmat saya pada majlis ini," katanya yang berpeluang memperagakan barang kemas bernilai RM1.2 juta. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |