Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Seksi, sensasi Miley CyrusIMEJ seksi mula menguasai Miley sejak usianya mencecah 18 tahun. SELEPAS menghilangkan diri tanpa berita terbaharunya di laman sosial Twitter sejak bulan lepas, Miley Cyrus kini kembali aktif. Menulis di Twitter miliknya pada 11 Jun lepas, kata Miley: "Sekadar tidak mahu kalian (peminat) semua fikir aku sudah melupakan kalian. "Aku pulang ke rumah untuk beberapa minggu sebelum kembali sibuk dengan konsert jelajah, jadi aku tak Tweet dengan kerap. Aku sedang menikmati privasi diri sebanyak mungkin. Aku sayang kalian semua." Sebelum ini, kali terakhir Miley 'muncul' di Twitter rasminya adalah pada 29 Mei lepas iaitu selepas berakhirnya siri konsert jelajahnya The Gypsy Heart Tour di Amerika Latin. Tweet Miley itu berbunyi: "Sangat seronok kembali ke konsert jelajah. Manila dan Australia, kini aku datang!" Laporan E!News menyebut Miley terbang dari Los Angeles ke Manila, Filipina pada Selasa lepas untuk mengadakan konsertnya yang telah berlangsung di situ, semalam. Dari situ, dia dijadualkan terbang ke Australia untuk memulakan siri konsert jelajahnya di pulau terbesar di dunia itu bermula di Brisbane Selasa ini. Menurut sumber E!News, teman lelaki Miley, aktor kelahiran Australia Liam Hemsworth yang mengikuti Miley sepanjang konsert jelajahnya berangsung di Amerika Latin, selain turut pulang bersamanya di Los Angeles, kali ini tidak turut serta bersama Miley ke Manila. Hemsworth khabarnya ketika ini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya, The Hunger Games di Carolina Utara, Amerika Syarikat. Itu secebis kisah terkini figura yang mula mencipta nama menerusi siri TV popular, Hannah Montana itu. Setidak-tidaknya kesibukan dirinya dengan konsert jelajah dunianya itu merupakan sesuatu yang positif selepas siri kontroversi yang dicetuskan Miley, khususnya berkaitan isu fesyen pakaian seksi yang digayakannya sejak usianya mencecah 18 tahun kini. Selepas muncul 'hangat' dengan berbikini di pantai Brazil baru-baru ini, selain sengaja menonjolkan bra yang dipakainya menerusi foto-foto yang tertera dalam telefon bimbitnya, 'kenyataan fesyen' Miley menerusi filem terbaharu lakonannya, So Undercover ternyata tidak turun darjah kehangatan suhunya.
Dijadualkan untuk tayangan di pawagam menjelang Oktober ini, menerusi filem yang turut dilakonkan aktor Jeremy Piven itu, Miley muncul dengan imej yang baharu yang sudah tentu seksi dan hangat - seluar pendek jingga dan bra berwarna merah membaluti bahagian atas tubuhnya! Sebenarnya, karakter lakonannya dalam filem itu adalah sebagai seorang penyiasat persendirian yang diupah untuk menyamar sebagai seorang pelajar kolej, justeru adakah imejnya yang begitu seksi merupakan sesuatu yang perlu? Dalam kes Miley, sudah pasti ia suatu keperluan utama. Malah, untuk babak dia berpakaian lengkap dalam filem itu, keseksian Miley tetap terserlah pada tahap hangat dengan menyarungkan skirt mini yang sangat singkat, baju ketat dan sudah tentu kasut tumit tinggi! Jadi, adakah Miley sengaja mencipta kontroversi dengan memanipulasi industri fesyen bagi memastikan namanya berterusan menjadi judul utama berita, sekaligus melebarkan popularitinya ke tahap maksima? Miley menafikannya! Malah, dia menyelar dan menganggap spekulasi itu sebagai suatu tanggapan yang salah terhadap dirinya. "Banyak perkara tentang saya telah direka dan menyebabkan ramai yang fikir saya sengaja mencipta kontroversi untuk menarik perhatian umum terhadap diri ini," ujarnya pada sidang akhbar di Manila, kelmarin sepertimana yang dilaporkan oleh Mb.com.ph. Penyanyi yang popular di seluruh dunia antaranya menerusi lagu The Climb dan Party in the USA itu menegaskan, pendiriannya dalam menjalani kehidupan banyak dipengaruhi nasihat yang telah diberikan oleh bapanya, penyanyi country Billy Ray Cyrus. Ujar Miley: "Bapa pernah berkata, setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan ini, jika ia berpunca daripada perasaan cinta, kejayaan pasti akan berjaya dicapai tidak kira apa jua yang berlaku." Undang-undang Bukan sekadar menafikan dia menyukai publisiti murahan, malah Miley melabelkan gosip dan spekulasi negatif yang melanda selebriti seperti dirinya sebagai 'bahagian paling teruk dalam industri hiburan'. Miley juga sempat memberi amaran kepada selebriti lain tentang bahaya media rangkaian sosial seperti Twitter. "Ia bergantung kepada seseorang selebriti untuk menetapkan batasan dan sejauh mana dia mahu masyarakat umum mengetahui tentang kehidupan peribadinya menerusi platform seperti Twitter." Tambahnya: "Berhenti mengunakannya (media rangkaian sosial), jika kamu mahukan privasi. Baca berulang kali apa yang ditulis bagi memastikan supaya kamu boleh mempertahankan apa yang telah kamu tulis itu. Apabila tulisan kamu itu dibaca umum, ia sudah tidak boleh ditarik semula." Figura yang memiliki ketinggian 1.65 meter (5 kaki 5 inci) itu turut mengingatkan media dan orang ramai bahawa golongan selebriti berhak untuk dihormati apabila berkaitan dengan privasi. MILEY mesra di samping kekasihnya, Liam. Miley menegaskan ia sesuatu yang 'salah dari segi undang-undang' jika selebriti berterusan diganggu privasinya biarpun selepas medreka melahirkan perasaan kurang selesa mereka terhadap gangguan tersebut. "Saya tidak suka dengan jurugambar yang bersembunyi dalam semak semata-mata mahu mengambil saya sedang berbikini di tepi pantai. Undang-undang harus dipatuhi, jika ada yang melanggar undang-undang itu, mereka akan mendapat susah," ujarnya lagi. Biarpun seringkali timbul pertelingkahan antara Miley dan media dari masa ke masa, Miley mengakui itu semua tidak menyebabkan karier seninya tergugat. Katanya: "Sebagai artis, kerja saya ialah mencipta dan saya gembira melakukannya. Jadi, perkara-perkara negatif itu boleh tolak ke tepi." Dalam pada itu, Miley mengakui jika dia tidak menjadi artis, sudah pasti bidang yang dipilih sebagai karier adalah fotografi dan fesyen. "Saya merakam foto semua tempat yang saya pergi. Fesyen pula, saya menggemari citarasa 1970-an, stail hippie," luahnya. Miley dalam pada itu menafikan dia telah mengecewakan ibu bapanya terhadap citarasanya dalam berfesyen, tetapi tidak menolak kenyataan bahawa dia telah mengecewakan ibu dan bapanya itu dalam perkara-perkara lain. "Tipulah kalau ada yang kata dia tidak pernah mengecewakan ibu bapanya," tuturnya. Apabila ditanya apakah impiannya semasa kecil, ringkas tetapi padat Miley menjawab: "Ini (artis)...sentiasa ini." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
APM, di antara telus dan syok sendiri Posted: APM, di antara telus dan syok sendiriOleh HARYATI KARIM AMIN (enam dari kiri) dan Didie (empat dari kiri) pada sidang akhbar majlis Anugerah Planet 2011 di Hard Rock Cafe baru-baru ini. SELEPAS tidak berlangsung pada tahun lalu, Anugerah Planet Muzik (APM) yang merupakan majlis untuk mengiktiraf karya seni muzik serumpun dari Malaysia, Indonesia dan Singapura kembali lagi pada tahun ini. Kali ini, APM bakal diadakan di Max Pavilion Singapore Expo, Singapura pada 15 Julai depan meskipun ramai yang menyangka majlis anugerah yang mula diadakan pada tahun 2000 itu telah berkubur. Alasan pihak penganjur, APM yang sepatutnya diadakan di Malaysia pada tahun lalu kerana mengikut giliran penganjuran gagal diadakan disebabkan kekurangan bajet dan masa yang tidak mencukupi untuk persiapan. Justeru, atas alasan yang diberikan itu jelas menunjukkan APM semakin hilang prestijnya kerana ia hanyalah sebuah majlis anugerah yang diadakan jika pihak penganjur iaitu Beyond Events Sdn. Bhd. mempunyai cukup wang dan masa, bermakna ia bukan acara wajib setiap tahun. Pada sidang akhbar APM 2011 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini telah timbul keraguan apabila merujuk kepada senarai calon-calon yang tersenarai di peringkat akhir. "Segala urusan mengenai pencalonan adalah di luar bidang kuasa kami, kerana ia dipilih oleh panel hakim yang dilantik. "Malaysia dan Indonesia diwakili oleh empat orang juri manakala Singapura pula empat orang juri untuk menilai setiap album yang dihantar untuk pencalonan," kata Amin. Keraguan tetap timbul apabila dua penyanyi hebat Malaysia, Yuna dan Mizz Nina tidak masuk senarai akhir, sedangkan umum mengetahui di tahap manakah mutu dan kualiti album kedua-dua mereka. "Yuna dan Mizz Nina tidak menghantar album mereka untuk dicalonkan dalam APM 2011. Kami tidak mengehadkan mana-mana penyanyi untuk menghantar penyertaan, malah kami turut membuka peluang sama rata kepada semua penyanyi yang bernaung di bawah syarikat rakaman mahupun bergerak secara indie," jelas Amin. Buat pertama kalinya APM yang cukup sinonim dengan Aznil Nawawi wakil pengacara dari Malaysia, namun kali ini tugas Aznil bakal diambil alih oleh pelakon dan pengacara Didie Alias, yang kali ini bakal digandingkan bersama pengacara Singapura Fiza O dan Adi Rahman. "Saya tidak sangka akan dipilih menjadi pengacara anugerah besar seperti ini sedangkan dalam negara sendiri pun saya hanya mengacarakan program televisyen sahaja dan majlis makan malam sahaja. "Pertama kali diberitahu akan menjadi pengacara APM oleh Amin, saya terus terbayang wajah Aznil. Gembira saya bukan kepalang, hampir seminggu jugalah saya rasa macam saya bermimpi. Orang sudah beri peluang, saya akan gunakan sebaik mungkin," ulas Didie. Barisan penyanyi yang akan membuat persembahan pada malam APM 2011 dari Malaysi ialah Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah, Ana Raffali, Faizal Tahir, Ajai, Amanda Imani, Hafiz, Atila dan Loq. Wakil dari Indonesia pula ialah Melly Goeslow, Rossa, Afgan, dan Sandy Sandhoro. Singapurapula menampilkan Sleeq, Hady Mirza dan Sezairi Sezali. Secara keseluruhan terdapat 16 kategori yang dipertandingkan dan satu Anugerah Khas Planet Muzik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Cut Tari buru kepercayaanCUT TARI TAHUN ini, genap 20 tahun Cut Tari menjadi anak seni, khususnya dalam bidang pengacaraan. Sempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam dunia seni, ibu seorang cahaya mata ini masih belum mahu berhenti, walaupun sedang berhadapan dengan kontroversi kes video porno bersama Ariel Peterpan. "Selagi saya mampu bertahan, saya tidak akan ke mana-mana. Saya masih mahu berkarya. "Malah yang paling penting sekarang adalah satu pekerjaan yang tidak mudah untuk saya lakukan iaitu mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada saya," azam Cut yang mengadakan sebuah majlis sederhana sempena ulang tahun ke-20nya dalam dunia seni di sebuah kafe di kawasan Jakarta Selatan. Acara itu pula hanya dihadiri oleh sahabat terdekat seperti Meisya Siregar, Indra Herlambang, Fenita dan Arie Untung, Winky Wiryawan, Oka Antara, Richard Kevin dan Sania. Cut Tari buru kepercayaan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |