Adsense

Sabtu, 24 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Majlis Nikah Norman Hakim & Memey Suhaiza

Posted: 24 Sep 2011 06:52 PM PDT

Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran. Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan. Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Memey Norman Kahwin

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu termasuk dua anak Norman iaitu Mohamed Danish Hakim,8, dan Marissa Dania Hakim,6. Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Pada malam Sabtu, pasangan ini akan melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti. Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000. Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu. Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman. Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak termasuk Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Memey Norman Kahwin

Memey Norman Kahwin

Memey Norman Kahwin

Memey Norman Kahwin

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Ibu Norman Hakim Restui Hubungan Norman & Memey
  • Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat
  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Gosip Norman Hakim dan Memey Akan Kahwin di Aidiladha Fitnah?
  • Gambar Norman Hakim Botak
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Konvoi Raya DJ Lin ke Rumah Peminat

    Posted: 24 Sep 2011 05:04 PM PDT

    Konvoi Raya DJ Lin ke Rumah Peminat

    Bertugas sebagai penyampai radio kini tidak lagi terhad di dalam studio sahaja. Bahkan, kerjaya ini semakin mencabar kerana penyampai radio juga diklasifikasikan sebagai seorang selebriti atau personaliti dan mempunyai peminat serta pengikutnya yang tersendiri.

    Bagi penyampai radio Suria FM, DJ Lin, yang begitu sinonim dengan rancangan Suria Cinta, kejayaan yang dikecapi adalah hasil sokongan berterusan daripada peminat. Justeru, beliau menubuhkan 'Fan DJ Lin Cinta Mania' pada  Oktober 2010. Melalui Kelab Peminat inilah beliau dapat mendekati pendengar dengan pelbagai aktiviti.

    Syawal tahun ini, DJ Lin mengambil inisiatif untuk turun padang dengan beraya ke rumah peminat di serata Malaysia sebagai tanda penghargaan yang tidak ternilai buat peminatnya. Aktiviti 'Konvoi Raya DJ Lin bersama Fan Cinta Mania' merupakan siri jelajah yang melibatkan negeri di utara dan selatan tanahair. Konvoi ini telah mendapat sambutan yang amat baik bermula di Negeri Sembilan (Kuala Pilah), Melaka, Johor (Muar, JB, Pontian, Kulai), Perak (Taiping, Tambum, Gopeng, Ipoh), Pulau Pinang, Kedah (Sg. Petani, Kuala Kedah, Alor Setar, Felda Teloi Kanan) dan bakal ke pantai timur selain sekitar Lembah Klang.

    Menarik tentang konvoi ini, ianya diadakan pada hujung minggu dan Penyertaan adalah melalui Facebook Fan Page beliau di DJ Lin Suria Cinta Suria FM yang kini berjumlah lebih 56,000 peminat dan pemilihan dibuat berdasarkan slogan Mengapa mereka ingin mengundang Dj Lin beraya ke rumah mereka. Bagi anak kelahiran Larkin Jaya, Johor Bahru ini, tiada ungkapan penat atau letih kerana, aktiviti konvoi raya ini turut disertai oleh AJK Fan Cinta Mania serta peminat yang sanggup datang dari Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah untuk turut sama menyertai aktiviti konvoi Raya yang julung kali diadakan.

    Bermula dari Kuala Lumpur, konvoi telah menjelajah ke beberapa lokasi seluruh negara termasuk kawasan felda. Menurut DJ Lin, beliau amat terharu dengan sambutan yang diberikan. 'Kami disajikan dengan pelbagai makanan tradisional dan juadah hari raya, Ada juga yang sanggup menunggu kehadiran kami walaupun terpaksa menanti sehingga jam 2 pagi'. Tambah DJ Lin lagi, beliau turut diberi buah tangan berbentuk pemberian hadiah dan kuih muih tradisional untuk dibawa pulang.

    DJ Lin yang baru saja mendapat lesen memandu pada julai lalu, amat berterima kasih kepada pihak Proton kerana memberi sebuah kereta Proton Persona sebaik dirinya sebagai duta kereta Proton Persona bermula mei lepas. Pemberian kereta ini lebih memudahkan beliau bertemu dengan peminatnya di seluruh Malaysia.

    DJ Lin turut merakamkan ucapan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua peminat setia rancangan  Suria Cinta yang dikendalikannya di Suria FM setiap Ahad hingga Jumaat , bermula 11 malam – 2 pagi.

    DJ Lin

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sekitar Majlis Berbuka Puasa DJ Lin Bersama Peminat
  • Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Heliza AF5
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Dari Saida
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Sekitar Majlis Berbuka Puasa Faizal Tahir & Rockensteiners
  • Promosi Hari Raya Aidilfitri LG Ganjaran Menarik
  • Galaksi Raya 2011
  • Event Berhari Raya Bersama Nera AF9
  • Filem Pendek Hari Raya
  • Kad Raya Dari Aizat Yang Kreatif