- Blog Hanz - |
- Isteri tolak poligami dosa besar
- Sarapan RM2 di 728 premis 1Malaysia
- (GAMBAR) EYKA FARHANA pelakon drama bersiri juvana di TV3
- Lagi Gambar Neelofa yang menusuk kalbu
- (GAMBAR) Kristina Chempaka Yang Sangat Cantik
- ( Watch Online )KL GANGSTER 2011
Isteri tolak poligami dosa besar Posted: 07 Jul 2011 07:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut. Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad."Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan. "Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya," katanya di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya. Kelmarin, Akram dilaporkan berkata, wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami. Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza. "Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia. "Kita kena melihat 'nyamuk dengan kelambu'... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu. "Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah," katanya. Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh. "Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah," katanya. | ||||||||||||||||
Sarapan RM2 di 728 premis 1Malaysia Posted: 07 Jul 2011 07:11 PM PDT PELANGGAN Suzanna Sahrom menunjukkan pakej nasi kandar di 'Q' Bistro Nasi Kandar Cheras yang terbabit Program Menu Rakyat 1Malaysia. KUALA LUMPUR: Rakyat kini boleh menikmati sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4 di 728 premis makanan di seluruh negara, mulai semalam, melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia. Sarapan RM2 adalah bagi pakej satu roti canai dan teh tarik, manakala pakej makan tengah hari termasuk nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh 'O' ais.Setakat ini, restoran yang terbabit dalam program itu ialah ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi. Program itu yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian rakyat akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak serta disasarkan disertai 1,000 premis makanan menjelang akhir tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua restoran yang menyertai program itu akan mempunyai bunting yang dipasang di hadapan kedai masing-masing. "Kita juga akan memasukkan senarai penuh nama kedai terbabit dalam portal KPDNKK iaitu Portal 1Malaysia Pengguna Bijak. "Restoran yang mahu menyertai program ini boleh memaklumkankepada kementerian atau Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri supaya kita dapat masukkan dalam senarai serta portal, selain memberi bunting program itu," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran 'Q' Bistro Nasi Kandar di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, semalam. Hadir sama, Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom; Presiden PRESMA, Noorul Hassan Saul Hameed dan Pengarah Urusan Restoran 'Q' Bistro Nasi Kandar, Riyasudin Mohamad Dunkif. Sementara itu, Noorul Hassan berkata sebanyak 80 restoran milik ahlinya di Lembah Klang juga bercadang memperkenalkan kad diskaun kepada pelanggan mereka. Pekerja swasta, Shamsul Saban, 35, berkata program memberi banyak memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya meringankan beban mereka untuk menjimatkan perbelanjaan. | ||||||||||||||||
(GAMBAR) EYKA FARHANA pelakon drama bersiri juvana di TV3 Posted: 07 Jul 2011 08:47 AM PDT
Pada peminat-peminat drama bersiri juvana di TV3 pasti kenal kan dengan gadis cantik manis ayu yang selalu bersembang dengan daim ni kan...badannya kecil molek tapi cukup berbakat dalam bidang lakonan..pada yang tak tahu lagi nama sebenar gadis kecil molek ni ialah EYKA FARHANA yang baru sahaja berusia 16 tahun..lagi gambar....
sebelum ini juga EYKA FARHANA ada berlakon dalam drama pukul 10 malam di TV3 yang bertajuk SEJADAH KAABAH..seorang anak kepada pelakon eja yang cukup gigih dalam membantu keperluan keluarga dengan menolong ibunya menjual nasi lemak
p/s:amacam..mantap tak?? | ||||||||||||||||
Lagi Gambar Neelofa yang menusuk kalbu Posted: 07 Jul 2011 08:39 AM PDT | ||||||||||||||||
(GAMBAR) Kristina Chempaka Yang Sangat Cantik Posted: 07 Jul 2011 08:25 AM PDT | ||||||||||||||||
( Watch Online )KL GANGSTER 2011 Posted: 07 Jul 2011 08:57 AM PDT |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |