Adsense

Khamis, 22 September 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar terbaru intan ladyana dan neelofa hot dan panas 2011

Posted: 22 Sep 2011 01:25 AM PDT







Sumber D SINI

Gambar terbaru nur fathia yang hot dan panas 2011

Posted: 22 Sep 2011 01:23 AM PDT

Ahmad idham dan kontroversi hantu bonceng

Posted: 21 Sep 2011 09:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.

Ahmad Idham berkata dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

"Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya," katanya selepas sidang media sempena penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di sini, Selasa.

Ahmad Idham diminta menjelaskan mengenai tuduhan pelbagai pihak yang mengutuk filem Hantu Bonceng kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog ini mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu...Syaitan."

Bagaimanapun jelas Ahmad Idham, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

"Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul seletlah filem itu habis ditayangkan di pawagam?

"Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Idham masih menunggu memorandum yang ingin dikeluarkan terhadapnya oleh individu yang mengakui mewakili Dewan Pemuda Pas.

Filem Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan ia merupakan pencapaian tertinggi untuk filem arahan Ahmad Idham.

Rozita che wan minta harga tinggi utk berlakon drama siri

Posted: 21 Sep 2011 09:38 AM PDT

PETALING JAYA: Syarikat produksi Grand Briliannce Sdn Bhd (GBSB) akan mempertimbangkan segala tawaran berlakon terbitan syarikat itu terhadap aktres Rozita Che Wan,38, yang dikatakan mula meletakkan bayaran "tidak masuk akal".

Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab berkata, pihaknya terkejut apabila Rozita menolak tawaran membintangi sebuah drama bersiri Goyang Rafique yang telah dipersetujui selepas tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan.

"Sebelum Rozita berangkat mengerjakan umrah pada Ramadan lalu, dia telah bersetuju untuk membintangi drama bersiri 13 episod terbitan GBSB termasuklah meminta pihak produksi mematuhi segala jadual penggambarannya.

"Sayang sekali selepas dia pulang mengerjakan umrah pada pertengahan bulan Ogos lalu, dia menolak tawaran yang diberikan dengan alasan bayaran yang diberikan tidak setimpal," katanya.

Jelas Jalena, menjadi amalan bagi semua syarikat produksi di negara ini memberi bayaran di antara RM1,500 sehingga RM2,000 bagi setiap satu episod untuk artis "senior" seperti Rozita tetapi malang sekali pelakon itu telah menuntut bayaran yang berlebihan.

Katanya, Rozita minta dibayar sebanyak RM3,000 bagi setiap satu episod untuk drama berkenaan yang mana jumlahnya dilihat agak keterlaluan.

"Terus terang saya katakan, pelakon Fasha Sandha pun tidak pernah meminta bayaran seperti itu. Kami amat terkejut dengan tindakan sedemikian. Malah Rozita turut memberi kata dua, jika mahu mengambilnya berlakon, pihak kami hendaklah memenuhi impiannya tetapi jika tidak, dia enggan terlibat dalam drama berkenaan," ujar Jalena.

Katanya, penggambaran drama yang dilakukan bermula Ramadan lalu itu menjadi kelam kabut disebabkan pihak produksi telah mengubah lokasi penggambaran kerana mahu mengikut jadual Rozita.

Sayang sekali jelasnya selepas pulang dari Mekah, Rozita menukar pendiriannya dan tidak bersetuju untuk berlakon drama itu kerana wang.

Ujarnya, walaupun Rozita berhak menentukan sesuatu bayaran, pelakon itu perlulah menuntut satu jumlah yang logik bersesuaian dengan landskap penerbitan drama di negara ini.

Ditanya adakah pihak GBSB yang juga syarikat milik Media Prima Berhad itu akan mengharamkan Rozita untuk terlibat dalam drama terbitan syarikat itu pada masa akan datang, Jalena berkata ia bergantung kepada permintaan stesen televisyen di bawah syarikat berkenaan.

"Kalau stesen televisyen sanggup dengan bayaran RM3,000 satu episod seperti mana yang dituntut kita akan ambil dia berlakon tetapi saya tidak fikir keperluan untuk membayar sedemikian rupa," katanya.

Tambahnya, tawaran untuk membintangi drama berkenaan diberikan kepada Rozita selepas memikirkan penglibatan pelakon itu bagi cerita serupa iaitu Diari Ramadan Rafique yang pernah disarikan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, pihak GBSB berjaya menggantikan Rozita dengan pelakon Sharifah Shahirah gara-gara masalah tersebut.

Sementara itu menurutnya penggambaran yang berlangsung pertengahan Ramadan lalu itu dijangka berakhir pada minggu hadapan melibatkan beberapa lokasi seperti Langkawi, Kedah dan ibu negara.

"Kami bersyukur walaupun masalah yang berlaku itu menyebabkan kerja-kerja penggambaran menjadi kelam kabut tetapi Goyang Rafique dapat dilaksanakan dengan baik selepas penglibatan Sharifah Shahirah," katanya.

Menerusi mStar Online, Selasa, Rozita menafikan dakwaan mengatakan dia semakin "demand" selepas pulang mengerjakan umrah termasuklah meletakkan jumlah bayaran tinggi kepada mana-mana syarikat produksi yang mahu mengambilnya berlakon.

Berita marsha londoh nak bunuh diri kerana cinta??

Posted: 21 Sep 2011 09:37 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 28, tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan bodoh iaitu membunuh diri hanya kerana putus cinta dengan menelan 30 biji pil seperti yang didakwa.

Marsha berkata, dia tidak menafikan percintaan dia dengan seorang lelaki berbangsa Melayu sebelum ini sering menghadapi masalah, tetapi hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Hubungan cinta saya yang berusia dua tahun itu memang ada pasang surutnya. Tetapi di sini saya ingin jelaskan hubungan kami sudah putus beberapa minggu sebelum kejadian.

"Walau bagaimanapun, peristiwa itu bukan menjadi pendorong untuk saya melakukan perkara yang bodoh. Malah bekas teman lelaki saya itu telah melawat saya di hospital. Ia menunjukkan kami tiada masalah," katanya pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat rakaman Alibi Music, di Menara KLK, di sini, Rabu.

Pada 7 September lalu, Marsha dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas dipercayai menelan 30 biji pil akibat putus cinta.

Bagaimanapun, Marsha menjelaskan dia ke PPUM setelah ditemui rebah di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama dekat sini akibat trauma selepas terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Sementara itu, ditanya adakah dia serik untuk bercinta lagi selepas melalui pelbagai dugaan dalam percintaan, Marsha berkata dia tidak pernah serik untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Dia turut mengakui pada ketika ini telah mengenali seorang lelaki tetapi belum sampai ke tahap untuk bercinta.

Gambar terbaru Izara Aishah yang seksi, comel, cantik dan super duper cute

Posted: 21 Sep 2011 06:04 AM PDT






google: izara aishah, izara aishah seksi terbaru, terbaru terkini izara aishah, gambar izara aishah, izara aishah seksi hot, izara aishah goel cute, izara aishah terbaru 2011, gambar izara aishah terbaru terkini, izara aishah lawa, berita izara aishah 2011