Harian Metro: Rap |
Posted: 23 Sep 2011 05:32 AM PDT SEDAR atau tidak, sudah hampir tiga tahun Siti Zaqyah Abdul Razak atau Tiz Zaqyah, 23, bergelar anak seni. Dalam tempoh itu juga, Tiz membuktikan dirinya mampu bersaing dalam dunia seni biarpun kadangkala ditenggelami dengan kehadiran bakat baru. Walaupun sering dihimpit kontroversi, namanya tidak mudah hilang kerana bakat dimiliki dan bukan bersandar kepada rupa semata-mata. Tiz terus diberi tanggungjawab oleh pengarah dan produser tempatan untuk menjayakan karya mereka. Ternyata semua itu tidak pernah membuatkan dirinya alpa atau sombong.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur pada 25 Oktober 1988 ini mengakui bosan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu hingga membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati. Kini semua perkembangan aktiviti seni pelakon yang mula melonjak naik selepas membintangi siri Nur Kasih, dikongsi bersama peminat menerusi akaun sah miliknya di facebook, Tiz Zaqiyah Zak/Fanpage. "Pujian buat kita lalai. Saya akui memang ketagih ketika menggunakan Twitter dulu. Begitupun, disebabkan terlalu banyak perkara yang tidak boleh dihalang membuatkan saya menutup akaun Twitter itu. "Memang ia satu cabaran besar buat saya apabila tidak menggunakan Twitter lagi sedangkan akaun itu saya gunakan sejak lapan tahun lalu. "Bagaimanapun, saya masih mempunyai akaun facebook untuk berinteraksi dengan peminat dan rakan. Malah menerusi laman ini, ia lebih mudah dikawal," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama terbarunya, Soffiya. Tiz yang cukup dikenali menerusi watak Nur Amina dalam siri Nur Kasih, bukan saja menjadi buruan pengarah dan produser untuk menjayakan filem, malah drama televisyen untuk memancing penonton. Penampilannya di televisyen sering menarik perhatian ramai. Sebagai pelakon, dia berasa puas apabila penonton mengenali watak yang dilakonkan menerusi drama. Walaupun ada yang menganggap Nur Amina masih membayangi watak lakonannya, akui Tiz, ia bagaikan mengikut musim. Katanya, ketika muncul dalam drama bersiri Gemilang, penonton mengenalinya dengan karakter cikgu Asma. Justeru, mampukah Tiz mencetuskan fenomena baru buat penonton apabila bertindak sebagai teraju utama drama Soffiya yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, sejak 21 September lalu. "Memang drama ini agak berat dan saya sentiasa tidak puas hati dengan lakonan. Banyak perkara yang saya perbaiki mengenai lakonan dari semasa ke semasa. "Lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak menerusi drama ini, saya berasa seperti dihargai. Saya percaya jalan cerita drama ini cukup menarik dan pasti drama ini akan diterima ramai. "Setakat ini kami masih menjalani penggambaran sehingga episod 18. Saya juga belum mempunyai apa-apa perancangan selain memberi tumpuan kepada menyiapkan penggambaran drama ini," katanya. Bercerita lanjut mengenai wataknya sebagai Yaya dalam drama bersiri 28 Episod itu, Tiz berkata, dia berdepan cabaran pada awal episod di mana hampir sebahagian besar babak membabitkan emosi. Biarpun sering dibandingkan dengan watak Nur Amina, dia nyata selesa melakonkan watak berat. "Untuk menjayakan watak berat menerusi drama ini cukup mencabar. Di sini perlunya bantuan daripada pelakon berpengalaman seperti abang Hilal (Hilal Azman). "Memang abang Hilal banyak membantu. Selain memberi tunjuk ajar, dia juga menggalakkan saya untuk mengikut gerak naluri hati sendiri. "Barisan pelakon serta kru yang terbabit juga banyak membantu. Watak Soffiya dalam drama ini berdepan pelbagai konflik termasuk dinodai. Cabaran besar buat saya untuk menterjemahkan ia kepada emosi yang belum pernah saya lalu sebelum ini. Saya lakukan karakter dan emosi berkenaan mengikut naluri sendiri," katanya. Selain Tiz, drama terbitan Filmscpae Sdn Bhd arahan Joeza Rasidi ini turut dijayakan Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman, Halimatussadiah dan Aisyah Atan. PROFIL NAMA PENUH: Siti Zaqyah Abdul Razak |
Posted: 23 Sep 2011 05:22 AM PDT BADAN Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) menang saman sejumlah RM980,000 dan faedah terhadap Bandar Utama City Sdn Bhd dan Bandar Utama City Centre Sdn Bhd, baru-baru ini selepas karya muzik ahli MACP dipersembahkan kepada orang awam tanpa kebenaran. Pengurus Besar MACP, Chan Miew Lan berkata, tindakan saman ini dibuat berikutan kegagalan mereka mematuhi amaran sewaktu penganjuran dua konsert 'countdown' Tahun Baru pada 2007 dan 2008.
"Sekalipun MACP mengeluarkan amaran secukupnya mengenai keperluan mendapatkan lesen MACP bagi mengesahkan persembahan karya muzik ketika dua konsert ini, dua defendan terbabit gagal mematuhinya. "Antara lagu digunakan tanpa izin adalah karya Audi Mok, kumpulan Estranged, Asmin Mudin, Fred Chong, Lee Chee Cheng, Rafidah 3R, Huang Shus Hey dan Yap Choon Kean.
Kata Miew Lan, MACP menganggap tindakan diambil wajar memandangkan MACP sudah memberi amaran secukupnya. "Tindakan defendan-defendan menggunakan lagu untuk persembahan konsert terbabit melanggar hak ekslusif terhadap persembahan di tempat awam. "Kami meminta pihak yang mahu menjayakan konsert atau apa jenis persembahan awam mendapatkan
"Ini bertujuan mengatasi tindakan menggunakan karya MACP tanpa kebenaran. Bukan saja karya tempatan malah MACP juga turut mengeluarkan lesen untuk karya muzik antarabangsa yang dimiliki organisasi terbabit di Malaysia. "Setakat ini, keahlian MACP lebih 2,850 pencipta tempatan dan 2 juta pencipta antarabangsa yang mewakili lebih 12 juta karya muzik dalam repertoire atau senarai yang ada," katanya. Pada 7 Mac lalu, mahkamah memasukkan penghakiman yang berpihak kepada MACP selepas defendan-defendan gagal mematuhi arahan dikeluarkan oleh mahkamah semasa pengurusan kes. Sewaktu pendengaran penaksiran ganti rugi kepada 12 September lalu, MACP diberikan ganti rugi sejumlah RM980,000. Daripada jumlah itu, sebanyak RM20,000 sebagai kehilangan hasil pendapatan manakala RM950,000 sebagai ganti rugi tambahan serta RM10,000 sebagai kos dan faedah yang dikira bermula daripada 9 Julai 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya. Ganti rugi ini dibayar sama rata di antara kedua-dua defendan. Bagaimanapun, defendan-defendan membuat rayuan terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar mengenai penaksiran ganti rugi kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan sedang menunggu tarikh pendengaran. Sementara itu, prosiding kes asal sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan selepas rayuan defendan-defendan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ditolak. Permohonan defendan-defendan bagi kebenaran untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan ditetapkan untuk pendengaran pada 15 November depan. Sementara itu, majlis Aidilfitri ini diadakan sebagai menghargai sokongan media dan juga stesen radio yang memutarkan lagu-lagu artis tanah air. Dalam majlis yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Pencahala itu, MACP turut membuat sumbangan dan meraikan seramai 20 anak yatim Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Subang Jaya. Majlis diserikan dengan persembahan Datuk M Nasir, Datuk Jeffrydin, Shila OIAM, Lufya Omar, Voices Of Ummi dan kumpulan Cherita. Ternyata persembahan M Nasir menerusi lagu Satu Hari Di Hari Raya paling mendapat perhatian sekaligus membuktikan ia menjadi lagu raya yang popular. Shila pula memilih lagu raya Amy Mastura, Setahun Sekali manakala Lufya memilih lagu popular Rossa, Ayat-ayat Cinta. Hadir sama, Pengerusi MACP, Habsah Hassan, Pengurus Operasi Suria Fm, Subarma Mokhtar, Pengurus Program Sinar FM, Rustam Said, penyanyi Nora bersama suami, Johan Nawawi, Lan & The Typewriter Hasnol Hassan serta penulis lirik, Shahadrian atau Ad Samad dan Juwie. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |