Adsense

Khamis, 22 September 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Terkilan dengan bekas isteri Joey

Posted:

Terkilan dengan bekas isteri Joey

Terkilan dengan bekas isteri Joey

WATIE memberitahu kadangkala dia merajuk dengan media kerana lebih banyak menggali cerita sensasi berbanding kerjayanya.


WATIE atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 35, sering dihimpit dengan kontroversi tanpa kesudahan. Ada sahaja cerita panas dan sensasi daripada bekas penyanyi kumpulan Elite itu. Selain dikatakan mempunyai anak luar nikah, Watie juga dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang sehingga menyebabkan perkahwinan Zulkifli Daud dan pasangannya hancur.

Mungkin sudah penat dan bosan dengan kontroversi yang melanda, walaupun wajahnya sering kelihatan di kaca televisyen namun kelibat pelakon itu jarang sekali dilihat di majlis-majlis yang melibatkan media.

Adakah Watie merajuk atau cuba melarikan diri daripada media? Peluang bertemu pelakon berasal dari Grik, Perak itu semasa ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri komedi misteri, Cuak, di Restoran Bora Ombak, Kuala Lumpur, segala isi yang terpendam dijiwanya diluahkan.

"Saya tak melarikan diri atau cuba mendiamkan diri cuma masa jemputan majlis yang melibatkan media saya sibuk dengan jemputan lain dan juga terlibat dengan penggambaran drama.

"Kalau kata saya merajuk mungkin juga sebab saya sudah berada dalam industri seni ini dekat 20 tahun, tapi ada sesetengah media masih mencari cerita kontroversi berbanding kerjaya lakonan saya. Saya tak perlukan lagi kontroversi untuk popular dan dikenali. Bukan niat saya untuk berlagak tetapi ada yang tidak senang dan cuba untuk menjatuhkan saya," katanya yang lega kerana rezeki dalam bidang lakonan mencurah-curah biarpun dirinya dihimpit kontroversi.

Namun begitu, Watie bersyukur terdapat juga media yang masih bercerita mengenai kerjaya lakonannya berbanding kisah kontroversinya semata-mata.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu juga tidak mahu lagi cerita sensasinya digembar-gemburkan kerana dia tidak mahu orang luar yang tidak tahu kisah sebenar menganggapnya jahat.

Watie juga menyatakan rasa terkilan kerana sering mendapat watak lakonan perempuan gedik dan jahat tetapi terpaksa terima demi menyara anaknya Afif Danial, 7.

Ditanya mengenai hubungannya dengan penyanyi dan pelakon, Zulkifli atau nama glamornya Joey, kata Watie, dia masih dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungannya bersama Joey atau tidak.


WATIE mengaku Joey sebagai seorang lelaki dan kekasih yang baik, namun dia memerlukan masa untuk kembali berumah tangga.


Pelakon berzodiak Taurus itu juga memutuskan untuk tidak bernikah dengan Joey kerana terkilan dan tertekan dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas isteri penyanyi lagu Beradu Suratan itu dalam sebuah akhbar awal bulan puasa lalu.

"Cadangnya memang kami ingin bernikah pada bulan puasa lalu tetapi selepas kenyataan daripada bekas isterinya keluar dalam sebuah akhbar, saya terpaksa menolak untuk bernikah dengannya. Saya betul-betul tertekan sampai ambil keputusan tidak bernikah dengannya. Walaupun mereka sudah bercerai tetapi saya masih tidak tahu sama ada perlu meneruskan hubungan ini atau tidak," katanya yang bersyukur kerana Joey tidak marah dengan penolakan itu malah sentiasa memberinya sokongan dalam segala hal.

Menyentuh mengenai hatinya, Watie tidak berbohong memberitahu, dia memang menyayangi Joey. Malah, menganggap lelaki itu begitu baik di matanya.

"Saya sayangkan dia. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang harta tetapi saya tidak pernah jumpa lelaki sebaik dia.

"Joey tidak ada cacat celanya kerana dia menerima sahaja apa keputusan yang dibuat oleh saya malah saya menganggap Joey seperti Lelaki Melayu Terakhir," katanya yang masih teringin berkahwin dan mahu dirinya dijaga oleh lelaki.

Konsert 2 Raksasa kembali

Posted:

Konsert 2 Raksasa kembali

Konsert 2 Raksasa kembali

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


BLUES GANG dan Sweet Charity akan menggegarkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 Oktober ini dengan muzik malar segar mereka.


SETELAH hampir dua bulan tertangguh yang disebabkan oleh faktor keselamatan, Konsert 2 Raksasa 2011 akhirnya akan bertemu peminat mereka pada 1 Oktober ini. Mereka adalah gabungan grup otai, Sweet Charity dan Blues Gang.