Adsense

Jumaat, 8 Julai 2011

Zon Artis

Zon Artis


Saksikan GIG TV9 Secara Langsung Melalui Kaca TV Anda

Posted: 08 Jul 2011 12:31 AM PDT

TONTON GIG TV9 SECARA ONLINE

Festival muzik rock terbesar di Malaysia, GiG TV9 akan menggegarkan kaca televisyen anda pada hari Ahad, 10 Julai, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). GiG TV9 membawa ke pentas, barisan kumpulan muzik rock tempatan terbaik iaitu Wings, Hujan, Bunkface dan 6ixth Sense serta idola remaja Aizat, khusus untuk tontonan malam minggu anda. Siaran langsung konsert ini juga boleh diikuti DI SINI dan menerusi radio stesen Hot fm.

GiG TV9 adalah karnival dua hari yang menggabungkan elemen muzik, aktiviti dan ekpresi anjuran TV9 dan penaja rasmi Digi. Karnival ini akan diadakan pada 9 Julai (Sabtu) dan 10 Julai (Ahad) bertempat di I-City Shah Alam bermula pada 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin berkata:

"Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberikan pendedahan dan platform kepada para remaja untuk mengekspresikan diri melalui muzik dan aktiviti-aktiviti sihat. Kami pasti dengan gabungan elemen muzik, aktiviti dan ekspresi yang kami tonjolkan melalui GiG TV9 dapat memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan remaja. Segala persiapan telah dilaksanakan mengikut perancangan dan kami yakin festival muzik rock terbesar di Malaysia ini akan menggegarkan semua."

Selain daripada konsert rock pada hari Ahad, GiG TV9 akan terus meraikan muzik dengan sebuah lagi konsert rock pada hari Sabtu, 9 Julai bertempat di Pentas Utama I-City Shah Alam bermula 9.00 malam dengan persembahan daripada Pesawat, Azlan & the Typewriter, Projek Pistol, The Azenders, Awanband, Drama Band dan Awi Rafael. Konsert ini akan dirakamkan untuk siaran akan datang.

GiG TV9 bukan sekadar hiburan tetapi turut memainkan peranan dalam merintis bakat remaja melalui pencarian bakat Battle of the Indie Bands yang menawarkan RM 8,000.00 kepada kumpulan yang bergelar juara. Selain itu bengkel muzik Kita Punya Gig Workshop yang akan dikelolakan oleh nama-nama besar di dalam industri muzik akan diadakan untuk berkongsi informasi dan pengalaman kepada generasi baru.

GiG TV9 juga memberi peluang kepada remaja dan belia untuk mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti-aktiviti yang menjadi trend masa kini seperti demonstrasi basikal fixie, pertandingan Hero Gitar, Karaoke Rockstar, artis Grafiti serta memberikan platform kepada usahawan remaja untuk berniaga melalui Indie Flea Market.

Tiada kenderaan untuk ke sana? Jangan risau kerana TV9 dengan kerjasama Rapid KL akan menyediakan pengangkutan pergi balik secara percuma dari stesen Komuter Shah Alam dan lokasi GiG TV9 bermula jam 3.00 petang hingga 11.00 malam.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.