Adsense

Jumaat, 21 Oktober 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Skrip, iPad teman

Posted:

Skrip, iPad teman

Skrip, iPad teman

aida.kamaruddin@utusan.com.my
Gambar Abdul Nazir Mohamed


TIDAK akan meninggalkan rumah tanpa gajet kesayangan, iPad.


AJAHNYA sentiasa dihiasi senyuman ceria yang dianggap antara rahsia untuk mengekalkan kecantikan.

Itu antara yang diperkatakan oleh Wan Sharmila Wan Muhamad atau lebih dikenali sebagai Wan Sharmila mengenai dirinya ketika ditemui semasa menjadi tetamu undangan program masakan Mangkuk Tingkat terbitan TV9 baru-baru.

Gadis yang berasal dari Johor Bahru itu mengakui dirinya bukanlah seorang yang rajin ke dapur.

"Saya masih tidak tahu apa resipi yang akan saya masak dalam program masakan hari ini.

"Saya bukanlah seorang yang rajin memasak, mungkin kekangan kerja menjadikan saya lebih suka makan di luar," katanya.

Sesuatu yang menarik tentang Wan Shrmila ialah dia sentiasa tiba awal di lokasi penggambaran.

Saya sentiasa pastikan sampai lebih awal di set, namun ada masanya saya terlewat juga. Maklumlah keadaan lalu lintas di Kuala Lumpur ini kadang-kadang di luar jangkaan.

"Selalunya sebelum memulakan penggambaran saya akan mengambil masa bersendirian untuk menyelak skrip. Dan untuk hari ini, tentunya saya akan menghafal beberapa resipi dan bahan masakan pula," kata Wan Sharmila yang akhirnya memilih resipi yang mudah dan sering dimasak iaitu mi kari dan cekodok pisang.

Menurut anak kedua daripada dua beradik itu, walaupun sudah empat tahun menceburi bidang lakonan, dia sebenarnya masih berhadapan masalah untuk memahami dan menghafal skrip yang diterima.

"Saya memperuntukkan sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk membaca skrip. Ini kerana saya lebih suka jika saya memahami sesuatu jalan cerita itu dengan lebih mendalam.

"Kini, seperti sudah menjadi tabiat, saya akan membawa skrip ke mana sahaja saya pergi," katanya.

Memilih iPad sebagai teman ketika bosan, Wan Sharmila sebenarnya merupakan seorang yang suka mencabar dirinya dengan bermain game dalam iPad.

Menurutnya, dengan bermain game, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan terutama ketika berada di lokasi penggambaran.

"Sebab itu saya memerlukan beg yang agak besar untuk ke mana-mana. Selain skrip, iPad juga merupakan barangan yang mesti saya bawa," katanya.

Menyentuh mengenai hobi, menurut Wan Sharmila yang pernah membintangi drama bersiri Tari Tirana, dia mempunyai hobi yang agak pelik.

"Hobi saya adalah membasuh baju. Saya akan menghabiskan masa berjam-jam untuk membasuh baju di rumah jika ada waktu terluang.

"Perasaan apabila melihat baju yang sudah dibasuh itu sukar digambarkan. Namun, apa yang boleh saya katakan, saya akan berasa gembira setiap kali melihat baju yang sudah siap dibasuh tergantung di luar rumah," katanya ketawa.

Full content generated by Get Full RSS.

Rasuah pemusnah negara

Posted:

Rasuah pemusnah negara

Rasuah pemusnah negara


NEELOFA pernah mendapat bimbingan daripada pengarah Aziz M. Osman.


Sama seperti najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib diperangi. Berapa ramai orang muda sekarang yang tahu bahawa rasuah itu salah di sisi oleh undang-undang dan ditegah oleh agama? Malangnya rasuah tetap dilakukan dengan seribu satu alasan. Kadang-kadang secara terbuka.

Sebelum Lofa putuskan untuk menulis tentang isu rasuah ini, Lofa sedar mungkin isi kandungannya tidak akan memberi sebarang kesan terhadap gejala ini. Tetapi sekurang-kurangnya melalui penulisan ini Lofa dapat menyebarkan idea terutama di kalangan generasi muda atau sekurang-kurangnya di kalangan peminat Lofa bahawa rasuah boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara jika tidak dibendung.

Perlu diketahui bahawa dalam konteks rasuah, jika tiada 'pemberi', pastinya tiada 'penerima'. Lofa hanya mampu untuk tekankan lebih kepada kategori 'pemberi' kerana pada pendapat Lofa pembuka jalan bagi kegiatan rasuah bermula dari pihak yang melakukan kesalahan. Walau sekecil mana nilainya, biar RM1 ia tetap rasuah. Ia tetap salah di sisi undang-undang. Ia tetap di larang agama.

Lofa tidak nafikan kerajaan cuba dengan pelbagai cara untuk membendung rasuah. Jelas sekali negara kita mempunyai undang-undang yang cukup lengkap. Tetapi dari segi penguatkuasaan untuk rakyat praktikkan setiap undang-undang yang telah digariskan adalah sebaliknya. Maksud Lofa di sini, undang-undang yang ada sudah cukup baik untuk bendung rasuah. Tetapi sikap rakyat yang menjadikan rasuah terus berleluasa.

Rasuah nampak macam sudah sebati dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Sudah menjadi budaya. Mungkin proses permodenan yang tidak seimbang dengan pembangunan rohani adalah antara puncanya.

Wujudnya golongan yang mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada kepesatan pertumbuhan negara antara penyumbangnya. Umpamanya apa yang Lofa boleh kongsi pengalaman teman yang sanggup menggunakan apa sahaja bagi memenangi hati pembuat keputusan ketika mengemukakan sesuatu tender.

Mereka tidak bersandarkan kepada kebolehan. Tetapi menggunakan rasuah sebagai jalan pintas untuk mencapai kejayaan mendapatkan sesuatu projek.

Memang negara kita akan tetap maju, tetapi sayang, perkara begini akan mencacatkan kemajuan tersebut.

Lofa pasti ramai bersetuju jika dikatakan kegiatan rasuah akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap cerdik pandai negara kita.

Setiap kali berlakunya rasuah, bukan sahaja pemerintahan menjadi lemah tetapi negara akan kehilangan hasil yang sepatutnya diterima untuk kebajikan sosial.

Paling senang untuk Lofa gambarkan adalah apabila pemandu ditahan di atas kesalahan tertentu.

Orang yang melakukan kesalahan lalu lintas sanggup memberi rasuah supaya tidak disaman. Sedangkan jika dia di saman dan membayar denda jumlahnya lebih kurang sama.

Denda yang dibayar itu pula merupakan pendapatan kepada negara yang boleh digunakan untuk pelbagai benda.

Bayangkan jika si 'pemberi' tidak memberi rasuah, duit itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Dengan rasuah ia hanya inikmati orang yang menerima itu sahaja.

Bagi Lofa demi memperbaiki imej Malaysia, pihak-pihak yang cenderung memberi dan menerima rasuah perlu ubah sikap. Kena kuatkan jati diri bagi membanteras rasuah dan mungkin untuk anak muda gejala ini boleh dibendung sejak zaman persekolahan lagi dengan memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan dengan harapan generasi yang dibentuk bencikan rasuah ini akan membesar menjadi individu yang bertanggungjawab serta bebas daripada rasuah.

Full content generated by Get Full RSS.