Adsense

Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Abby buat persiapan awal

Posted:

Abby buat persiapan awal

Abby buat persiapan awal

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


ABBY memilih baju Melayu untuk putera tunggalnya.


DALAM menanti kehadiran Syawal yang bakal disambut 10 hari lagi, pasti ramai di kalangan kita yang mula kelam kabut untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut tibanya hari lebaran.

Lantas, sudah pasti gedung-gedung tekstil dan pusat membeli-belah kini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan persalinan sempena Syawal nanti.

Malah keriangan tatkala dihadiahkan pakaian baru pasti sukar disembunyikan oleh si kecil yang begitu teruja untuk menyambut hari raya.

Justeru itu, baru-baru ini, S3 berpeluang mengikut dramatis dan ibu tunggal, Arbaiyah Abdul Manan, 34, atau lebih dikenali Abby Abadi berkunjung ke Jusco, Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama dengan tiga orang permata hatinya.

Kegembiraan dan keseronokan jelas terpancar pada wajah ketiga-tiga anak Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3, yang bebas menjelajah ke segenap bahagian kanak-kanak mencari baju yang berkenan di hati mereka.

Bagaikan orang dewasa, ketiga-tiga cahaya mata Abby itu dengan sendirinya mencapai dan memilih baju yang mereka idamkan.

"Begitulah mereka, kadang-kadang naik letih melayan telatah mereka yang suka ke sana dan ke mari mencari apa yang diingini.

"Bayangkanlah tiga orang, seorang ke sana, seorang ke sini, sampai tidak larat untuk saya mengejar mereka.

"Sebab itulah selalunya kalau mahu membawa mereka keluar, saya akan pastikan ada yang menemani seperti ibu, ayah atau abang saya," jelasnya.

Selain itu, dalam leka melayan kerenah anak-anaknya, Abby sempat bercerita tentang persiapan rayanya.

Katanya, menyediakan pakaian raya untuk anak-anaknya adalah satu kewajipan yang harus di lakukan setiap tahun.

Baginya, keutamaannya dalam menyambut hari lebaran adalah untuk melihat anak-anaknya gembira dan seronok.

"Bila sudah ada anak-anak, merekalah keutamaan yang perlu didahulukan dalam membuat persiapan raya.

"Biarlah mereka gembira dan seronok menyambut hari raya, sebagai ibu sudah tentu kita gembira apabila melihat anak-anak tersenyum riang," ujar aktres yang sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama bersiri Gerak Khas itu.

Meneruskan bicaranya, Abby dengan ramah memberitahu, bahawa dia selalunya akan membuat persiapan awal dalam membelikan persalinan baru untuk anak-anaknya sempena hari raya.

"Saya selalu membuat persediaan awal dengan membeli semua keperluan terutamanya pakaian untuk anak-anak terlebih dahulu.

"Malah ada kalanya sebelum puasa lagi saya sudah mula membeli baju raya anak-anak.

"Lagipun, bagi saya membuat persiapan awal lebih baik kerana di saat akhir pasti ramai yang berpusu-pusu di pusat membeli-belah.

"Namun biasanya di hujung-hujung Ramadan ini, saya biasanya hanya membeli apa yang tertinggal seperti kasut, songkok dan sampin untuk abang (panggilan untuk anak sulungnya)," jelas Abby lagi.

Kongsi Abby lagi, dalam menyambut hari raya, dia gemar menggunakan tema warna untuk digayakan bersama dengan anak-anaknya.

Baginya dengan cara itu, ia dapat merapat dan mengeratkan lagi pertalian keluarga antara dia dan anak-anaknya.

Selain itu apabila menyentuh mengenai fesyen, Abby tidak menafikan anak-anaknya sudah pandai bergaya biar pun masih lagi hijau dalam meniti kehidupan.

Kata Abby, anak-anaknya terutama kedua-dua puterinya pandai berfesyen.

"Tengok sahaja kecil, tetapi selera mereka dah macam orang dewasa dan cita rasa mereka ini kadangkala mengalahkan kita.

"Macam Baby (panggilan untuk anak bongsunya) dia suka sangat kasut tumit tinggi sehingga inginkan kasut itu sebagai kasut rayanya.

"Disebabkan suka kasut bertumit tinggi sampai kasut saya dipakainya dan yang tidak boleh tahan, siap bergaya naik tangga lagi.

"Kita yang tengok ini, takut sekiranya dia jatuh tapi dia dengan selamba sahaja," kata Abby yang sibuk melayan kerenah anak-anaknya memilih kasut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

1N2D tanpa Ho Dong?

Posted:

1N2D tanpa Ho Dong?

1N2D tanpa Ho Dong?


PENGACARA bersama 1N2D (dari kiri) Kim Jong Min, Lee Seung Ki, Kang Ho Dong, Eun Ji Won, Uhm Taewoong dan Lee Su Geun.


DESAS-DESUS mengenai pengunduran pengacara (MC) popular Kang Ho Dong daripada program 1 Night 2 Days' (1N2D) - Dua Hari Satu Malam nampaknya semakin bertiup kencang.

Terbaharu, produser yang juga pengarah program itu, Na Young Seok pula dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatan.

Bagi peminat program realiti Korea, Ho Dong dan pengarah Na ialah dua nama yang cukup sinonim dengan 1N2D.

Justeru tidak hairanlah dalam laman web popular seperti Soompi, AllKpop dan sebagainya, komen tentang pengunduran kedua-duanya daripada program realiti pelancongan popular itu datang mencurah-curah.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku di sebalik keputusan itu, malah tidak kurang yang berandaian "mungkin ada pihak yang telah menyinggung perasaan mereka berdua".

Jika benarlah Ho Dong meninggalkan 1N2D, siapakah yang layak menggantikan tempatnya sebagai hos utama?

Walaupun aksi 'terjerit-jerit' Ho Dong ketika mengendalikan program itu kadangkala menjengkelkan, tidak dapat dinafikan beliau memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana.

Sebelum ini, anggota tim 1N2D pernah bertukar ganti namun program itu masih hidup kerana Ho Dong kekal di situ.

Apabila Kim C meninggalkan program itu, ramai peminat bersedih namun mereka akhirnya menerima penggantinya Kim Jong Min. Begitu juga yang berlaku apabila MC Mong terpaksa berundur kerana kes mahkamah yang dihadapinya, kehadiran ahli baru Uhm Taewoong dialu-alukan peminat program ini.

Perasaannya juga dijangka sama jika anggota lain – Eun Jiwon atau Lee Su Geun membuat keputusan berundur. Cuma mungkin sedikit terjejas jika bintang muda berbakat, Lee Seung Ki yang berbuat demikian.

Difahamkan keputusan Ho Dong dan pengarah Na untuk berundur tidak ada kaitan dengan perasaan tersinggung, cuma kedua-duanya 'dipancing' stesen lain dengan tawaran lebih lumayan.

Khabar angin itu mungkin berasas memandangkan dua bekas pengarah 1N2D kini sudah menyertai rangkaian kabel terbabit.

Mungkinkah 1N2D akan berkubur seperti juga program Love Letter dan X-Man? Atau mungkin inilah masanya untuk anggota 1N2D lain menyerlah sebagai MC?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.