Adsense

Ahad, 11 September 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Anak Ketiga Fazley Yaakob Dan Isteri Azrene Soraya

Posted: 10 Sep 2011 11:17 PM PDT

Gambar Piyush Dan Ayah (Fazley)

Alhamdulillah rezeki pada bulan Syawal bagi keluarga ahli perniagaan dan artis bernama Fazley Yaakob, kelahiran anak ke-3 pada 9hb September 2011 sudah pasti akan menyerikan lagi keluarga ini.

Bayi lelaki seberat 3.3 kg, yang diberi nama "Piyush" dilahirkan secara pembedahan ( Caesarian) disebuah Hospital Swasta di Kuala Lumpur pada 10 pagi.

Menurut info kesemua anak beliau dilahirkan secara pembedahan.

Tahniah daripada kami di ZoOMartis Dot Net



Gambar Keluarga Fazley Yaakob

Comel tak ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Pulau Redang tutup 4 Bulan

Posted: 10 Sep 2011 11:03 PM PDT

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Pulau Redang sila baca berita ini :

KUALA TERENGGANU – Segala aktiviti pelancongan ke Pulau Redang, sebuah pulau peranginan yang terindah di negeri ini akan ditutup selama empat bulan mulai pertengahan Oktober ini.

Setiausaha Persatuan Pengurusan & Operator Kepulauan Redang Terengganu, Lorenz Law berkata, ini berikutan musim tengkujuh di Pantai Timur pada waktu itu.

"Segala aktiviti pelancongan akan ditangguh sementara dan semua calet dan resort juga akan menggunakan tempoh itu untuk menjalankan pengubahsuaian," katanya di sini hari ini.

Menurut info 16 Resort akan dibuka pada 1 Mac 2012.


Jom kita jalan-jalan ke Sabah la pulak....

Apa yang ada kat sabah ?

1. Gunung Kinabalu - Kinabalu Park
2. Pulau Sipadan
3.Sepilok
4.Danum
4.Pulau Manukan
5.Poring (Kolam Air Panas)
6. Mutiara Sabah
7. Pulau Labuan dll


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Marsha Nafi Cuba Bunuh Diri Telan 30 Pil

Posted: 10 Sep 2011 10:43 PM PDT

Tanpa angin dan petir gossip panas yang mengemparkan dunia seni terutamanya Peminat AF dan Marsha kerana dikhabarkan cuba membunuh diri dengan menelan 30 pil. Namun sahabat dan teman rapat beliau menafikan desas desus panas yang mengaitkan beliau cuba membunuh diri.


Berikut "Statement" menafikan gossip panas tersebut :



"Berita penyanyi Marsha Milan Londoh cuba menelan 30 biji pil bagi cubaan membunuh diri tidak benar dan spekulasi liar. Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul," kata Afeeq Abdul Wahab, 25, teman rapat Marsha ketika dihubungi bagi mengulas kejadian penyanyi berusia 28 tahun itu yang dikejarkan ke hospital pagi Rabu lalu.


Afeeq berkata, Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas rebah di parkir kediamannya di Jalan Klang Lama akibat tekanan darah rendah.


"Marsha mengalami kemalangan sebelum itu mengakibatkan cedera dahi serta matanya mempunyai kesan
lebam dan luka. Ketika itu Marsha keluar sendirian membeli makanan di kawasan berdekatan kondominiumnya.
 
"Dia masih boleh memandu hingga ke rumah sebelum rebah. Saya percaya ia disebabkan trauma atas kemalangan yang berlaku memandangkan tidak pernah berdepan masalah sebegitu. 
"Spekulasi kononnya dia menelan 30 biji pil untuk membunuh diri dan apa saja gosip tersebar tidak tepat dan mungkin ada pihak menyalah anggap tindakannya dengan mengambil ubat bagi mengurangkan penyakit tekanan darah rendah," katanya.

Sebelum itu desas-desus mengatakan Marsha cuba membunuh diri kerana marahkan teman lelakinya juga ahli perniagaan kerana mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain – Harian Metro.

ZoOM : Macam-Macam...entah betul ke tak hanya beliau yang mengetahuinya, semoga Marsha tabah menghadapi dugaan ni.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!