Adsense

Isnin, 26 September 2011

Sensasi

Sensasi


Majlis Harijadi tema lanun Anak Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

Posted: 26 Sep 2011 10:32 PM PDT

Kelihatan keluarga Sinclair daan keluarga Mertuanya turut menyambut harijadi Noah .Bunga kelihatan cantik dan slim .Yelah kan masa lepas bersalin Bunga jadi sangat tembam.Dengan gaya pemakanan yang sihat,dia berjaya menurunkan berat badan..


Dengan bertemakan 'lanun', pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 telah diraikan di taman tema Play Park, Kemang, Jakarta, Indonesia. Beberapa orang tetamu khas turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga

Tambahnya, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," ujarnya.

Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah.

"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambahnya lagi.

Bekas kekasih Mamat Sepah, Adda kini betudung

Posted: 26 Sep 2011 10:19 PM PDT

Semasa Melodi Raya lepas,kelihatan Adda bekas kekasih Mamat Sepah yang juga merupakan penyanyi utama kumpulan Butterfly bertudung .

Menurut Adda dia bertudung bukan kerana siapa-siapa tapi kerana keinginan sendiri..

Sensasi terjumpa twitter mamat Sepah kepada Adda sebelum Adda mendedahkan kepada media tentang kecurangan Mamat..

Mamat meminta Adda supaya jangan tulis pape dan jangan ganggu hidup dia lagi...


Isu Hantu Bonceng menghina Islam selesai

Posted: 26 Sep 2011 09:39 PM PDT


Satu pertemuan di antara Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasrudin Hassan, dan Saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, telah diadakan, bagi membincangkan beberapa isu yang diperkatakan oleh media sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra.

Ahmad Idham merasakan pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ianya juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekaligus memperbaiki penghasilan filem akan datang serta memberi nilai baik kepada industri perfileman tempatan, amnya.

Mencapai kata sepakat dalam beberapa isu yang diperkatakan, Ustaz Nasrudin telah menegaskan, mereka (Dewan Pemuda) sentiasa bersedia menyokong genre filem dan industri ini, yang boleh membawa mesej yang baik kepada masyarakat umum.

Dalam pertemuan itu juga, Ahmad Idham berkesempatan memberi penerangan kepada DPPM berkaitan senario industri perfileman tempatan, sekaligus mencuit minat Dewan Pemuda PAS dalam bidang perfileman.

Ustaz Nasrudin dan Ahmad Idham, juga telah berjaya menyelesaikan masalah yang heboh diperkatakan dengan baik setelah kedua–dua belah pihak saling memberi dan mendengar penjelasan serta mengenali antara satu sama lain.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan filem Hantu Bonceng tidak lagi diperbesar atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ia telah diselesaikan dalam pertemuan tersebut.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.

"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan Khamis lalu.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.

"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," tambahnya.

Norman menangis sebak semasa Akad nikah teringatkan Abby?

Posted: 25 Sep 2011 08:38 PM PDT

Pelakon Norman Hakim yang menangis sebak selepas diijabkabulkan dengan pelakon Memey Suhaiza, Sabtu di Kota Tinggi, Johor, berjanji tidak akan mengabaikan isterinya itu.

Dia tidak dapat menahan sebak setelah memikirkan kegagalan dalam perkahwinannya yang pertama dengan pelakon Abby Abadi.

"Saya rasa sebak selepas akad nikah kerana rasa kesal dengan kegagalan perkahwinan saya sebelum ini.

"Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi dan berharap kehidupan yang terbaik pada masa akan datang,"

Sebelum nie,Norman pernah bercerai 2 kali dengan Abby..

Perceraian pertama mereka berakhir dengan rujuk semula selepas Norman memujuk abby dan berjanji akan besama selamanya.

Kali kedua selepas Norman ditangkap Khalwat dengan Memey ,Abby membawa para wartawan semua serang norman suruh suaminya itu menceraikannya ketika itu,pada mulanya Norman enggan,tapi selepas melalui prosess mahkamah semua barulah mereka bercerai.

Sebelum nie pun Norman pernah mengajak Abby untuk rujuk semula,Memey pun pernah sms Abby suruh terima Norman balik..wah wah dramatik yeh..Tapi Abby tak setuju lah agaknya..

Akhirnya jodoh Norman tetap dengan Memey .Norman berjanji akan membahagiakan Memey,semoga perkahwinan kali nie kekal lah ye..

Irma Mendoakan kebahagiaan Nabil

Posted: 25 Sep 2011 07:50 PM PDT


"Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil," demikian ujar pelakon Irma Hasmie, 29, bekas kekasih Nabil Raja Lawak, 28, bila disentuh mengenai pernikahan Nabil yang bakal menjelang empat hari lagi (30 September 2011).

Tambah Irma, dia merasa tidak manis jika dia hadir ke majlis pernikahan itu nanti kerana bimbang disalahertikan oleh pihak lain. Selain itu, dia tidak mahu timbulnya perkara yang tidak elok kerana dia menghormati hari bahagia bekas kekasihnya itu.

"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.

"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.

"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun," katanya.

Bila ditanya mengenai teman hidup, Irma bagaimanapun mengakui masih belum mempunyai teman istimewa, malah sedang mencari seorang calon paling sesuai untuk dijadikan bakal suami.

"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.

"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasi hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup," tambah Irma

Sensasi pasti sedikit sebanyak pasti ada rasa sayu di hati Irma,maklumlah dia dan Nabil dah becinta 2 tahun,dan hubungan mereka dulu pun mendapat liputan media.Nabil dulu pun beriya nak kahwin dengan Irma..Namun bukan jodoh mereka,hubungan terputus ditengah jalan apabila Nabil mengkhianati kepercayaan Irma..

Tapi memang ada hikmah la kan,selepas putus cinta Irma berhijrah menjadi sorang yang lebih baik,bertudung dan beruasaha menjadi muslimah sejati.Sensassi yakin ada lelaki yang jauh lebih baik untuk Irma nanti..

Abby minta Norman dahulukan hutangnya, Abby bergaduh dengan Zul?

Posted: 25 Sep 2011 07:28 PM PDT

Bekas suami Abby akhirnya telah bergelar suami orang...Namun pada hari perkahwinan Norman,Abby mengeluarkan satu statement berkaitan hutang Norman..Isk isk tak baik tak overshadow hari bahagia orang lain dengan mengaibkan dia pada semua orang terutamanya pada hari bahagia Norman...

Tapi Norman pun kene lah bayar hutang kat Abby...

Al kisahnyer pasal hutang mereka nie tak silap Sensasi dulu...masa perkahwinan Abby dan Norman,Abby turut menggunakan wangnya untuk membayar persiapan dan persandinganNorman hutang padanya. Manakala kata Norman pulak, merka berdua bersetuju untuk berkongsi sama untuk majlis perkahwinan mereka dulu.Jadi Norman tak anggap itu sebagai hutang.

Abby menjawab ,dia bersetuju berkongsi beban dengan Norman kerana ingatkan mereka akan kekal sebagai suami isteri selamanya,tetapi memandangkan Norman buat hal,dan abby mntak cerai,maka dia tak rela menghalalkan wang tersebut...gitulah ceritanya..

Abby anggap hutang,Norman anggap takde pape..he he





Beberapa hari sebelum pernikahan Norman,Abby ada meluahkan perasaan di Facebook dibana bunyinya seperti orang yang kecewa danbergaduh dgn kekasih. Adakah Abby dan Zul mempunyai masalah dalam hubungan mereka...?

"Assalamualaikum dan good morning! Pagi ni Saya bangun tidur, Saya terus siapkan baju anak-anak (Danish dan Dania) untuk mengikut Papanya bernikah di Johor. Baby tinggal jaga Mama," ujar Abby di laman Facebooknya.

"Hidup Saya sekarag ni tidaklah sebahagia yang disangka. Biasa-biasa je, macam orang lain juga. Adakalanya suka, seronok, ketawa dan gembira.. Adakalanya duka, sedih, menangis macam org gila! Huhu.. Lebih tragis, bila sedih sorang-sorang, menangispun takde orang pujuk... kasihankan? Sampai bengkak-bengkak biji mata, huhu..

"Sejujurnya, masih belum ada yang boleh menerima Saya seadanya. Yang selalu disebut-sebut tu, 'biarlah menjadi 'rahsia' Saya. Tapi bertuahnya rasa bila ramai di sini yang mendoakan kebahagian buat Saya. Terharu... Harapan Saya, moga 'doa' kalian termakbul, dan 'bahagia'itu akan menjadi milik Saya... Doakan yer," luah Abby

Gambar Pernikahan Norman Hakim dan Memey

Posted: 25 Sep 2011 06:59 PM PDT

Dengan sekali lafaz,Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 dengan Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Norman Hakim telah dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.

Sejumlah lima dulang hantaran daripada pihak lelaki iaitu berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak perempuan pula telah membalas tujuh dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran



Semoga perkahwinan mereka berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.Mendirikan Masjid(berkahwin) adalah tuntutan agama,selain mengelakkan maksiat..
Sensasi tahu ada ramai yang benci melihat kebahagiaan mereka berdua,tp mendoakan benda yang buruk kepada org lain tue sangatlah keji..