Utusan Online - Hiburan |
Posted: KL Gangster memang terbaik
JOYAH akui filem KL Gangster memang filem yang hebat. Sampaikan ada kawan-kawan Joyah yang tengok filem tu sampai dua tiga kali. Amboi, hebat sungguh penangan Shamsul Yusof ni. Hari pertama RM1.5 juta. Memang itu satu penangan yang cukup hebat yang pernah industri kita lalui rasanya. Tiga hari tayang terus naik jumlah kutipan sampai nak cecah RM5 juta. Empat hari sudah lebih RM6.4 juta. Memang macam tak percaya, tetapi kena juga percaya sebab ini cerita betul. Pada Joyah, kekuatan filem KL Gangster tu bukan terletak pada Shamsul semata-mata. Sebaliknya melibatkan setiap orang yang ada dalam filem itu juga. Aaron Aziz, Adi Putera, Soffi Jikan dan semua pelakon memang hebat. Mereka tahu apa yang perlu ada dalam filem gangster macam ni. Dan tak mustahil filem ini akan dijadikan contoh kepada pembikin filem yang lain pada masa hadapan biarpun masih banyak perkara yang boleh diperbaiki lagi. Cuma filem ni mendapat reaksi yang kurang baik daripada PertubuhanKebajikan & Dakwah Islamiah (Pekida) yang menganggap ia telah membocorkan kod rahsia kumpulan itu. Joyah tak mahu komen lebih sebab Jumaat lalu mereka sudah bersemuka bagi mencari jalan yang terbaik. Perkara macam ni perlu dibincang secara baik, barulah boleh sepakat.Sekali lagi Joyah nak ucap tahniah pada seluruh produksi KL Ganster kerana mengubat kekecewaan Joyah bila menyaksikan sebuah filem berkonsep lebih kurang serupa. Opsss! | ||
Posted: Si cantik berceloreng hijau
FUHHH...tak sabar rasanya Joyah nak tengok kelibat penyanyi nombor satu negara yang seorang ini memakai baju hijau siap berceloreng sambil berkawat. Joyah pasti mesti ramai yang ternanti-nantikan kemunculan pertama kali Siti Nurhaliza lengkap beruniform sebagai askar wataniah. Tapi bukan Siti sahaja yang menyertai pasukan tersebut kerana Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Rafali dan Aizat pun ada sekali untuk menyertai sayap penting pertahan negara itu. Joyah memang cukup kagum dengan minat dan usaha yang dijalankan oleh orang kuat Kementerian Pertahanan yang mahu menarik lebih ramai golongan artis. Setidak-tidaknya kita tahu masih ramai lagi orang popular macam mereka yang cukup cintakan pada negara. Semoga usaha yang murni ini dapat membuatkan hasil yang baik pada masa hadapan. Rasanya sikit lagi mesti ramai yang nak berkawad bersama-sama artis pujaan mereka. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |