Adsense

Isnin, 19 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Britney Spears Telah Kembali & Lancarkan Jelajah Eropah, “Femme Fatal Tour”!

Posted: 19 Sep 2011 12:12 AM PDT

Kami masih ingat satu ketika dulu, ketika zaman "Ouh baby baby, I did it again!". Pasti ramai yang masih ingat kan? Tipulah kalau anda tidak pernah dengar lagu ini dicorong radio.

Britney Spears kembali dengan lebih mantap dan hebat. Setelah kejatuhannya sebelum ini secara tiba-tiba, dia kini mendaki semula mahkota yang pernah dulu dikecapinya. Pelancaran jelajah eropah pada 16 September lepas membuktikan Britney Spears, 29, masih mampu untuk menghiburkan peminatnya di seluruh dunia.

Penyanyi muda yang pernah menimbulkan banyak kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini akan memulakan siri penjelajahannya bermula dari St. Petersbug, Russia pada 22 September dan berakhir di Lisbon, Portugal pada 9 November.

Selepas siri penjelajahan ini berakhir, Britney Spears akan kembali ke England untuk menjalani penggambaran muzik video bagi lagu terbarunya, "Criminal". Apa-apa pun, layankan lagu terbaru dari Britney Spears selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“Saya Akan Pilih Siapa Teman Wanita Anak Saya” – Pamela Anderson.

Posted: 18 Sep 2011 11:52 PM PDT

Ibu mithali? Pamela Anderson, 44, berhasrat untuk memilih sendiri siapa yang layak untuk menjadi teman wanita kepada dua anak lelakinya hasil bersama bekas suami, Tommy Lee. Bekas pelakon filem "Baywatch" ini yang mempunyai 2 orang anak lelaki mengaku bahawa status jandanya menghadkan dirinya untuk mencari teman hidup baru.

Dia berkata, anak-anaknya terpengaruh dengan cara dia memilih lelaki sebagai teman hidupnya. Sebelum ini, Pamela Anderson pernah berkahwin dengan Kid Rock dan Rick Salomon dan kini dia adalah ibu tunggal. Dia lebih gemar jika anaknya berpacaran bersama wanita pilihannya.

Bertuah jika Pamela memilih yang cantik dan terbaik untuk anak lelakinya. Sesuailah kalau dipanggil ibu mithali selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...