Adsense

Khamis, 14 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Petua Memancing : Berhenti Memancing Jika Petir

Posted: 14 Jul 2011 10:47 AM PDT


KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.
Petua Pak Nuri kali ini mengajak pemancing berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai cuaca sebelum mereka memancing – sama ada di laut, sungai, tasik, parit atau kolam komersial.

Ketika cuaca kurang baik seperti guruh dan kilat sabung-menyabung, pemancing dinasihatkan tidak meneruskan aktiviti memancing terutama mereka yang menggunakan kekili elektrik berkuasa bateri. Ini kerana dikhuatiri kekili akan disambar petir lalu berlakunya renjatan elektrik. Keadaan ini boleh membahayakan pemancing, namun ikhtiar perlu dilakukan serta merta dengan melepaskan joran pancing daripada tangan tapi tidaklah dicampak ke laut.

Kumpulan pemancing yang menggelarkan diri mereka 'Pemburu Ombak' yang diketuai anak keluarga nelayan, Atan Lintang, pernah mengalami peristiwa disambar petir pada batang joran pancing yang menggunakan kekili elektrik. Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu jatuh pengsan, tapi segera dipulihkan rakan pemancing yang berpengalaman.

Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing, Pak Nuri berpesan pemancing mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.


Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.

One Phantom Bank

ZoOM :  Aktiviti Sabtu ni : One Phantom Bank ( Bersama Bos dan rakan-rakan sepejabat ), Akan di Update jika dah balik daripada memancing...


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Mamat Kaki Facebook

Posted: 14 Jul 2011 10:32 AM PDT


Kesian Apan….
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" – Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.
"Mak gua hilang la.." – Apan berbisik perlahan.
Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" – dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".
Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.
****

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.
"Mak gua dah jumpa.." – kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah…Jumpa kat mana?",
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
"Dalam sinki penteri."
Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.
MUG la Apan.. MUG..!!, pronunciation macam jahanam!
Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara…



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Raja Azmi Hampir Sekali Lagi Kena Waran Tangkap

Posted: 14 Jul 2011 10:22 AM PDT

Alahai sekali lagi Penerbit filem .....Botol dan isteri bekas pemain badminton Malaysia, Jailani Sidek hampir ditahan kerana gagal hadir menjadi saksi di Mahkamah. Waran tangkap yang dikeluarkan semalam 14 Julai 2011 hampir mengulangi kisah beliau ditangkap tahun lepas.

Dan berikut alasan beliau mengenai kegagalan hadir ke mahkamah :

Semasa disoal oleh Lim, Raja Azmi mendakwa ketidakhadirannya di mahkamah adalah disebabkan dia berada di hospital sejak empat hari lalu bagi menjalani pembedahan mata.
Raja Azmi: Pada pagi itu, salah satu tulang saya tidak berada di tempat yang betul dan memberikan kesan kepada saraf dan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
Selain itu, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek itu juga mendakwa dia mengalami masalah di bahagian leher.
Nasib baiklah wang jaminan RM30 ribu dapat diberi kalau tidak alamat  tidur lokap lagi lah akak Raja Azmi kita.
Semuanya kerana kes pembelian tanah....Tanah...oh tanah.... !!!




ZOoM : Apa Komen ANda ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!