Adsense

Ahad, 9 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Filem Sumpahan Puaka

Posted: 08 Oct 2011 09:18 PM PDT

Sinopsis Filem Sumpahan Puaka

Sebuah lagi filem seram yang akan menemui penonton di pawagam, edaran Genius Parade Sdn Bhd. Mengisahkan tentang seorang pelukis bernama Shamsudin yang bercadang untuk memasuki sebuah kampung untuk mencari ilham bagi menghasilkan karya lukisan terbarunya. Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik. Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah. Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahu bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati.

Diterbitkan dan diarahkan oleh M. Suurya, dilakonkan oleh Imuda, Mislina, Maimon Mutalib, Rozita Rohaizad, Erry Putra, Shafiq, Haziq, Leya, Abdul Ghani dan Mashitah. Skrip dan lakon layar pula oleh M. Subash. Pengarah fotografi oleh Lesly Leon Lee. Penolong Pengarah oleh Tasya Keristifa (UiTM).

Filem ini akan menemui penonton di pawagam mulai 20 Oktober 2011.

Poster Sumpahan Puaka


Poster Sumbahan Puaka

Trailer Sumpahan Puaka

Gambar Movie Still Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3
  • Sinopsis Filem Ponti VS Omi
  • Foto Sekitar Jamuan Makan Malam Filem Puaka Tebing Biru
  • Drama Senandung Si Dayang
  • Fahrin & Linda Onn Bertunang?
  • Gambar Sharifah Amani Botak di Malam Gala Diva
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Profil Nasha Aziz
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Gambar Konsert Westlife Live in Malaysia Gravity Tour 2011

    Posted: 08 Oct 2011 09:42 AM PDT

    Gambar Konsert Westlife Live in Malaysia Gravity Tour 2011

    Bagi Budiey, hadir di Konsert Westlife pada Jumaat lalu cukup meninggalkan kesan dan ianya secara peribadi satu kenangan yang tak mungkin dilupakan. Apa taknya, bagi remaja yang membesar dengan lagu-lagu Westlife yang pada Budiey banyak sekali lagu-lagunya boleh dikategorikan sebagai satu nostalgia.

    Secara keseluruhannya, konsert yang diadakan di Stadium Tertutup Bukit Jalil ini adalah satu konsert yang sangat happening, meriah apatah lagi apabila disaksikan lebih 7,700 peminat di Malaysia. Walaupun stadium tidaklah penuh dan padat seratus peratus, namun kemeriahan dan sambutan yang cukup bersemarak dari peminat dah cukup membuktikan Westlife belum lagi pupus kerana muziknya dan lagu jiwangnya masih diterima. Membuka pentas dengan lagu When You're Looking Like That, World Of Our Own, What Makes A man, Safe, Home My Love, Beautiful Tonight seakan merasuk penonton untuk turut sama menyanyi bersama Westlife yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan. Dalam ramai-ramai ni, Mark je yang berani mengaku kata dia seorang gay atau homoseksual.

    Ops kita tinggalkan kisah peribadi mereka, kerana yang penting konser ini adalah untuk mempromosikan single kedua mereka berjudul Lighthouse yang terkandung dalam album terbaru mereka, Gravity. Tidak cukup dengan itu, Westlife menghiburkan penonton dalam segmen kedua dengan beberapa lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lain yang mana lagu-lagu tengah hangat diputarkan di corong radio. Antaranya, Viva La Vida / Only Girl In The World/ Time of my life…Dirty Bit…Bad Romance.

    Rata-rata penonton begitu bersemangat untuk menari dan menyanyi bersama Westlife. Lagu-lagu wajib seperti Seasons In The Sun, You Raise me Up, Already There, I will Reach You, Flying Without Wings juga turut diperdengarkan. Persembahan selama 2 jam itu ditutup dengan dua buah lagu What About Now & Uptown Girl. Peminat seakan tidak puas dan mahu lagi dan lagi.

    Konsert ini bukannya kali pertama kerana Westlife pernah buat konsert sulung di negara ini pada Jun 1999 iaitu kira-kira setahun selepas kumpulan itu ditubuhkan. Manakala pada November 1999 mereka kembali buat kali kedua sebelum muncul lagi pada Mei, 2001. Kali terakhir Westlife muncul di Malaysia adalah pada tahun 2002.

    Konsert yang tamat kira-kira pukul 10.30 malam itu oleh dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Midas Promotions.

    Westlife

    Westlife

    Westlife

    Westlife

    Westlife

    Westlife

    Westlife

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Westlife di Sidang Media Westlife
  • Westlife Fan Gathering Sempena Konsert Tour Gravity
  • Konsert Westlife Live in KL
  • Westlive Live In Kuala Lumpur Gravity Tour 2011
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil
  • Concert Bruno Mars Kuala Lumpur Malaysia 2011
  • Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010
  • Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour