Harian Metro: Rap |
Posted: 22 Sep 2011 06:06 AM PDT PELUANG menjadi pengacara sentiasa ada buat Muhammad Alif Mohd Satar sekalipun bermula sebagai seorang penyanyi. Selepas pertandingan On In A Million (OIAM), Alif semakin mendapat ruang menjadi hos pelbagai program TV. Kepetahannya di depan lensa kamera TV mungkin satu kelebihan membuatkan dirinya semakin diterima. Terbaru Alif, 21, diberi kepercayaan mengendalikan acara menarik, My Kids Awards yang akan berlangsung esok, Sabtu, di Sunway Lagoon Amphitheater, jam 5.30 petang.
Menariknya, My Kids Awards mempertandingkan tujuh kategori iaitu Penyanyi Kanak-Kanak Lelaki Popular, Penyanyi Kanak-Kanak Perempuan Popular, Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Perempuan Terbaik, Watak Animasi Paling Comel, Pengacara Paling 'Cool' dan Program TV Paling Hebat. Manakala Anugerah Khas My Kids Awards 2011 pula ialah bagi kategori Idola Terhebat, Atlit Idola, Pengacara Paling Hot dan Artis Paling 'Cool'. Anugerah ini antara lain bertujuan bagi memartabatkan bakat si kecil Malaysia sambil menggalakkan lebih ramai bakat baru muncul. Menurut Alif yang sinonim sebagai pengacara program remaja dan kanak-kanak seperti Remaja, Siapa Pintar dan Idola Kecil, anugerah petang esok adalah satu langkah terbaik bagi menyuntik semangat kepada anak-anak muda Malaysia menyumbang sesuatu kepada bidang seni dan hiburan negara. "Saya terkejut sebaik diberitahu akan menjadi hos bersama Zher. Mungkin saya dipilih sebab sejak dulu lagi saya banyak mengendalikan program bercorak remaja. "Saya akan mengendalikan majlis itu dalam bahasa Melayu manakala Zher pula bahasa Inggeris. Saya yakin sebagai titik permulaan, majlis ini satu platform yang baik kepada industri hiburan," katanya. Rakannya Zher juga gembira mendapat peluang menjayakan majlis itu. Inilah pertama kali Zher mengacarakan sebuah majlis besar dan sangat teruja mengendalikannya bersama Alif. Sebelum ini Zher, 26, memulakan tugas di TV3 di bahagian Pembangunan Kandungan. Dia yang tidak lekang mengukir senyuman mengakui berdebar untuk melangkah ke pentas utama majlis itu nanti. "Setakat ini, saya dan Alif sudah duduk berbincang mengenai perjalanan majlis itu nanti. Kami sudah fikirkan gimik sesuai bagi memeriahkan majlis itu nanti. Maklumlah ia sebuah anugerah untuk kanak-kanak, jadi kami ingin jadikan ia sebuah gelanggang yang penuh keceriaan dan warna-warni," katanya. Difahamkan, pemenang anugerah itu ditentukan berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diterima menerusi laman web www.tv3.com.my/mykidsawards dan laman facebook My-Kids-Awards-TV3-Kids sepanjang tempoh undian bermula 23 Mei 2011 sehingga 10 September 2011. Majlis penganugerahan itu akan diserikan dengan persembahan yang menghiburkan dari Aizat, Harris (Idola Kecil 3), Dayana (Idola Kecil 2), Prince of Pop (P.O.P.), Caprice & Nik Irfan dan kumpulan tarian The Leeleesm. Sementara itu, Alif berkata, drama 13 episod lakonannya, Cuak kini sedang ditayangkan di Astro Ceria. Dia juga masih sempat ke pentas program realiti kanak-kanak, Idola Kecil bagi musim keempat yang kini dalam proses uji bakat. Dia turut mempertaruhkan lagu terbarunya Lelaki Seperti Aku yang kini hangat diputarkan di radio selepas diminati dengan lagu Jangan Nakal. "Siapa sangka, walaupun hanya bertapak dalam program OIAM, pintu rezeki saya mula terbuka luas. Saya selalu dihujani tawaran untuk menjadi pelakon dan mengacara beberapa "Semua itu adalah satu pengalaman yang baik untuk kerjaya seni saya dan menjadi proses pembelajaran untuk memperbaiki mutu persembahan. Bagaimanapun fokus "Insya-Allah Oktober depan, album penuh kedua saya terbitan Sony Music Entertainment akan dipasarkan. Kelainannya berbanding album pertama dulu adalah dua lagu Inggeris akan dimuatkan iaitu There We Go serta sebuah lagu duet bersama penyanyi remaja Filipina, Julia Abueva berjudul Timeless. "Justeru saya mengharapkan agar peminat akan terus menyokong dan mendapatkan album kedua saya itu nanti," katanya. Meskipun jarang berbual dan bekerjasama, pada pertemuan itu, rupa-rupanya Alif dan Zher pernah belajar di sekolah menengah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas. Zher pernah mengendalikan program bual bicara popular, Malaysia Hari Ini (MHI) selama lebih kurang enam bulan terus sibuk di konti Fly FM setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hingga 10 malam mengendalikan segmen Fly 30 Countdown Show. "Saya memang suka bercakap dan berbual. Justeru kerjaya pengacaraan dan penyampai radio adalah satu cabang karier yang memberikan kepuasan. "Saya sangat seronok melayan pendengar dan menghiburkan mereka selama tiga jam setiap malam di Fly FM. Selain memutarkan lagu-lagu dalam carta, saya juga berpeluang bersembang dengan pendengar," katanya. PROFIL Nama penuh: Tham Zher Peen PROFIL Nama penuh: Muhammad Alif bin Mohd Satar |
Posted: 22 Sep 2011 05:54 AM PDT KARNIVAL Gegaria Harian Metro 2011 (KGHM2011) yang bermula hari ini hingga Ahad di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan akan dipenuhi pelbagai aktiviti buat pengunjung. Menariknya setiap kali karnival ini diadakan, pengunjung berpeluang bertemu ramai artis terkenal yang sama memeriahkannya terutama menerusi Konsert Gegaria yang akan berlangsung malam esok.
Bezanya sambutan Karnival Gegaria di Perak apabila konsert dimulai dengan Pelancaran Logo Tahun Melawat Perak. Penyanyi yang akan muncul di pentas malam esok ialah Black, Alyah, Jaclyn Victor, Awie Rafael dan Tom My Star LG.
Dia menyifatkan konsert Gegaria Harian Metro peluang terbaik berjumpa peminat yang menyokong kerjayanya sejak zaman Raja Lawak dan filem Adnan Sempit. "Melihat senarai penyanyi yang akan membuat persembahan, saya dapat membayangkan konsert itu akan menjanjikan kehebatannya. Saya pernah mengikuti konsert anjuran Harian Metro di Kota Tinggi dan ternyata sambutannya begitu hangat," katanya. Sementara itu, gerai unit hiburan RAP turut menganjurkan pelbagai pertandingan seperti Pencarian Gadis Metro, Metro Idol dan Juara Band Metro. Pertandingan karaoke Metro Idol akan diadakan esok bermula 11 pagi diikuti pertandingan Pencarian Gadis Metro, jam 4.30 petang. Juara Pencarian Gadis Metro akan diumumkan sebaik selesai pertandingan sementara 10 peserta terbaik karaoke Metro Idol akan layak bertanding dalam final pada Ahad ini, jam 4.30 petang. Yuran bagi Metro Idol adalah RM30 dan dibuka sejam dari jam 10 pagi. Manakala pendaftaran percuma bagi pertandingan Pencarian Gadis Metro bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Bagi yang ingin menyertai Juara Band Metro pada Ahad ini, perlu mendaftarkan nama kumpulan masing-masing dengan bayaran RM80 pada esok, Sabtu bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang. Menghangatkan lagi gerai RAP, petang esok dari jam 2.30 petang hingga 4 petang adalah aktiviti Sesi Beramah Mesra membabitkan bintang kacak My Starz LG, Nashrin yang kini popular dengan lagu Percaya Pada Luka. Selain itu, dua lagi artis Warner Music Malaysia, Awie Rafael dan Tom My Starz LG juga akan serta. Manakala aktiviti pada Ahad ini juga akan diisi dengan senaman irama dan sukaneka membabitkan pengunjung dan artis seawal jam 8.30 pagi. Jam 11 pagi hingga 1.30 petang, pertandingan Juara Band Metro akan dilangsungkan sebelum Sesi Beramah Mesra bersama Tomok, jam 2 petang. Gerai RAP kemudiannya akan diambil alih pelakon filem Klip 3GP termasuk One Nation Emcees, Amanda Misbun, CK Bakar, Sabhi Saddi dan Sara Ali. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |