Himpunan Kisah Sensasi |
Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami Isteri Posted: 09 Sep 2011 05:30 PM PDT nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]> Yuna sibuk dengan kerjaya nyayian dan belum rancang ke jinjang pelamin. KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna belum merancang untuk membawa hubungan percintaannya dengan pelakon dan pengacara, Qusyairi atau Qi ke tahap yang lebih serius. Yuna menjelaskan bahawa dia dan Qi masih belum merancang untuk bertunang walaupun mereka sudah berjumpa kedua-dua ibu bapa masing-masing. "Saya dan Qi sibuk dengan kerjaya kami ketika ini dan kami mempunyai cita-cita masing-masing untuk dicapai, dan sebarang perancangan bertunang atau berkahwin masih tidak kami fikirkan," katanya. Tambahnya, dia dan Qi tidak mahu tergesa-gesa dalam perhubungan mereka dan hanya menyerahkannya kepada takdir. Menurut Yuna lagi, dia ada berkunjung ke rumah Qi untuk berhari raya pada awal Syawal lalu dan begitu juga dengan Qi namun tiada sebarang perancangan mengenai hubungan mereka dibuat oleh kedua-dua belah pihak. Ditanya bagaimana dia berhubung dengan Qi apabila berjauhan terutamanya semasa Yuna di Amerika Syarikat (AS) merakamkan album, Yuna memberitahu bahawa dia banyak menggunakan Internet untuk berkomunikasi. "Seperti pasangan lain, kami berhubung menggunakan Internet dan selalu menggunakan perkhidmatan video Skype untuk berhubung apabila saya di AS," kata Yuna yang ditemui pada majlis pelancaran produk jenama Canon di sini, Khamis lalu. ///mstar /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |