Berita Harian: Hip |
Posted: 17 Jun 2011 04:05 AM PDT Hip MUNCULNYA membawa gelombang baru kepada peminat drama bersiri Korea, malah populariti yang diraih Jang Geun-suk mengatasi fenomena yang pernah dicetuskan aktor tersohor, Bae Yong-joon. Jejaka berusia 24 tahun ini melakar kejayaan luar biasa di negara asing, terutama Jepun apabila lakonannya dalam You Are Beautiful diulang tayang pelbagai saluran televisyen negara itu. Kemunculan single perdananya, Let Me Cry yang turut dilancarkan di negara Matahari Terbit pada 27 April lalu mendapat sambutan hangat, sekali gus meletakkan Geun-suk sebagai bintang Asia terhangat. "Tahun lalu selepas menyelesaikan penggambaran Marry Me Marry, saya cuma berkesempatan cuti selama 10 hari. Selepas itu saya tidak pernah bercuti lagi," katanya mengakui jadual kerjanya terlalu padat hingga menyulitkan dirinya mencari waktu rehat.Jejaka yang dilahirkan pada 4 Ogos 1987 di Danyang County, Wilayah Chungcheongbuk, Korea Selatan itu memulakan karier seninya pada usia enam tahun sebagai model iklan. Perjalanan kariernya tersusun begitu indah. Ketika ibu bapanya mahu menjual kediaman mereka, seorang pembeli yang turut menjadi ejen pencari bakat menggalakkan Geun-suk mencuba nasib sebagai model. Bagaimanapun, karier lakonan Geun-suk bermula pada 1997 menerusi sitkom terbitan HBS, Selling Happines. Ketika di sekolah menengah, Geun-suk begitu terpengaruh dengan muzik dibawakan Ken Hirai selain band rock Jepun, L'Arc-en-Ciel lalu memberinya inspirasi untuk menguasai bahasa Jepun. Dia seterusnya terbang ke New Zealand untuk mempelajari bahasa Inggeris dan Jepun. Namun, atas tuntutan karier, dia mengambil keputusan pulang ke Korea Selatan dan membintangi sitkom, Nonstop 4. Akur bakatnya masih belum diuji sepenuhnya, Geun-suk akhirnya mengambil keputusan memberikan sepenuh perhatian kepada lakonan.
Keberkesanan lakonannya sebagai pemuzik membawa Geun-suk ke layar perak apabila pengarah berkaliber, Lee Joon-ik menawarkan watak utama dalam filem yang meraih perhatian pengkritik, The Happy Life. Meskipun pernah meminjamkan suara untuk album runut bunyi pada kebanyakan lagu tema drama termasuk You're Beautiful, Beetovhen Virus dan Mary Stayed Out All Night, muzik tidak pernah berada dalam trek utama kariernya. "Lakonan ialah impian saya. Saya belajar menerbit, mendalami segala hal berkaitan dunia hiburan termasuk lakonan dan angan besar saya ketika ini adalah untuk bergelar aktor terbaik di Asia, juga dunia," katanya. Beliau juga tidak mensia-siakan bakat nyanyiannya dengan kelahiran single, Let Me Cry awal tahun ini sekali gus menyerlahkan kepada peminat karakter sebenar dirinya. "Jang Geun-suk sebagai penyanyi dan bukan pelakon memberikan perbezaan besar. Ketika berlakon, semuanya sudah ditetapkan dan saya cuma memainkan karakter diamanahkan. Tetapi apabila nyanyian saya mendaki carta lagu popular dalam masa beberapa hari, apa yang berlaku itu lebih dramatik dan menakjubkan. "Saya begitu tersentuh kerana ia bukan lakonan, sebaliknya realiti selepas saya bekerja keras untuk merealisasikan impian itu. "Saya bernasib baik kerana kehadiran saya diterima ramai," katanya yang pernah membuat persembahan pertama, tiga tahun lalu. Nama Geun-suk kembali menjadi mainan media massa apabila dia, baru-baru ini, dilihat bertemu pengarah drama popular, Yoon Seok-ho. Seok-ho dilaporkan cuba mengintai kerjasama dengan Geun-suk untuk drama terbaru KBS, Our Happy Days of Youth yang dijadualkan menemui peminat September ini. Kesibukan Geun-suk yang masih terikat dengan penggambaran You're My Pet serta komitmen nyanyian di luar negara menyulitkannya untuk memberi kata putus. Jadual Geun-suk padat sehingga Ogos, namun semua alasan itu tidak membuat Seok-ho berputus asa dan mengambil inisiatif untuk berbincang dengan jejaka itu sendiri. Penggambaran awal drama itu akan dilakukan di Jepun dan pemilihan Geun-suk dilihat bertepatan dengan popularitinya yang luar biasa di negara itu. Media melaporkan sekiranya Geun-suk memberikan kata persetujuan, drama itu akan menarik pelabur yang sedia mengeluarkan peruntukkan menjangkau AS$150,000 untuk setiap episod. Namun, kebanyakan media tidak bersetuju apatah lagi memikirkan kesan jangka kepada kemuncak karier yang sedang dilewati Geun-suk. Pihak media turut berpendapat, garapan Seok-ho lebih terarah kepada drama tragik dan keagungan dan tema itu tidak lagi bersesuaian dengan penggemar drama semasa Korea. Meskipun You Are Beautiful mencatat kejayaan di Asia namun, realitinya drama itu kurang meraih sambutan di negaranya sendiri. Kecenderungan Geun-suk memegang peranan sebagai hero pujaan ramai, malah watak yang sama kembali dimainkannya dalam terbaru, Do Re Mi Fa So La Ti Do dan Marry Me Marry juga bukan percaturan bijak untuk jangka masa panjang. Meskipun mempunyai nama kukuh di Jepun, bahkan bakatnya sebagai seorang aktor diakui, Geun-suk sebenarnya masih menanti sebuah naskhah yang mencabar kredibilitinya. Kolaborasi bersama Suk-ho barangkali memberikan ruang publisiti yang besar kepadanya, namun apakah semua itu akan membawa pulangan kepada kariernya? Ia masih menjadi tanda tanya. INFO
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 17 Jun 2011 04:00 AM PDT Hip ADAM 4 memperlihatkan kemampuan Adam untuk tidak hanya dikenali sebagai penyanyi, sebaliknya album itu turut membawa karier muziknya ke satu tahap baru. Naib juara Akademi Fantasia musim kedua itu cuba berdikari dengan mencorakkan keseluruhan perjalanan album itu.
Biarpun mempunyai kebebasan untuk menentukan arah yang ingin ditujuinya, Adam sebaliknya selesa membawa identiti yang diciptanya ketika dinaungi KRU dulu. Adam masih kental mengadun elemen pop dan dance yang membentuk kekuatan imejnya di mata penggemar seperti dalam tiga album terdahulu. Cuma album ini lebih memperlihatkan sisi matang Adam, terutama pada penyampaian dan pilihan lagu yang mencerminkan kedewasaannya. Tidak dinafikan bayangan KRU masih dapat dirasai dalam album ini. Tetapi itu bukan bermakna pembaharuan yang dibawakan Adam tidak langsung dirasai. Peminat boleh menilai menerusi lima lagu yang dimuatkan iaitu Tension, Kau, Pergilah, Ellena dan Boleh Bah Kalau Kau. Adam 4 juga dilengkapi lima lagu instrumental untuk peminat setianya. Nuansa pop komersial Naif Album: Planet Cinta
KALI terakhir muncul dengan Televisi pada 2007, karier rakaman Naif bagaikan tertunda apabila berdepan masalah pengedaran album. Planet Cinta menyaksikan Naif memilih untuk menghasilkan karya yang lebih mesra telinga. Album ini juga memperlihatkan Naif menterjemahkan pengertian cinta itu daripada pelbagai sisi.
Naif cuba mencari kesederhanaan pada gaya persembahan mereka selepas melakukan pelbagai eksperimen dalam Televisi. Barangkali elemen komersial yang lebih dititikberatkan itu serasi dengan hasrat Naif supaya Planet Cinta didukung lebih ramai peminat.
Sentuhan pop yang sedikit mendayu juga mendominasi pengisian album ini seperti pada lagu Buta Hati dan Apa Adanya. Bagaimanapun, sentuhan eksperimen masih dapat dirasai peminat terutama pada lagu Cuek yang kaya dengan ketukan dram dan gitar. Naif masih mampu meletakkan karya pop mereka dalam kualiti tersendiri yang dibaluti nuansa berbeza pada setiap lagu yang diisi. Destinasi muzik yang jelas Album: Get Em Girls
PENYANYI kelahiran Darwin, Australia ini memasuki industri hiburan selepas memboloskan diri dalam program realiti, Australian Idol pada 2006. Meskipun cuma berpuas hati pada tempat kedua, Jessica Mauboy meraih kontrak bersama Sony Music Australia dan diberi peluang melahirkan kompilasi, The Journey pada 2007. Album itu memuatkan himpunan lagu yang pernah dipersembahkannya sepanjang menyertai Australian Idol. Percubaan pertamanya diperoleh pada 2008 menerusi album sulung, Been Waiting. Album memuatkan lagu seperti Running Back, Burn dan Because meraih platinum berkembar serta diiktiraf sebagai album kedua mencatat penjualan tertinggi di Australia pada 2009. Get Em Girls adalah album keduanya yang dirakamkan di Los Angeles, New York dan Atlanta menemukan Mauboy dengan ramai komposer popular Amerika Syarikat. Album ini menemukan Mauboy dengan apa yang dicarinya, malah destinasi muziknya juga semakin jelas. Album ini padat diisi lagu yang bernuansa urban, malah mungkin mengingatkan pendengar kepada apa yang pernah dipersembahkan Beyonce Knowles. Barangkali jati dirinya sebagai penyanyi masih belum dicungkil sepenuhnya kerana Get Em Girls cuma mengangkat genre popular yang sudah sebati dengan pendengar. Namun dari segi potensi, Mauboy mampu muncul sebagai pelapis yang akan membanggakan industri dengan kekuatan bakatnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |