Harian Metro: Rap |
Posted: 20 Oct 2011 06:08 AM PDT SELEPAS pelbagai kontroversi menerjah dirinya awal tahun ini, agak lama juga Nur Heliza Helmi mendiamkan diri. Bagaimanapun, wajah manisnya tiba-tiba muncul menjadi pengacara program Man Jadda Wajada di TV AlHijrah (TVAH) untuk 13 episod. Heliza juga dipilih mengacarakan sesi uji bakat Ustazah Pilihan di Astro Oasis.
"Apapun, buat masa ini rezeki untuk saya menyinar dalam nyanyian belum lagi terlaksana. Namun, saya tidak berputus asa. Ini kerana saya harus terus berusaha mendapatkan lagu yang sesuai dengan vokal dan ia bukanlah mudah," katanya. Tidak menaruh sebarang harapan tinggi, Heliza hanya mampu berdoa dan bertawakal kerana yakin ada hikmah di sebaliknya. Katanya, ini perancangan Allah dan sebagai manusia biasa, kekuatan diri sangat penting termasuk sokongan keluarga. Berbicara lagi mengenai perkembangan dirinya, Heliza berkata, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini yang dipraktikkan golongan muda dengan berniaga secara online, dia juga tidak melepaskan peluang berbuat demikian. Menerusi blog Heliza Helmi Hijab (HHH), gadis bermata bundar berusia 25 tahun ini menjual aneka jenis tudung dan busana Muslimah manakala Heliza Instant Telekung (HIT) pula menjual pelbagai rekaan telekung terkini pada harga berpatutan. Menurut Heliza, dia sangat berminat dalam perniagaan. Oleh itu, dia tidak gentar mencuba dan semuanya dilakukan mengikut perancangan. Ujarnya, dalam kehidupan perlukan perancangan bagi memastikan apa saja yang dilakukan mendapat manfaat. Mengenai bidang lakonan, Heliza yang pernah membintangi filem Syurga Cinta di samping Awal Ashaari berkata, dia sememangnya rindu untuk berlakon. Jelasnya, tawaran masih diperoleh tetapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan aktiviti seni lain. Mangsa penyamaran individu tak bertanggungjawab DI sebalik kecanggihan teknologi maklumat masa kini, ada juga negatifnya. Ini kerana ada pihak sanggup mengambil kesempatan 'menangguk di air keruh' dengan menyamar diri sebagai Heliza. Menerusi laman sosial facebook, Heliza menjadi mangsa. Penyamar terbabit yang menggunakan namanya membuat onar dengan menipu orang ramai termasuk ahli kelab penyanyi itu. Si penyamar menagih simpati dengan pelbagai masalah yang membabitkan kewangan dan dia memerlukan bantuan. Sudahlah mengaku diri sebagai Heliza Helmi tetapi nama pemegang akaun dimaklumkan adalah individu lain. Tidak mahu dirinya terus menjadi mangsa, Heliza sudah membuat laporan polis. Liciknya penyamar itu, dia juga mampu meniru suara Heliza. "Perkara ini baru saja berlaku beberapa bulan lalu dan saya ketahui pun menerusi ahli kelab yang memaklumkannya. Begitu juga panggilan telefon diterima daripada orang ramai yang menjadi mangsa penyamar itu. Justeru, saya membuat laporan polis. "Nama baik saya bukan saja tercemar tetapi menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan. Oleh itu, saya meminta mereka yang sudah ditipu si penyamar itu supaya tampil membuat laporan polis juga," katanya. Menurut Heliza, ia penting untuk membersihkan namanya dan menangkap individu terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Katanya, dia sangat kesal dengan apa yang berlaku. Malah, akuinya dia bukan seorang yang suka menagih simpati. Berbicara soal jodoh, Heliza berkata, biarlah semuanya ditentukan Tuhan. "Sampai waktu, adalah jodoh," katanya. PROFIL: NAMA: Nur Heliza Helmi SINGLE: Antaranya Cinta Di Lautan Lalang, Doa Dalam Lagu (duet dengan Mawi), Warna Sendu Tarian Jiwaku, Selalu Ada, Panggil Namaku FILEM: Syurga Cinta (2009) PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat Akademi Fantasia 5, calon Aktres Terbaik PROGRAM TV: Ustazah Pilihan, Man Jadda Wajada |
Kutipan KLIP 3GP memberangsangkan Posted: 20 Oct 2011 05:57 AM PDT SEJAK mula ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober lalu, filem sensasi KLIP 3GP mencatat kutipan hampir RM1 juta untuk tempoh seminggu. Filem arahan Aidilfitri Mohd Yunus ini dijangka terus menerima sambutan peminat yang masih belum menyaksikannya.
Jumlah ini dianggap agak baik dan memberangsangkan kerana menampilkan ramai muka baru serta karya pengarah baru melalui Skim Layar Baru yang diperkenalkan Primeworks Studios Sdn Bhd bagi mengetengahkan karyawan seni berbakat. Pengurus Besar Unit Filem dan Drama Primeworks Studios Sdn Bhd, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem yang dikategorikan dalam bajet rendah ini mencatat kutipan boleh dibanggakan dan satu permulaan yang baik.
"Kami tidak pernah mengharapkan kontroversi. Pada kami kontroversi yang tidak benar bukan satu cara untuk mempromosikan filem," katanya. Tambahnya, filem ini bukan sekadar ingin menghiburkan, sebaliknya sarat dengan mesej dan pengajaran tersendiri. Menariknya, ia masalah sosial yang benar-benar berlaku dalam kehidupan masyarakat. "Apa yang kami paparkan adalah realiti sebenar dan kejadian yang ada di sekeliling kita. Mahu atau tidak, itu adalah virus dan masalah yang melanda masyarakat kita sekarang. Justeru, kami cuba tampilkan konsep itu dalam penceritaan lebih realistik supaya penonton dapat memahami dan menerima mesej yang cuba disampaikan. "Saya bersyukur kerana semua pelakon memberikan lakonan terbaik serta mengikut garis panduan skrip yang kami inginkan. Melihat keseluruhan babak dan plot ceritanya, saya percaya ia sesuatu yang berlainan berbanding filem lain," katanya. Katanya, mungkin ada segelintir pihak yang menganggap filem ini cuba mempertaruhkan babak seks keterlaluan. Ada pula mempersoalkan mengenai 'tagline' filem itu - Ganas, Gerun & Ghairah. Bagaimanapun kata Tengku Iesta, 'tagline' berkenaan sekadar gimik semata-mata. "Jika diikutkan, filem ini tidak menampilkan aksi di luar batasan kerana ia berdasarkan ekspresi lakonan dan mimik wajah saja. Filem ini juga melepasi kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) 100 peratus yakni tanpa ada potongan. "Malah berdasarkan pemerhatian kami, walaupun filem ini dikatakan mencetuskan kontroversi, ia mendapat maklum balas positif daripada penonton kerana temanya sangat relevan dengan kepincangan masyarakat masa kini. "Bagi yang belum menonton Klip 3GP, jangan lepaskan peluang menontonnya yang kini masuk minggu kedua tayangan," katanya. KLIP 3GP mengisahkan kegiatan remaja dan anak muda yang menyalahgunakan kecanggihan rakaman video pada telefon bimbit. Ada yang menjadi mangsa rogol
Filem ini menampilkan lakonan membanggakan daripada anggota One Nation Emcees, Sabhi Sadhi, Adeline Tsen, Fikhree Bakar, Faralyna Idris dan Zahiril
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |