Adsense

Isnin, 19 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya Malu Menonton Filem Sendiri” – Shaheizy Sam

Posted: 19 Sep 2011 09:46 PM PDT

Kunjungan OHBULAN! ke pra-tonton filem Bini-Biniku Gangster arahan Ismail "Bob" Hasim mengejutkan kami yang baru pertama kali menonton wayang bersama Shaheizy Sam.

Sekali pandang wajah aktor kacak yang pernah memenangi anugerah Artis Paling Popular 2010, dia kelihatan seperti seorang yang sempoi, mudah beramah mesra dan sempurna. Namun, temubual antara kami dan Shaheizy Sam menjelaskan segala permainan difikiran kami kerana diawal pra-tonton, Sam dilihat keluar sebentar meninggalkan panggung.

Ketika ditemubual tentang perasaan mengenai filem terbaru lakonan Sam ini, "Saya tak suka tengok filem lakonan saya sendiri, sebab ia akan menjatuhkan semangat saya. Untuk pengetahuan, saya juga tak menonton filem pertama saya iaitu "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam", kerana saya mementingkan kesempurnaan. Saya malu untuk tengok kesilapan sendiri."

Sam turut menjelaskan maksud sempurna melalui pandangannya, "Kesempurnaan saya adalah untuk diri sendiri, saya tahu berlakon adalah sesuatu yang subjektif dan mungkin pandangan mata saya sempurna, namun tidak pada orang lain."

Shaheizy Sam sebelum ini pernah muncul dengan watak seorang lelaki yang percaya dia menghidap Autisme dalam filem "Sekali Lagi". Seiring dengan pelbagai filem yang dibintangi dan watak-watak yang dilakonkan, Sam mengaku dia telah memecahkan proses lakonan kepada beberapa bahagian agar dia dapat menghayati kesemua lakonannya.

Ditanya mengenai watak yang paling Sam ingin lakonkan, penuh rasa teruja aktor ini menjawab, "Saya inginkan watak luar dari komersial, watak yang mencabar dan lebih mencabar seperti melakonkan the real autisme patient . Dalam filem Bini-Biniku Gangster, saya memegang watak antara seorang suami yang baik dan juga seorang gangster yang cuba menyatukan 2 puak."

Sam turut memberitahu kami, "Kedudukan orang macam saya tak lama, selepas itu orang akan mula bosan. Sebelum orang bosan, saya akan mencari arah yang baru dan mungkin akan mengarah dan membantu disebalik tabir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aktress Glee, Dianna Agron Puji Lagu Zee Avi!

Posted: 19 Sep 2011 09:39 PM PDT

Yeah, itu yang ditunggu-tunggu selama ini. Bintang Glee iaitu Dianna Agron, 25, seorang penyanyi, pelakon, pengarah, dan juga produser telah memuji lagu nyanyian Zee Avi di twitter miliknya.

Ini pasti menjadi satu tamparan hebat kepada panel Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) apabila anugerah yang berprestij ini diselubungi kontroversi.

Zee Avi tidak layak dicalonkan kerana albumnya menjalani rakaman di luar Malaysia. Persoalannya, seorang bintang Glee boleh hargai bakat anak seni ini. Kenapa Recording Industry Association of Malaysia (RIM) menganaktirikan bakat Malaysia yang sedia ada?

Seperti yang Aizat Amdan katakan (pencalonan terbanyak AIM 18):

"Tak kisah kalau record di luar ke, di Malaysia ke, as long as itu adalah penyanyi Malaysia. Kalau penyanyi itu tidak tercalon pun, at least kita recognise hasil kerja mereka."

Zee Avi baru sahaja melancarkan album terbarunya, yang kini boleh dilihat di youtube dimana dia sekumpulan mempersembahkan album terbaru mereka secara langsung.

Tertarik dengan konsep album baru Zee Avi yang lebih matang, album ini memperlihatkan irama yang lebih riang dan gembira. Ahli kumpulan Zee Avi terdiri daripada 3 orang lelaki iaitu Joey Altruda – Bass, Rafael Pereira – Percussion, David Hurwitz – Guitar & Sape.

Kami agak teruja dan bangga apabila melihat lelaki berkulit putih dalam video ini memainkan alat muzik tradisional Sarawak, Sape. Kepada anda yang meminati Norah Jones, sila layan video "Ghostbird" yang berdurasi hampir 20 minit ini selepas ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...