Sensasi |
- Video Pra perkahwinan Nabil dan Zira- Save the Date
- Komen Fida berkaitan kenyataan bekas kekasih Mamat Sepah tentang Playboy dan curang
- Mekap Selebriti Hollywood yang hancuss
- Kes Khalwat Razak Ahmad:saya cuma ambil baju
- Gambar Perkahwinan Azad dan Eira Syazira
- Gambar Abby Berkelah bersama Zul Ariffin dan Keluarganya
Video Pra perkahwinan Nabil dan Zira- Save the Date Posted: 18 Sep 2011 12:44 PM PDT Nabil & Zira :: save the date from lhmediatv on Vimeo. Tak lama je lagi perkahwinan Nabil dan Zira yang bertemakan Wonderland akan diadakan di I-city.. Lepas tengok Video nie sensasi rasa jalan cerita tak menyengat,dan kurang romantik..hehe..Tapi mungkin bagi korang romantik kot...Layann~ |
Komen Fida berkaitan kenyataan bekas kekasih Mamat Sepah tentang Playboy dan curang Posted: 18 Sep 2011 12:41 PM PDT "Itu hak Adda untuk bersuara. Mungkin Adda lebih kenal Mamat sebab mereka dah lama kenal. Fida ini baru saja kenal Mamat," ujar Fida dipetik sebagai berkata. "Ada beberapa kisah Mamat yang Fida tak tahu tapi Mamat yang telefon beritahu Fida. Jadi Fida rasa benda lama biarlah Mamat dengan Adda sendiri, Fida tak nak burukkan keadaan dengan komen dan sebagainya." "Entahlah, Fida pun tak tahu. Fida baru nak kenal Mamat. Fida tak pertahankan Mamat mahupun Adda sebab Fida baru nak rapat dengan dia," jelasnya mengulas mengenai dakwaan Mamat Buaya darat. "Dengan Adda pun Fida belum kenal. Fida percaya semua benda sekarang dibayar dengan 'cash'. Fida percaya kalau berlaku tak jujur kat sini, perhubungan ini akan sekejap sahaja. Tapi kalau boleh, Fida nak lamalah. "Terpulang kepada Mamat, kalau dia nak berubah daripada apa yang ramai sedang perkatakan sekarang, insyaAllah perhubungan kami akan bertahan lama. Selagi tak berlaku kepada Fida, kami akan kekal sebegini," katanya penuh sopan. Wah-wah dengan komen dari fida nie,boleh sensasi katakan yang Fida seorang yang sabar dan lembut orangnya,tak cepat melatah dan sayangkan Mamat. Jodoh tue ditangan tuhan dah ditetapkan dari azali lagi,jadi bila putuss cinta kita harus lah redha dia bukan diciptakan untuk kita walau sepahit dan sesakit mana pun,tapi kalau memang jodoh,walau terpisah 10 tahun pun pasti bersama akhirnya.. so nasihat sensasi kalau break up tue tak payah la melatah lebih2 la kot..ehe |
Mekap Selebriti Hollywood yang hancuss Posted: 18 Sep 2011 12:24 PM PDT Mekap Taylor Momsen Yang Hancuss!! Minah ini memang terkenal dengan mekapnya yang sarat pada bahagian mata dan sering 'melanggar' peraturan mekap – menggunakan warna garang pada mata & bibir pada waktu yang sama. Rona mata hitam pekat bak Racoon serta sapuan gincu merah pekat sememangnya tidak sesuai dengan bentuk muka Taylor yang kecil dan bulan tu. Mungkin ianya sesuai untuk persembahan atas pentas, klip video tapi memang tak sesuai langsung untuk penampilan di hadapan umum. Macam adik Marilyn Manson pun ada… Mekap Kim Kardashian Yang Hancuss!! Kim sememangnya dikenali dengan penampilan serba glamer, walaubagaimanapun kali ni mekap Kim seperti 'terlebih sudah'. Sapuan bedak berlebihan nyata menampakkan kedutan di wajah dan di bawah mata serta bahagian mulut. So ingat, pastikan bedak asas & bedak tabur dioles berpada. Mekap Leighton Meester Yang Hancuss!! Sorang lagi yang menjadikan Marilyn Manson sebagai idola! Bintang 'Gossip Girl' nyata tampak cerah 'berseri' dengan mekap serba padu! 'Padu' di sini bermaksud olesan gincu merah menyala + olesan pembayang mata hitam. Mekap matanya nampak berat dan pelik dengan pembayang mata hitam dibahagian bawah mata yang dipadankan dengan penggaris mata rona emas, manakala sapuan gincu merah mencacatkan pemandangan tak ubah seperti keluarga 'Edward Cullen' dalam filem francais 'Twilight' tu. Mekap Nicole Kidman Yang Hancuss!! Tak disangkal lagi, Nicole Kidman sememangnya antara artis paling jelita di Hollywood. Tapi, sejelita manapun Nicole, dia juga tak lepas dari 'Mekap disaster'. Sapuan bedak kilau yang disapukan pada bahagian mata agar tampak menyerlah boleh kelihatan kurang menarik apabila terdedah dengan pancaran lensa kamera. Kesimpulannya, oles dengan kemas & cuba mekap anda di pelbagai jenis cahaya terlebih dahulu. Mekap AnnaLynne McCor Yang Hancuss!! Wajah Bintang '90210', ini kelihatan seperti terkena selaran matahari (sunburn) yang disembunyikan dengan bedak atau boleh jadi taburan bedak kilau berlebihan pada bahagian bawah mata. Mengharukan lagi penampilan AnnaLynne bila dia turut mengenakan rona gincu lebih pudar dari tona kulitnya. Mekap Catherine Zeta-Jones Yang Hancuss!! Tidak dinafikan yang dia tergolong diantara jelitawan seantero dunia namun penggaris mata hitam dipadankan dengan pembayang mata rona merah jambu cerah telah menyumbang kepada kecacatan penampilannya. Sapuan bedak asas yang juga tidak dilakukan dengan kemas kerana kesan liang roma masih jelas kelihatan. Bagi mengelakkan insiden seumpama ini, adalah perlu memakai losyen pelembap wajah sebelum mengenakan bedak asas atau sebarang bedak wajah. Mekap Debi Mazar Yang Hancuss!! Hanya terdapat satu rona sahaja yang menghiasi wajah bintang "Entourage" ni, 'Jingga' atau 'oren'. Sedari pmbayang mata, pemerah pipi sehinggalah ke gincu semuanya warna jingga. Padanan rona yang sememangnya tidak kena untuk dipadankan dengan mata birunya yang teramatlah cantik tu. Mekap Lindsay Lohan Yang Hancuss!! Kulit perang palsu boleh dikatakan sinonim dengan bekas bintang kanak-kanak yang tidak pernah surut dengan kontroversi ini. Rona kulit perang palsu berlebihan dipadankan lagi dengan gincu rona merah jambu lembut nyata menampakkan usia Lindsay 20-30 tahun lebih tua. Di samping itu juga, padanan rona rambut perangnya tidak sesuai dengan rona kulitnya. |
Kes Khalwat Razak Ahmad:saya cuma ambil baju Posted: 18 Sep 2011 12:14 PM PDT Menurut Razak Ahmad,dia cuma mencuba pakaian di rumah ahli perniagaan perempuan itu,tp pelik kenapa perlu sampai mencuba dibiik tidur ,berduaan plak tue..kalau ye pun nak tukar baju try la kat hall,dan si ahli perniagaan tu tak reti nak bgtau suami ker?hadoi,entahla... Apapun mahkamah menetapkan 30 Jun untuk keputusan kes khalwat Razak ahmad 5 tahun dulu.. "saya hanya mahu mengambil baju," jelas Razak Ahmad dalam keterangannya kepada Mahkamah Rendah Syariah, Petaling jaya, Selangor terhadap tuduhan berkhalwat yang dikenakan semalam. Tambah pelakon dan penyanyi itu, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat hanya disebabkan baju tersebut ditaja oleh wanita itu untuk satu program televisyen. Razak, 44, yang sinonim dengan watak orang alim dalam drama televisyen itu menambah, wanita tersebut, Selamah Sahudin, 45, sering menaja baju berunsurkan keislaman seperti baju Melayu, jubah dan kurta yang dipakainya dalam sesuatu program seni. "Pada masa itu saya dipanggil untuk terlibat dalam siaran langsung di RTM yang sedang membuat percubaan untuk disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia kerana bersiaran selama 60 jam tanpa henti. "Saya dijemput untuk mengisi slot secara langsung pada pukul 4 hingga 5 pagi dan disuruh untuk bercerita bagaimana seorang yang bergelar Qari boleh menyanyikan lagu-lagu asli dan