Adsense

Ahad, 17 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Program Ustazah Pilihan Di Astro Oasis

Posted: 17 Jul 2011 05:48 AM PDT



Satu lagi program realiti yang diberi nama Ustazah Pilihan dan akan menemui anda bermula 1 oktober 2011, idea menerbitkan program ini timbul hasil daripada pemerhatian program Imam Muda yang berjaya menarik perhatian penonton. 
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.


Dan aktiviti yang akan perlu dilalui peserta ialah :
1. Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.
2. Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden," tuturnya.
3. Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
4. Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.
Info : Mstar Online


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Live Streaming : Malaysia VS Singapore 28 Julai 2011

Posted: 17 Jul 2011 10:34 AM PDT

Sebagai persiapan bagi anda yang memakai Asteruk takut hujan melanda dikawasan anda jadi alternatif jika mempunyai hubungan dengan pelayar (Internet), anda boleh menggunakan sumber / link ini :

USTREAM


Prepare sebelum Terlambat...Info akan update, ZoOM masih mencari Live Streaming yang boleh dipercayai..

Apa kata anda mengenai siaran langsung Perlawanan Malaysia VS Arsenal & Malaysia VS Liverpool ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Abby Putus Cinta @ Tunang ?

Posted: 17 Jul 2011 04:33 AM PDT

Alahai kenapa sampai macam tu sekali (Kalau Betul) sebab daripada bait-bait kata dalam Fan Facebook Abby macam ada sesuatu yang menjadi persoalan.

Dan berikut ayat-ayat yang sempat ZoOM "Copy & Paste" untuk tatapan anda, Apa kata anda mengenai kata-kata yang di type didalam Post Fan Abby ni.


Abby Abadi Lurvly Fanpage
Pagi ni dgn rasa rendah diri, sy nk minta maaf pd smua, atas sgala ksilapan n kekhilafan sy slama ni,... baik dr segi perbuatan mahupun percakapan. (maafkan sy k Sy juga seiklas hati, ingin memaafkan sesiapa saja yg pernah melakukan ksalahan pd sy, tmasuk 'kwn baik' sy  & pd bekas suami n bakal isterinya, sy maafkan anda bdua, moga bahagia bsama ke akhir hayat. Doakan yg terbaik utk sy & ank3 :,(


ZoOM : Kalau boleh janganlah berkesudahan macam tu sekali, Memey sudah pasti senyum jika semuanya benar belaka..Apa komen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Perkahwinan Nurul Syuhada Pengacara Majalah Tiga

Posted: 17 Jul 2011 03:04 AM PDT


Alhamdulillah akhirnya Nurul Syuhada pengacara Majalah Tiga selamat dan sah menjadi isteri kepada Raja Amir di Binjai On The Park KLCC semalam.

Memo daripada TV3 menyatakan Nurul menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777, dan majlis perkahwinan akan berlangsung pada 23 julai 2011, bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convenction Centre, Kuala Lumpur


Semoga perkahwinan pasangan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!