Utusan Online - Hiburan |
Posted: Jee tidak kisahOleh KHADIJAH IBRAHIM JEE bersama artis lain turut menari tarian selamat datang bersama Orang Asli sewaktu tiba di Belum Rainforest Resort Pulau Banding. SETELAH sekian lama tidak bertemu penyanyi Fauziah Latiff, 41, baru-baru ini S3 berpeluang berjumpa dengannya ketika menyertai rombongan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak. Fauziah atau Jee yang memandu sendiri ke sana dengan ditemani pembantu peribadi, masih ramah seperti dahulu dan semasa tiga hari di sana, pelbagai cerita menarik dikongsi bersama. Walaupun Jee disenarai sebagai artis kelas A, namun dia tidak pernah meletakkan dirinya sebegitu. Sebaliknya, populariti yang diraih sejak tahun 1980-an tidak pernah disalah guna. Baginya, artis baru atau lama, semuanya sama dan disebabkan itulah Jee ramah dengan semua artis sepanjang program tersebut berlangsung. Bercerita mengenai hutan, Jee berkata, dia sudah biasa masuk hutan kerana itu adalah sebahagian daripada aktivitinya, malah sebelum ini dia pernah pergi ke perkampungan Orang Asli. Kata Jee, menyusuri hutan memberi ketenangan kerana banyak flora dan fauna yang boleh dikenali dan kehijauan sekitar menyejukkan pemandangannya. "Kalau tak biasa masuk hutan, memanglah rasa letih tapi kalau dah selalu rasa seronok pula. Setakat pacat atau nyamuk itu biasalah. Kalau tak nak di'serang' oleh binatang itu, kita buatlah persiapan awal dengan menggunakan penghindar serangga. "Kita nak masuk hutan kenalah buat cara masuk hutan. Tidak perlulah nak melaram sakan. Apa yang penting, pakaian kita sesuai dengan aktiviti agar tidak membebankan diri. Lagi satu kita kenalah jaga adab masuk hutan dan dengar kata ketua," jelasnya. Menurut Jee, selain menghayati keindahan alam semesta, dia juga gemar merakam khazanah alam menerusi lensa kameranya untuk ditatapi ketika waktu senggang. Katanya, baik hutan atau lautan, masing-masing ada keistimewaan tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. " Setiap kali melihat kebesaran-Nya, diri terasa insaf," akuinya terus terang. Jelasnya, bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar, Jee sering juga membawa anak-anak, Jeffry Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11, mengikuti kegiatannya. Menurutnya, orang ramai perlu ada rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar kerana khazanah alam merupakan harta tidak ternilai yang bakal diwarisi oleh generasi akan datang. "Sayang kalau kita tidak menjaga alam sekitar kerana inilah yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita. Begitu juga dengan khazanah laut, seperti batu karang, kalau tidak dipelihara susah untuk kita jumpa lagi," katanya yang merupakan duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral). Sedia buat kebajikan Ketika berada di perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding, Jee tanpa rasa kekok, leka melayan kanak-kanak yang sedang belajar di i-Play Toy Library yang diperkenalkan oleh Yayasan Emkay untuk anak-anak Orang Asli menimba ilmu. Jee yang pernah mengikut rombongan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestine tahun lalu berkata, kanak-kanak biar apa bangsa atau keturunan adalah zuriat yang perlu diberi perhatian. "Tiap kali melihat kanak-kanak, hati mudah tersentuh mungkin kerana Jee ini seorang ibu. Cuba bayangkan kalau anak-anak kita pula yang berada di tempat mereka. "Waktu Jee pergi ke Gaza, perasaan sedih tidak dapat dibendung kerana kanak-kanak di sana terpaksa hidup dalam serba kekurangan. Jadi pada yang ada anak, janganlah dipersiakan masa depan mereka," katanya. Justeru itulah, kata Jee jika ada mana-mana persatuan yang mengundangnya untuk turut serta dalam aktivti kebajikan, dia tidak menolak. "Dalam hidupnya, kita perlu bertolak ansur dan berfikiran positif. Jangan bangga diri dengan apa yang ada kerana semua itu hanya pinjaman dan tak rugi kalau kita berkawan dengan ramai orang," katanya jujur. Soal jodoh Bila ditanya tentang pasangan hidup, Jee yang sudah lama hidup menyendiri itu berkata, dia malas untuk memikirkan soal itu dan lebih senang menyerahkannya kepada takdir. Katanya, walaupun tanpa suami disisi, hidupnya tetap ceria kerana sentiasa diselubungi dengan gelak tawa dua orang puteranya. "Keutamaan sekarang adalah anak-anak kerana mereka adalah permata hati Jee. Malah Jee gembira dan bersyukur dengan apa yang Jee ada sekarang ini. "Selain anak-anak yang semakin membesar, hidup Jee juga dikelilingi ramai rakan-rakan yang sehaluan, terutamanya mereka yang bergiat dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi dan menyelam," katanya. Lalu apabila S3 mengusik Jee, tiadakah mana-mana ahli persatuan tersebut yang cuba rapat dengannya? Dengan selamba, Jee menjawab, " Kita dalam kumpulan begitu macam adik-beradik. Tak ada nak bercinta-cinta kerana hubungan sebagai kawan lebih seronok." Bagaimanapun, Jee tidak menolak jika takdir menemukannya jodoh dengan mana-mana ahli persatuan tersebut. Jee yang mendapat pujian kerana lakonannya dalam drama bersiri Gelora Di Hati Sara berkata, buat masa ini dia berhenti berlakon. "Ke mana sahaja Jee pergi mesti ada yang bertanya tidak berlakon lagi ke? Terima kasihlah kerana menyokong Jee tapi buat masa ini tidaklah. "Kalau menyanyi, masih lagi. Kalau orang undang, Jee pergilah. Kalau tidak, Jee sibuk dengan aktiviti beginilah," terangnya. Mengenangkan Jee yang suka dengan aktiviti lasak, S3 pun bertanya, tidakkah dia ingin menyertai program Amazing Race seperti yang dilakukan oleh Ida Nerina dulu. Kata duta produk kecantikan SK-II itu, dia memang ada impian untuk menyertai program itu bagi menguji ketahanan diri tapi apabila memikirkan ada aktiviti yang memerlukan para peserta menjamah 'makanan' luas biasa, terus niatnya terbantut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Deq Wan buli E'One dan AzuraGambar DJOHAN SHAHRIN
Gelak tawa dan usik-mengusik antara satu sama lain membuatkan mereka kelihatan cukup akrab dan boleh dilabel sebagai 'teman sejiwa'. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa salah seorang daripada mereka itu sebenarnya pernah menjadi jurulatih Fitness Centre. Mendapat perkhabaran itu, S3 tidak menunggu lama untuk mengatur sesi fotografi bersama mereka bagi melihat kehebatan bekas jurulatih berkenaan memberikan tunjuk ajar kepada dua lagi sahabat mereka. Lantas, bertempat di Celebrity Fitness, One Utama, Bandar Utama, baru-baru ini, Deq Wan menunjukkan skil senamannya disamping membuli rakan-rakan pengacaranya itu. "Sebenarnya saya sudah lama berhenti menjadi jurulatih tetapi kunjungan ke Fitness Centre ini tidak pernah lenyap dari kamus hidup saya. "Cuma sekarang ini, saya semakin kurang menjengah gimnasium kerana kekangan masa yang sangat terhad maklumlah kerja tidak tentu masa," ujar Deq Wan memulakan bicara. Bagaimanapun, jelas Deq Wan, menghabiskan masa di gimnasium membuatkan dirinya merasa lebih segar dan tenang. Ujar anak kelahiran Pahang itu, apabila membuat senaman di Fitness Centre, dia berjaya menghilangkan tekanan yang menghantui fikirannya. "Habis mengeluarkan peluh 'jantan' di sini (Fitness Centre) membuatkan badan saya menjadi segar kembali, tambah-tambah lagi segala tekanan kerja dapat dilupakan sementara. "Lagipun, ini sahaja masa yang boleh saya manfaatkan untuk bersama rakan-rakan dan meluangkan masa dengan mereka," tambah Deq Wan atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin. Sementara itu, satu-satunya pengacara perempuan rancangan yang disiarkan setiap Jumaat pukul 6.30 petang itu, Azura atau nama penuhnya Azura Zulkifli mengakui seronok setiap kali dapat meluangkan masa di gimnasium. "Bukan mudah untuk dapat bersama dengan kawan-kawan meluangkan masa seperti ini, jadi apabila ada kesempatan, sudah tentu saya tidak melepaskan peluang untuk bersama mereka melakukan senaman. "Biarpun jarang tetapi dengan adanya Deq Wan sekurang-kurangnya ia menaikkan semangat saya untuk terus menjalankan rutin senaman. "Maklumlah bekas jurulatih, saya pun seperti anak didik yang perlu dilatihnya," ujar Azura berseloroh. Bagaimanapun, bagi E'One atau nama sebenarnya Mohd. Syazwan Roslan pula mengikuti rutin di Fitness Centre memberikan kepuasan kepadanya. "Rutin di sini ada jadualnya dan ia membuatkan senaman kita menjadi teratur selain khidmat nasihat yang diberikan oleh jurulatih yang ada. "Malah kita juga akan terikat dengan disiplin yang telah digariskan oleh pihak Fitness Centre dan sukar untuk mengelak apabila berhadapan dengan mereka. "Larat tak larat, hendak tak hendak, kena gagahkan juga untuk menghabiskan sesi senaman kita. "Lagipun, senaman ini penting untuk menyihatkan badan. Harus diingat, remaja bukan terletak pada usia tetapi pada cara hidup," ujar E'One sebelum menamatkan bicara tengah hari itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |