Adsense

Ahad, 31 Julai 2011

borak kosong

borak kosong


Mulia hati wanita ini sanggup maafkan lelaki yang curahkan asid kemukannya

Posted: 31 Jul 2011 09:00 PM PDT


TEHRAN: Seorang pemuda Iran terlepas daripada hukuman matanya dibutakan selepas perbuatannya mencurah asid ke muka pelajar wanita diampunkan mangsa, semalam, lapor laman web televisyen kerajaan.
"Oleh kerana mangsa serangan asid, Ameneh Bahrami, mengemukakan permohonan, Majid Movahedi yang dijatuhkan hukuman qisas (balasan setimpal dengan perbuatan) diampunkan pada saat akhir selepas mangsa memutuskan untuk memaafkannya," menurut laporan itu.

Majid dijatuhkan hukuman dibutakan matanya pada 2009 selepas didapati bersalah melemparkan asid ke muka rakan sekuliah di universitinya, Ameneh.

Majid bertindak melampaui batas selepas Ameneh berulang kali menolak lamarannya untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Pada pertengahan Mei lalu, mahkamah mengarahkan hukuman membutakan Majid ditangguhkan tanpa sebarang alasan rasmi diberikan kepada umum.

Ameneh memberitahu agensi berita ISNA yang beliau mengampunkan penyerangnya kerana 'Allah bercakap mengenai qisas dalam al- Quran tetapi Dia juga menyarankan pengampunan' dan tindakan itu lebih mulia berbanding qisas.
"Saya bertungkus lumus selama tujuh tahun untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa orang yang mencurah asid perlu dihukum menerusi qisas, tetapi hari ini saya mengampunkan Majid kerana ini adalah hak saya.


"Saya lakukan ini kerana negara saya, kerana negara lain melihat apa yang kami lakukan," tambahnya. – AFP

Polis kenal lelaki mabuk yang banyak buat salah kerana tatu ganjilnya

Posted: 31 Jul 2011 08:45 PM PDT


WISCONSIN, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berusia 29 tahun, Cory Smith yang mempunyai tatu ganjil pada mukanya ditangkap buat kali kelima kerana memandu kereta dalam keadaan mabuk, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia ditahan oleh polis baru-baru ini selepas dilihat keretanya dipandu ke kiri dan ke kanan jalan di bandar Two Rivers di sini.

Semasa didekati polis, badan pemuda itu mengeluarkan bau alkohol yang kuat dan dia tidak mampu untuk berdiri kerana mabuk.

Dia amat dikenali oleh polis sebagai pemandu yang pernah melakukan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk kerana mukanya dipenuhi tatu.

Hakim Patrick Willis memerintahkan lesen memandunya digantung selama 40 bulan, menjalani ujian air kencing secara rambang dan dipenjarakan 10 bulan tetapi dibenarkan keluar untuk bekerja. - Agensi

Polis pecah kereta kerana sangka patung sebagai bayi

Posted: 31 Jul 2011 07:40 PM PDT


WORKSOP, Britain - Beberapa anggota polis memecahkan tingkap cermin sebuah kereta kerana menyangka satu patung di dalam kenderaan itu ialah bayi yang ditinggalkan berseorangan oleh keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku apabila seorang pejalan kaki menyangka patung tersebut ialah bayi yang mungkin akan mati kerana ditinggalkan keluarganya berseorangan manakala semua tingkap kereta ditutup.

Pejalan kaki itu kemudian bertindak menghubungi polis.

Beberapa anggota polis kemudian memecahkan tingkap kereta itu bagi menyelamatkan patung tersebut yang disangka bayi baru-baru ini.

Namun, mereka kemudian mendapati bayi itu hanya patung.

Polis terpaksa membayar ganti rugi sebanyak £200 (RM974) ekoran tingkap kereta itu dipecahkan.

Patung itu adalah milik seorang budak perempuan, Chanel Cristofis berusia lima tahun.

Polis memberitahu bapa budak itu supaya tidak lagi meninggalkan patung berkenaan di dalam kereta. - Agensi

sumber : kosmo online

Orang Utan paling berat di Britain amalkan diet untuk kurus

Posted: 31 Jul 2011 06:25 PM PDT


DORSET - Berat Orang Utan betina paling berat di Britain berkurangan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas haiwan itu diberikan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu yang diberi nama Oshine mempunyai berat 100kg semasa ia tiba di Taman Dunia Monyet di sini pada tahun lalu.

Orang Utan itu gemuk kerana dia diberikan makan manisan dan gula-gula semasa dijadikan haiwan peliharaan di Afrika Selatan selama 13 tahun.

"Oshine masih perlu mengurangkan berat badan sebanyak 20kg hingga 30kg," kata pengarah taman itu, Alison Cronin. - Agensi

sumber : kosmo online

Lompatan Ajaib Proffesor Splash Telah Memukau Penonton America's Got Talent

Posted: 31 Jul 2011 05:20 PM PDT

Proffesor Splash, 48, adalah salah satu peserta America's Got Talent 2011. Bakat yang dia miliki ini benar-benar lain daripada yang lain. Dia dapat melakukan lompatan yang tidak masuk akal dari tempat tinggi ke dalam kolam yang sangat dangkal tanpa menyakiti dirinya sendiri.

Pada penampilan terakhir, dia melakukan bellyflop yang menjadi ciri khasnya dari ketinggian 11,15 meter ke dalam sebuah kolam sedalam 30,5 sentimeter. Ini merupakan sebuah rekod dunia baru!

Kecepatan Professor Splash meluncur dari atas pijakan menuju kolam di bawahnya boleh mencapai 65 km/jam dan kekuatan ketika dia mencapai air setara dengan kekuatan benda seberat 4 ton. Penampilannya ini telah membuat para juri dan penonton terkesan.


Berhati-hati bila pakai tshirt

Posted: 31 Jul 2011 11:01 AM PDT

bahaya kalau main suka pakai tshirt..nanti orang lain
salah tafsir...

Polis terkejut ada tengkorak yang pandu kereta

Posted: 31 Jul 2011 10:30 AM PDT


Polis di Jerman dibuat terkejut ketika melihat kaca pandang belakangnya dia melihat sebuah kendaraan yang dikemudikan oleh tengkorak.

Polis pun menepikan kereta yang menyeramkan itu di tepi jalan, dan baru menyedari bahawa kereta tersebut ternyata dipandu oleh seorang manusia biasa, Martin Williams, 23.

Masalahnya, kereta itu adalah kereta Inggris yang dipandu disebelah kanan berbeza dengan kereta Jerman yang dipandudi bagian kiri. Jadi dari mata polis itu, yang duduk di kerusi pemandu adalah tengkorak plastik milik Williams.

Williams mengatakan kepada polis bahawa dirinya sengaja mengikat tengkorak plastik seukuran tubuh manusia yang dibelinya dari kedai setempat itu di kerusi depan kerana ia khuatir tengkorak itu akan rosak apabila disimpan di bagasi.

"Kami tidak dapat memberi dia saman kerana memiliki tengkorak plastik di dalam kereta bukanlah sesuatu yang salah" ujar juru cakap polis.


sumber: orange news

Haiyoo..siapa yang sanggup jadi kekasihnya?

Posted: 31 Jul 2011 09:45 AM PDT

Dulu Pemuda Ini Sangat Benci Muslim, Kini Islam adalah Hidupnya

Posted: 31 Jul 2011 08:46 AM PDT


REPUBLIKA.CO.ID, JR Farrell masih mengingat betul masa kecilnya, bagaimana kedua orang tuanya bertengkar gara-gara wang, situasi kehidupan dan perkara-perkara lain. Tak hilang pula dari kenangannya saat ia mesti hidup di rumah-rumah sosial di sisi selatan Chicago, hampir tanpa apa pun untuk dimakan.

"Dengan keluarga beranggotakan 10 orang, sulit bagi ayah saya untuk menapung hidup sesuai dengan cara yang paling diinginkan,'tuturnya.

Masa muda yang sulit

Ayah Farrell –berdarah campuran Jerman dan Ireland–adalah pekerja keras tapi juga pemabuk. Meski kerap memukuli ibunya, Farrell mengaku masih mencintai ayahnya.

Setiap kali pulang dalam keadaan mabuk dan kesal terhadap sesuatu ia akan mendatangi Farrell dan adik-adinya serta menimpakan semua lewat pukulan hingga tak ada yang boleh dilakukan. Farrell kerap tak boleh berjalan atau bernafas gara-gara siksaan tadi. Begitu pun bila kakak lakinya membebel ia pun akan menerima serangan fizik. "Itulah sebahagian besar masa kecil saya." kenang Farrell

Masuk masa remaja, semua yang ada di sekitar Farrell mulai menggoda, teman wanita, minuman, kelab malam, ubat-ubatan dan yang lain. "Tapi entah saya tak boleh, saya melarang diri untuk terlibat dalam semua tadi. Saya hanya merasa itu tidak benar."

Salah satu adiknya ternyata adalah pengedar narkoba terbesar di Chicago. Hampir setiap hari ia membawa jenis dadah ke rumah untuk dijual di lingkungan sekitar. Si adik paham betul pandangan Farrell.

Begitu adiknya tak berada di rumah, Farrell membuang semua obat-obatan senilai 1000 dolar ke toilet . Saat pulang dan mengetahui itu, adiknya, tutur Farrell, sangat bernafsu membunuhnya. "Ia mungkin akan membunuh saya bila memiliki kesempatan. Tentu saya dibela orangtua kerana saya lebih tua dan saya dianggap harus mengajarinya untuk lebih baik.

Pencarian Pengetahuan

Semua peristiwa dalam masa kecil hingga remaja membuat Farrell menyedari betapa rapuh kehidupan. "Saya tak ingin mati sebagai idiot, jadi saya mulai belajar apa pun dan semuanya." tutur Farrell.

"Satu hal yang patut diketahui tentang keluarga saya, mereka sangat kompetitif terhadap satu dan yang lain. Begitu mereka melihat salah satu anggota lebih maju maka mereka ingin menghentikan anda dari jalur dan membuat anda tak boleh melangkah lebih maju," ujarnya.

Mengetahui antusias Farrell, orangtuanya cemas. Mereka mengkhuatirkan ia akan tercuci otak atau mengikuti aliran atau mengkultuskan sesorang. Mereka benar. Pada 1994, Farrell menjadi Nazi. Ia mengaku saat itu menyukai fakta bahawa Hitler memiliki kendali atas ribuan orang. "Menjadi Nazi, membuat saya merasa penting, menjadi seseorang." Untuk satu ini, ayahnya tak menentang, justru senang dengan seluruh pemikiran Farrell.

Ada alasan mengapa ayah Farrell suka dengan gagasan Nazi. Sedikit ke belakang pada 1960-an, ketika Martin Luther King Jr. mulai membakar semangat orang-orang dengan 'mimpinya', ayah Farrell menrencanakan menyingkirkan semua warga kulit hitam dari area pertanian Chicago.

Satu fakta, ketika Martin Luther King Jr bersama pendukungnya turun ke jalan di sisi barat Chicago, ayahnya telah mengorganisir massa. Geng itu tak hanya membuat kulit hitam keluar kota, tetapi juga memicu perang antara kulit putih dan kulit hitam. Hari itu pula, ayah Farrell menghantam hidung Martin Luther King dengan batu bata, dan hingga kini, tutur Farrell, ia selalu berkobar-kobar tentang itu.

Lama setelah itu, tahun 1997, keluarganya beserta Charles Mason memulai lagi misi rahsia. Farrell berada di sana ketika mereka mengorganisir serangan terhadap remaja kulit hitam berusia 11 tahun yang tak sengaja berjalan di lingkungan kulit putih Chicago. Mereka, tutur Farrel, boleh membunuh si remaja setelah menganiayanya habis-habisan, namun memilih meninggalkan ia berdarah-darah sebagai tanda peringatan. Setelah menyaksikan itu, Farrell merasa gagasan Nazi dan semua berbau ras tak lagi sesuai dengannya.

Titik Balik

Pada 1995, Farrell bertemu dengan wanita pertama yang membuat ia jatuh cinta. Meski ia memiliki kesempatan untuk berbuat apa pun dengan gadis tersebut, lagi-lagi ia melarang dirinya. "Saya tidak boleh, saya tak membolehkan diri saya untuk memiliki hubungan intim dengan seseorang yang tidak saya nikahi." ujarnya.

Beberapa bulan setelah itu ia melamar kekasihnya. Mereka bertunangan tanpa sekalipun berhubungan seksual, sesuatu yang tidak biasa di kalangan barat. "Kami berdua paham bahawa akan banyak masalah bila kami lakukan itu," tutur Farrell.

Saat bersama kekasihnya ia mulai lebih fokus. Farrell terus belajar dan belajar. "Saat itu saya merasa ada sesuati yang hilang dan mulai menyadari kehidupan dan tujuan saya hidup, hanya saja saya tak boleh menunjuk pasti," tutur Farrell.

Semakin ia membaca, semakin besar pula upaya orang tuanya untuk menariknya mundur, seperti yang ia tuturkan soal keluarganya yang kompetitif. Orangtua Farrell mulai melakukan serangan mental. "Mereka mengatakan betapa buruknya saya waktu kecil dan bagaimana saya tidak berterima kasih sebagai anak atas makanan dan tempat berteduh yang mereka berikan untuk saya," tutur Farrell.

"Orang tua saya tak pernah lulus sekolah. Mereka hanya sampai tingkat 8 lalu putus sekolah saat tingkat 9. Kerana itu pendidikan orang tua saya terbatas. Semua yang mereka tahu hanyalah berdasar apa yang mereka lihat di TV dan perilaku orang-orang," kata Farrell.

Namun bukan berarti Farrell tak menghargai orangtuannya. "Saya memiliki rasa terima kasih besar terhadap apa yang mereka lakukan. Saya menghargai disiplin mereka," ungkap Farrell. Atas didikan mereka pula ia sudah mendapat pekerjaan pertama pada usia 12 tahun. Pada usia 13 ia sudah bekerja penuh waktu dengan pendapatan setara yang dihasilkan orangtuanya.

Pada usia 16 tahun ia telah memiliki apartment pertamanya. Ia memasak, membersihkan rumah dan mencuci pakaian, berbelanja sendiri. Farrell tengah bersiap menikah. Saat itu ia mengikuti pandangan orang tuanya yang menilai seseorang berdasar perbuatannya "Saya sepakat dengan orang tua saya, hingga kini," akunya.

"Namun itu pula yang membuat saya membenci Muslim dan Islam. Saya sungguh benar-benar membenci Muslim dalam tingkat yang tak anda percayai," ujarnya. Kerana media? "Ya itu sebahagian dari propaganda, namun sebahagian besar saya menilai itu kerana ulah Muslim. Mereka kadang adalah pihak yang merusak reputasi Islam sehingga membenci kami. Itu menyedihkan tapi itu faktanya," ujar Farrell yang telah memeluk Islam.

Hadiah Paling Berharga

Pada 1997, tunangan Farrell memberinya Al Qur'an sebagai hadiah. "Semata-mata kerana saya begitu suka membaca," tuturnya. "Sekedar memberitahu bagaimana dulu saya membenci Muslim, begitu ia memberi Al Qur'an kami bertengkar hebat dan kami putus hingga beberapa saat," kenang Farrell.

Akhirnya suatu malam ia mengambil kitab suci tersebut dan mulai membacanya. "Saya masih ingat betul saat itu, rumah begitu bersih, udara terasa enak dan nyaman, sorot lampu sungguh pas untuk membaca. Itu Alquran versi terjemahan Abdullah Yusuf Ali," tutur Farrell.

Ia membaca bagian awalan, tiga halaman pertama, dan, "Saya mulai menangis seperti bayi. Saya menangis dan menangis. Saya tak boleh menahan diri. Seketika saya tahu bahawa inilah yang saya cari selama lini. Saya seperti ingin memukuli diri sendiri, mengapa tak segera menemukan sejak dulu," ujar Farrell.

Ia merasa tersihir oleh bait-bait Al Qur'an. "Ini bukan Islam yang saya kenal. Ini bukanlah Arab, bukan sesuatu yang buruk yang saya pikir sebelumnya," kata Farrel. Ia merasa hidupnya dibungkus sepenuhnya dalam halaman-halaman tadi. Farrell menjumpai seperti membaca jiwanya dalam Alqur'an. "Sungguh indah, tetapi juga membuat saya menyesali diri. Setelah itu saya kembali menjalin hubungan dengan tunangan saya dan mendiskusikan banya hal secara dewasa," ujarnya. Tak lama setelah itu, Farrel dan tunangannya memeluk Islam dan beritikad untuk hidup sebagai Muslim, meski itu berarti tinggal terpisah.

Begitu orangtua Farrel mengetahui itu, pecahlah kemarahan mereka. "Ayah saya mengancam membunuh saya. Ia berkata, 'Kamu lahir Katholik, jadi tolong Tuhan, saya akan memastikan kamu mati sebagai Katholik,'". Reaksi ibu Farrell pun setali tiga wang.