berlakon," kata Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad dipetik sebagai berkata. "Mengikut perancangan asal, saya akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu Ahmad Jais di dalam program tersebut dan saya perlu ke RTM pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menjalani latihan. "Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke rumah itu yang saya anggap sebagai tempat stor menyimpan pakaian memandangkan pada hari lain, baju-baju akan diambil dari sebuah kedai milik Selamah pada waktu siang," ujarnya. "Dia berpakaian biasa, menutup aurat iaitu bertudung. Saya tidak pernah melihat dia tanpa tudung. Tapi saya tidak beberapa ingat pakaian yang dipakai kerana saya tidak perhatikan, cuma pakaian itu senonoh," kata pelakon drama "Geng Surau" itu ketika diminta menceritakan peristiwa yang berlaku. Alasannya lagi, pintu jeriji dan pintu utama rumah terpaksa di tutup kerana dua unit yang terletak berhampiran rumah tersebut dijadikan sebagai asrama pekerja-pekerja asing. "Saya mencuba tiga pasang baju di dalam bilik utama rumah tersebut sebelum memperagakannya kepada Selamah yang berada di ruang tamu bagi memastikan baju tersebut benar-benar selesa. "Malah, saya juga membuat aksi seperti sedang mengaji lengkap dengan Al-Quran dan rehal yang dibawa sebagai persediaan untuk ke RTM. "Selepas mencuba, saya kemudiannya kembali ke dalam bilik untuk membuka baju tersebut yang digantung untuk mengeringkan peluh sebelum digosok semula oleh Selamah. "Saya pula berada di birai katil kerana mahu mengeringkan peluh. saya hanya bersinglet dan berseluar pada masa itu," katanya. Bagaimanapun, kata Razak, dia mendengar pintu jeriji digoncangkan dan diberitahu oleh Selamah bahawa suaminya datang ke premis tersebut. "Saya hanya duduk di dalam bilik. Saya beranggapan yang datang itu suaminya kerana mereka membahasakan diri sebagai mama dan papa. Saya mendengar suami Selamah menjerit menyuruh saya keluar dan mendapati ada anggota polis bersamanya. "Saya kemudiannya menyerahkan kad pengenalan dan telefon bimbit kepada anggota polis tersebut yang menurutnya 'mengikut' arahan daripada suami Selamah untuk meminta barang-barang tersebut. "Saya diminta untuk ke Balai Polis Seri Kembangan bersama dua anggota polis untuk diambil keterangan dan diarahkan supaya hadir di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, Selangor untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat. "Saya terlepas program RTM pada hari tersebut dan hanya dibenarkan balik selepas seorang rakan datang untuk menjamin saya," kata Razak sambil mengalirkan air mata. Razak didakwa berkhalwat dengan Selamah pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, Selangor. Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sementara itu pada 14 September 2006, Selamah yang mengusahakan perniagaan butik, mengaku bersalah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda itu. Prosiding yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Shafezan Rusli di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 6 Oktober 2011. |
Gambar Perkahwinan Azad dan Eira Syazira Posted: 18 Sep 2011 11:57 AM PDT Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya, kira-kira pukul 8.50 malam, Jumaat. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea. Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini. Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang. Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan. |
Gambar Abby Berkelah bersama Zul Ariffin dan Keluarganya Posted: 18 Sep 2011 10:39 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |