Adsense

Ahad, 17 Julai 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


J.Lo – Marc Anthony berpisah

Posted: 16 Jul 2011 03:37 PM PDT

J.Lo – Marc Anthony berpisah

du 01.1 J.Lo   Marc Anthony berpisah

JENNIFER LOPEZ dan Marc Anthony semasa menghadiri majlis Met Gala di New York awal tahun ini.


NEW YORK, Amerika Syarikat – Selepas tujuh tahun hidup bersama sebagai suami isteri, penyanyi seksi Jennifer Lopez dan Marc Anthony akhirnya mengumumkan perpisahan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengumuman mengenainya dibuat pasangan selebriti berkenaan dalam satu sidang media tengah hari semalam tetapi punca mengapa perpisahan itu berlaku tidak didedahkan.

"Kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan kami," kata kenyataan tersebut.

"Ia sukar tetapi kami telah mencapai persetujuan dalam semua perkara berkaitan isu ini," tambah kenyataan sama.

Lopez, 41, yang lebih popular dengan gelaran J.Lo memiliki sepasang anak kembar berusia tiga tahun iaitu Max dan Emme bersama suaminya yang setahun lebih tua.

Perpisahan penyanyi berkenaan yang popular menerusi lagu-lagu seperti Jenny from the Block, Love Don't Cost a Thing dan terbaru, On the Floor, mengejutkan ramai peminatnya selepas pasangan itu dilihat amat mesra ketika tampil di khalayak di sini pada pertengahan bulan lalu.

Sebelum ini juga tiada sebarang tanda atau desas-desus yang menyatakan berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga pasangan tersebut.

Cinta Lopez dan Anthony berputik selepas penyanyi wanita itu putus tunang dengan aktor popular, Ben Affleck pada Januari 2004.

Pada Jun tahun yang sama, mereka mendirikan rumah tangga dalam satu majlis rahsia di kediaman mewah Lopez di Beverly Hills, negeri California.

Semasa majlis perkahwinan itu berlangsung, Anthony yang merupakan penyanyi popular irama Latin, baru bercerai dengan isterinya iaitu bekas ratu cantik Miss Universe, Dayanara Torres.

Penyanyi yang popular dengan lagu My Baby You itu memiliki dua anak lelaki, Cristin 10, dan Ryan, 7, hasil perkahwinannya dengan Torres. Dia juga memiliki seorang anak perempuan remaja, Arianna, hasil hubungannya sebelum ini.

Lopez yang mengungguli senarai individu paling cantik majalah People tahun ini pula sudah dua kali berkahwin iaitu dengan seorang pengusaha restoran, Ojani Noa dan penari Cris Judd. – Agensi /// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.