Saat itu Farrell berhasrat besar untuk kuliah. "Saya ingin menempuh pendidikan formal. Saya dapat pekerjaan dan membayar semua kebutuhan untuk melanjutkan pendidikan saya hingga ke perguruan tinggi," tuturnya.

Saat itu pula ia dihalau keluar dari rumah dan Farrell pun tinggal di jalan selama 6 bulan. "Saya menyantap makanan dari tempat sampah, tidur di luar saat malam-malam terdingin, waktu itu tahun 1999," tutur Farrell.

Namun itu semua tak menyurutkan semangat Farrell. "Saya berjalan berkilometer untuk boleh bersama Muslim. Saya dikejar keluar dari lingkungan tertentu oleh polis hanya gara-gara masuk ke kawasan kulit hitam demi mengikuti shalat Jumat. Saya dilempari batu, diludahi, dikasari. Saya hanya ingin boleh bersama Muslim lain,"

Hingga suatu hari ia bertemu seorang teman yang kemudian membantunya. Si teman berkata, bila Farrell boleh membangun sebuah masjid dalam kedai kenalannya, maka ia boleh tinggal di sana hingga menemukan tempat lebih layak. Farrell pun setuju.

Kedai itu memiliki ruang di tingkat dua, sekitar 186 meter persegi yang dipakai untuk gudang. Setiap hari Farrell menghabiskan waktu berjam-jam untuk membuang sampah dan memindahkan pasokan inventaris. Dalam satu bulan ia telah menggarap setengah ruangan, membangun dinding, menambah jendela, memasang satu pintu, menggelar karpet, mengecat dan akhirnya membuka kedai masjid pertama di Kota Chicago. "Saya belajar pertukangan dari pak cik saya. Itu adalah pekerjaan penuh waktu yang pertama." tuturnya.

Sekitar 6 bulan berikut ia berhasil mendapat satu pekerjaan lebih bagus dan pindah bersama dua teman ke apartment baru. Tunangannya tak ada lagi dalam adegan hidupnya. "Kami telah setuju untuk hidup sebagai Muslim, bukan seperti orang bodoh. Saya lebih mencintai dia dari sebelumya, namun menjadi Muslim jauh lebih penting dari pada bersama seseorang dan kami belum menikah," ungkap Farrell.

Pada 1999 ia menjadi Presiden Asosiasi Mahasiswa Muslim di kampusnya. Setiap hari ia menghadiri majlis taklim dan sering mendatangi seminar. Ia mulai memiliki seseorang yang menjadi tempat bertanya dan membangun hubungan dengan teman-teman Muslim lain.

Pergi Haji

Pada tahun 2000 Farrell melaksanakan ibadah Haji. Sebuah pengalaman yang tak pernah ia lupakan. Ia mengunjungi Madinah dan lingkungan di sekitarnya. "Satu hal yang saya sedari Haji adalah kebenaran tentang Tuhan dan sejarah Islam. Selama ini saya mungkin hanya boleh mengetahui dari buku mengenai tempat dan orang-orang, di sana saya melihat dengan mata sendiri keajaiban sejarah Islam. Saya seperti hidup dalam sejarah. Saya merasa Hadis-hadis itu bangkit dan menjelma. Saya seperti menyaksikan sahabat di atas puncak bukit. Saya mencium bau perang Badar. Saya menghirup udara yang dulu juga dihirup Rasul," tutur Farrell.

Meski ia sendiri tanpa isteri dan keluarga, Farrell menyedari Islam adalah kehidupan. "Bukan hanya cara hidup tapi kehidupan itu sendiri. Saya memahami Islam bukan sekadar agama, kerana agama dapat dibiaskan. Saya memahami bahawa Muslim bukanlah Islam dan Islam tak boleh dinilai kerana aksi Muslim. Muslimlah yang dihakimi oleh nilai-nilai Islam.

Farrell selalu bermimpi bekerja di sektor bantuan yang meringankan dan menolong beban orang lain. Kini Farrell bekerja untuk Global Relief Fondation dan telah bergabung selama setahun

Dalam sebuah essay, Farrell menulis, "Sebanyak yang boleh saya tuturkan, tak ada yang dapat memaparkan isi terdalam hati saya. Saya hanya menyebut sedikit kendala yang saya hadapi. Saya tahu banyak orang di luar sana mengalami kesulitan lebih banyak, mungkin lebih buruk lagi. Tujuan saya berbagi adalah untuk mengatakan bahawa saya memahami kesulitan yang dialami mereka di sana.

Unik! Tayar Ini Tak Mengunakan Angin Dan Tak Akan Bocor

Posted: 31 Jul 2011 07:20 AM PDT





Tayar kempes atau bocor selalu menjadi musuh utama pemandu kereta. Apalagi tayar kempes terjadi di ketika memandu. Kini tentera Amerika Syarikat (AS) telah menemukan tayar yang tidak boleh bocor bahkan tidak memerlukan angin.

Tayar yang diberi nama Airless Tire ini mampu menahan beban sampai 1.746 kg dan boleh digunakan sejauh 24.140 km yang dinilai sudah masuk standard dalam tentera di Amerika.

Untuk kenyamanan penggunaan tayar ini,pasukan kajian tentera AS menjamin bahawa tayar ini akan berfungsi sama dengan tayar biasa yang boleh memberi kenyamanan.

Tayar ini berukuran 37 inci (berdiameter 94 centimeter).

Tayar anti bocor ini nantinya akan digunakan di seluruh kendaraan perang milik Amerika seperti Hummer dan lainnya.

Sayangnya pihak tentera AS tidak menyebutkan bahan apa yang digunakan untuk membuat tayar ini dan apakah nantinya akan dikembangkan untuk kepentingan komersial.

Siapa boleh lawan nenek ini,push up 97 kali dalam masa 60 saat

Posted: 31 Jul 2011 06:00 AM PDT


Kebanyakan orang sudah kurang kuat lagi di usia lanjut. Akan tetapi nenek ini masih luar biasa kuatnya bakhkan lebih kuat dari sebahagian besar anak muda .Nenek ini sudah berusia 63 tahun tetapi boleh melakukan 97 kali push up dalam waktu 60 saat.

Nenek yang bernama Huang Tianleng tinggal di rumah nya di Chengdu, Sichuan, China ,bersenam setiap hari dari tahun 2002, dan dia selalu melakukan push up selama satu sampai dua jam setiap pagi.

Saya tahu seorang pria yang bernama Wang Jiyue di kota kami dapat melakukan push up 100 kali dalam waktu satu minit. Saya ingin menentang dia,kata Huang

Aksi penyeluk saku guna chopstick

Posted: 31 Jul 2011 05:40 AM PDT

Meskipun aksi itu ternyata gagal, melihat si pencuri kemudian beraksi seakan-akan ia menemukan sebuah handphone yang terjatuh di tanah adalah suatu kenyataan bahawa selain memiliki tangan yang cepat, pencuri sekarang nampaknya membekali dirinya dengan sedikit kemampuan berlakon.



Dimana letaknya porno pada gambar ini?

Posted: 31 Jul 2011 04:45 AM PDT

Video yang patut dilihat...monyet beri anak harimau susu

Posted: 31 Jul 2011 03:00 AM PDT

Animasi Indah Diatas Kuku [Video]..amazing

Posted: 31 Jul 2011 02:00 AM PDT

Iklan memang bahagian dari televisyen yang paling dibenci, kecuali kamu boleh membuat iklan dengan penuh dedikasi, kreatifit dan ketekunan seperti yang satu ini. Animasi stop motion pada iklan picanto ini menghabiskan 1200 botol cat kuku untuk keperluan melukis 900 kuku palsu selama 25 hari non stop, dan untuk melukis masing-masing setiap kuku itu, mereka memerlukkan waktu selama 2 jam! Amazing

Pelik..Seekor Ular Bersarang Di Perut Seorang Wanita Pakistan

Posted: 31 Jul 2011 01:00 AM PDT


Dikira hamil, seorang wanita Pakistan ternyata tanpa sengaja telah "memelihara" ular selama lebih dari 7 bulan di dalam perutnya.

Kejadian yang sulit dipercaya itu dialami oleh seorang wanita berumur 50 tahun, Rasheedan Bibi, penduduk kota kecil Chora Saggar di Pakistan.

Dilaporkan oleh The Nation, ular itu tertelan oleh Bibi ketika ia minum air dari kendi di rumahnya. Setelah 2 bulan, ia merasakan perutnya membesar, namun ia hanya mengira ketika itu dirinya sedang hamil. 7 bulan kemudian, seluruh tubuhnya membengkak dan ia mengalami sakit keras. Bibi lalu dibawa ke rumah sakit dan semua orang terkejut ketika test USG menemukan adanya ular besar di dalam perut wanita itu.

Rasheedan Bibi, memakan 14 roti setiap hari. Keluarganya termasuk golongan yang tidak mampu dan mereka memohon kepada kepala Mentri Punjab (daerah antara Pakistan dan India) untuk membantu biaya operasi.

sumber: The Nation via Anorak

Ngeri...botol susu tersangkut didalam bontot atuk ini

Posted: 31 Jul 2011 12:00 AM PDT



Seorang lelaki 60 tahun memasukkan botol susu terlalu jauh ke dalam anusnya kemudian tersangkut dan tidak boleh dilepaskan lagi.

Tertekan dalam situasi tersebut, dia segera menuju ke hospital di Zhuai, China, dan menjelaskan kepada staf hospital tentang apa kejadian yang telah dia alami.

Dia mengatakan bahawa dirinya menderita konstipasi dan sedang mencoba metode yang "agak" tidak lazim tersebut untuk merangsang ususnya.

Doktor telah mengeluarkan hasil gambar X-Ray yang menunjukkan botol susu yang bersarang di dalam panggul lelaki tua itu.



Hal ini bukan merupakan hal yang baru. Sejauh ini banyak benda aneh yang ditemukan dalam bokong seseorang, termasuk telefon genggam, peralatan dapur, garpu, bahkan sepatu.


Sumber: Anorak, weirdworldnews

Pelik..6 tahun kahwin baru perasan 'suaminya' perempuan

Posted: 30 Jul 2011 11:00 PM PDT


GOWA - Belum hilang dalam ingatan kes pernikahan sejenis antara Icha alias Rohmat dengan Umar di Bekasi serta pasangan Nuraini dengan Emi di Serang, kini di Gowa Sulawesi Selatan, kes serupa juga terjadi.

Seorang perempuan, NS, melaporkan suaminya, JN, pada Rabu 27 Julai malam, setelah diketahui ternyata pasangannya berjenis kelamin sama. Padahal mereka sudah menikah selama dua tahun.

Lebih aneh lagi, sebelum menikah mereka sudah empat tahun berpacaran.

"Dulu kami sudah empat tahun pacaran tapi benar-benar baru ketahuan kalau dia itu perempuan sekarang ini," ungkap NS, Kamis (28/7/2011).

Kedok JN baru ketahuan setelah dia berniat menikah lagi dengan perempuan lain. Calon pasangan yang baru mengetahui bahwa JN ternyata adalah perempuan.

Sekilas, kata NS, penampilan fisik JN seperti laki-laki dengan dada rata dan tangannya juga kekar, demikian juga dengan suaranya.

EN mengaku, Saat prosesi pernikahan pada 2009 lalu, JN membawa keluarga. Bahkan orangtuanya sendiri yang menjadi wali.

Atas penipuan ini, NS melaporkan JN ke Polres Gowa. "Akibat perbuatannya pelaku terancam Pasal 226 tentang pemalsuan identiti dengan ancaman maksima 6 tahun penjara," ujar Kanit Reskrim Polres Gowa Ipda Hambali semalam.

Sampai hari ini, polisi masih memeriksa JN di Mapolres Gowa untuk mendalami motif pelaku menipu korban.

Sumber :http://www.okezone.com/

Inilah Kitler, Kucing Ber”kumis” Hitler

Posted: 30 Jul 2011 10:00 PM PDT


Liputan6.com, Godmanchester: Kitler adalah anak kucing berusia enam minggu di penampungan binatang Wood Green di Godmanchester, Inggris. Yang membuatnya menjadi istimewa, kerana kucing mempunyai "kumis" mirip tokoh fasisme Jerman, Adolf Hitler.

Namun, gara-gara keunikan itu, tak seorang pun berminat mengambil Kitler. Dan tatapan tajam Kitler pun tak jauh berbeza dengan Hitler. Menurut juru bicara Wood Green, Tara Dundon, sebenarnya Kitler merupakan kucing yang lucu dan menggemaskan.

"Keluarga yang mengadopsinya pastinya akan merasa bahagia," yakin Dundon. "Kami menemukan Kitler di tepi jalan dekat Kempston, Bedfordshire, dalam keadaan kelaparan dan lemas."

Video sotong menari dalam pinggan buat pengguna internet marah

Posted: 30 Jul 2011 08:00 PM PDT


TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.

Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali. - Agensi

sumber : kosmo online