Adsense

Rabu, 22 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda

Posted: 22 Jun 2011 10:41 PM PDT

ASTRO OASIS PELAWA SELURUH UMAT ISLAM KE PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA IMAM MUDA DI MASJID WILAYAH

Meneruskan tradisi dalam menawarkan program-program bermanfaat kepada masyarakat, Astro Oasis akan menganjurkan program Qiamullail Perdana Imam Muda yang mengalu-alukan kehadiran Muslimin dan Muslimat untuk turut serta mengimarahkan Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 24 Jun 2011.

Program Qiamullail Perdana Imam Muda akan bermula seawal sebelum solat Jumaat dengan penyampaian tazkirah oleh salah seorang peserta program Imam Muda musim kedua. . Kemuncak program ini adalah sekitar jam tiga pagi untuk jemaah bangun dan melaksanakan solat tahajud. Program yang akan diadakan di sepanjang sepertiga malam ini akan diakhiri dengan kuliah Subuh yang bakal disampaikan oleh Mudir;Dato' Hasan Mahmud Al Hafiz. Bukan itu sahaja, program Qiamullail Perdana Imam Muda ini juga akan diserikan lagi dengan rakaman program Liga Ilmu dan ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung selepas Solat Maghrib pada hari Jumaat.

imam muda

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar berkata, "Astro sentiasa berusaha untuk mendampingi masyarakat menerusi setiap program yang dirancangkan. Berdasarkan sambutan yang diterima terhadap program Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, kami dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohaniaan seumpama ini. Kami mengalu-alukan kehadiran Muslimin dan Muslimat agar bertambah pada program kali ini berdasarkan hebahan dan perancangan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Penekanan masjid sebagai tempat iktikaf turut menjadi objektif penganjuran program ini. Usaha positif ini diharap mampu memupuk semangat untuk lebih mencintai masjid di kalangan masyarakat terutama golongan muda,"

Di samping objektif utama majlis Qiamullail Perdana Imam Muda ini yang diadakan untuk mengimarahkan masjid, program ini juga mengambil kesempatan untuk menyambut sambutan Israk Mikraj yang bakal disambut oleh umat Islam pada 26 Rejab 1432H bersamaan 28 Jun 2011. Selain itu, pihak Astro Oasis juga ingin mengambil peluang ini untuk mengumpulkan Muslimin dan Muslimat bagi menjayakan majlis tahlil untuk mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Takwa, Hulu Langat yang berlaku baru-baru ini.

Hj Izelan menambah, "Kami berasa amat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap program ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah, Jalan Duta yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran program ini. Kami berharap agar usaha yang dilakukan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang Iktikaf di masjid dan Qiamullail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini."

PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA IMAM MUDA
Tempat: Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh: 24 – 25 Jun 2011 (Jumaat – Sabtu)

Program:
24 Jun 2011, Jumaat
12.00 tgh hari Tazkirah & Khutbah

Solat Jumaat
4.15 ptg Solat Asar
7.25 mlm Solat Maghrib

Liga Ilmu
8.41mlm Solat Isyak
Ceramah Perdana
Rehat

25 Jun 2011, Sabtu
3.00 – 6.00 pagi Qiamullail
Kuliah Subuh
Tamat

Astro Oasis sekali lagi mempelawa Muslimin dan Muslimat untuk hadir bersama seisi keluarga ke Qiamullail Perdana Imam Muda pada Jumaat, 24 Jun 2011.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Senarai Murshid Imam Muda Musim 2
  • Hizbur & Asyraf Siapa Juara Imam Muda Musim Pertama
  • Imam Muda Perkenal Mursyid Baru
  • Farah AF2 Bertudung Dalam Rasa Halal Orient Astro Oasis
  • Senarai Nama Peserta Calon Imam Muda 2
  • Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis
  • Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince
  • Astro Mencari Imam Muda Terbaik di Malaysia
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Promosi Filem Karipap-Karipap Cinta di Movie Carnival 2011

    Posted: 22 Jun 2011 10:18 PM PDT

    Pada 4, 11, 18 Jun 2011 telah diadakan Promosi Filem Karipap-Karipap Cinta sempena dengan Movie Carnival 2011. Ramai pelakon-pelakon filem ini hadir untuk memeriahkan suasana sambil bertemu peminat. Antaranya, Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Shawal Ruslan, Shamira Azmil, Elyas Iskandar & P.Jagen.

    Untuk info pembaca, Movie Carnival 2011 ini telah berlangsung di Ikano Power Centre pada 1 hingga 19 Jun 2011. Macam-macam aktiviti disediakan buat pengunjung termasuk kemunculan pelakon filem Karipap-Karipap Cinta selama tiga minggu berturut-turut.

    Karipap Karipap Cinta

    Filem Karipap-Karipap Cinta yang bergenre romantik komedi diadaptasi dari novel popular Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M Annuar. Bakal ditayangkan di pawagam pada hari raya Aidilfitri nanti, filem arahan Othman Hafsham ini menampilkan pelakon Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Eman Manan ,Shawal Ruslan, Shamira Azmil, Elyas Iskandar, P.Jagen dan penampilan istimewa Chef Wan.

    Antara aktiviti yang diadakan bersama peminat semasa promosi tersebut ialah sesi jawab dan menang, lakonan spontan bersama pelakon dan games 'Karipap-Karipap Cinta' di mana peminat bertuah bersama pelakon perlu menghabiskan karipap secepat mungkin dalam tempoh masa yang ditetapkan.

    Pemenang dan peminat bertuah memenangi novel Karipap-Karipap Cinta bersama poster dan tiket filem Karipap-Karipap Cinta. Sesi promosi diakhiri dengan sesi autograf bersama peminat.

    Para pembaca budiey.com dijemput untuk LIKE page rasmi Karipap-Karipap Cinta : www.facebook.com/pages/Karipap-Karipap-Cinta

    Trailer Karipap-Karipap Cinta :

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Karipap Karipap Cinta

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Karipap-Karipap Cinta
  • Movie Carnival 2008
  • Sinopsis Filem Cinta Yang Satu
  • Profile Khairi Zukhairi
  • CATS & DOGS CARNIVAL AT TROPICANA CITY MALL
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mei Sekarang!
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Photo Movie Carnival 2008
  • Selebriti Jayakan Dapur Remaja
  • Gambar Rozita Che Wan @ Movie Carnival 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.