macam macam hiburan terkini |
- Aril teringin berlakon filem
- Kecekalan Siti Nordiana
- Bakat seni sandaran Wawa
- 'Tiada Niat Saya Nak Mengamuk' - Nur Fathia
- Norzizi Zulkifli Elak Jadi Pengarah Kerana Susu Badan
- Yusof Haslam Terima Respons Positif 'KL Gangster'
- Suki Tak Kisah Kongsi Hal Peribadi
Posted: 21 Jun 2011 07:06 PM PDT Pemilik nama penuh Mohd. Khairil Azam Pilus, 26, itu menyatakan, dia ingin meneroka dengan lebih mendalam erti bergelar insan seni apabila hasratnya untuk berlakon filem tercapai suatu hari nanti. Baru-baru ini, selepas terbabit dengan penggambaran klip video lagu Hanya nyanyian Aril sendiri, keinginannya untuk melebarkan bakat lakonannya ke layar perak begitu berkobar-kobar. Kata Aril, watak sebagai lelaki lurus bendul yang dilakonkannya dalam klip video arahan Shuhaimi Lua itu amat memuaskan hatinya. "Pengarah juga memberikan komen positif terhadap lakonan saya dan ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi pelakon berkaliber dan komited. "Sejak bertapak dalam bidang seni, saya sudah lama mengimpikan diberi peluang untuk berlakon filem. "Tidak kira watak yang diberikan sebesar mana, saya tidak kisah asalkan peluang berlakon filem menjadi realiti. "Mungkin sehingga kini, rezeki yang saya harapkan itu belum menjadi milik saya dan saya sabar menunggu saat itu," ujar Aril yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu. Berbalik kepada kisah klip video lagu tema filem Tolong Awek Aku Pontianak (TAAP) itu, Shuhaimi memberitahu, Aril merupakan stand-in kepada watak Zahiril Adzim yang merupakan pelakon utama TAAP. Sama seperti lakonan Zahiril, pengarah filem kontroversi Chukang itu cuba mengklonkan watak tersebut ke dalam diri Aril menerusi klip video lagu Hanya. "Aril berjaya menghayati karakter yang sama seperti mana yang dilakonkan Zahiril walaupun dia belum lagi menonton filem berkenaan. "Saya hanya memberi gambaran terhadap apa yang perlu Aril lakukan dalam klip video ini. Alhamdulillah, dia mampu membawakan watak lelaki lurus bendul itu dengan baik. "Memandangkan TAAP adalah sebuah filem komedi seram, saya turut menerapkan pendekatan yang sama terhadap klip video ini kerana itu adalah permintaan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. selaku penerbit," jelas Shuhaimi. Menceritakan kisah di sebalik tabir sepanjang penggambaran klip berkenaan yang diadakan di Teratak Angah, Kemensah, Hulu Klang, Selangor itu, Shuhaimi memberitahu, dia diuji apabila sebatang pokok sebesar pemeluk tumbang tatkala penggambaran mahu dimulakan. Lebih menghairankan, keadaan cuaca ketika itu begitu tenang tanpa adanya tiupan angin kencang mahupun hujan lebat dan ia membuat Shuhaimi terdiam seribu bahasa. "Bagaimanapun, di tengah-tengah hutan yang gelap sebegitu, saya hanya membatukan diri tanpa meluahkan segala yang bermain di minda kepada sesiapa. "Bak kata orang tua, benda pelik jangan ditegur," ceritanya ketika majlis pelancaran klip video berkenaan di pusat karaoke Red Box, The Gardens Mall, Petaling Jaya baru-baru ini. Menurut Shuhaimi lagi, walaupun bekalan elektrik ketika itu turut terputus akibat daripada pokok tumbang tersebut, dia tetap gigih mahu meneruskan penggambaran dan berdoa tiada lagi sebarang kejadian aneh yang berlaku. Akhirnya, Shuhaimi memanjatkan rasa syukurnya apabila klip video yang dijadualkan bermula pukul 7 malam itu berjaya disiapkan sekitar pukul 3 pagi. |
Posted: 21 Jun 2011 07:04 PM PDT SELEPAS tiga bulan album Semakin Jelas berada dipasaran, amat sukar untuk peminat-peminatnya mendengar lagu-lagu dari album tersebut di radio kerana lagu-lagu dendangan penyanyi ini jarang diputarkan. Jujurnya, Siti Nordiana Alias, 27 atau Nana mengakui keadaan itu mengecewakannya kerana album terbarunya itu adalah kesinambungan baginya untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan bersama anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3 tahun. Bagi Nana, Rayyan adalah permata hatinya dan apa yang dilakukannya dalam karier seni ketika ini adalah untuk kebahagiaan anaknya itu. Kata Nana, apabila albumnya dihantar ke stesen radio terutamanya stesen swasta, pelbagai alasan diberikan untuk tidak memutarkan lagu-lagunya. "Saya sendiri tidak tahu di manakah silapnya... sama ada atas nama saya (Nana) ataupun lagu. Bagi saya, rentak lagu Tak Tahan misalnya, yang terdapat dalam album baru itu agak catchy. "Tidak salah rasanya jika lagu ini dimainkan di radio. Apa salahnya bagi sokongan kepada artis-artis tanah air sendiri," ujarnya kecewa. Walaupun lagunya kurang ke udara, Nana pasrah untuk meneruskan langkahnya dalam bidang nyanyian. Menginjak kepada soalan imej baru yang nampak lebih segar dan lebih muda, Nana mengakui selesa dengan transformasi yang dilakukannya itu. "Imej baru yang saya bawa ini adalah untuk kelihatan lebih segar dan saya harap peminat akan menerima perubahan baru ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album MTV karaoke yang diadakan di Redbox The Gardens, baru-baru ini. Menafikan sudah mencari pengganti hidupnya, pelantun lagu Benang Emas ini masih selesa bersendirian dan belum bersedia menerima kehadiran orang baru. "Buat masa ini, saya ingin memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya seni,"katanya . |
Posted: 21 Jun 2011 07:04 PM PDT Sepantas kilat Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin menegaskan, kehadirannya dalam dunia hiburan bukan kerana menjual rupa. Jauh sekali bermodalkan wajah dan kulit putih gebu untuk mencuri tawaran dan sekali gus, dijadikan tiket untuk dia berjaya dalam bidang lakonan. Anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu secara tulus memberitahu, dia tidak pernah merasakan bahawa dirinya cantik sehingga menenggelamkan bakat seni yang ada dalam dirinya. Baginya, biarlah orang berpandangan skeptikal terutamanya terhadap bakat baru tetapiWawa memberitahu, kehadirannya untuk menjadi pelakon adalah kerana minat yang mendalam. Menjadikan aktres Erra Fazira, Nurkiriah dan aktor, Que Haidar sebagai idolanya, anak kelapan dari 11 adik-beradik itu tekad mengatur langkah untuk menggapai impian yang tersemat di sanubari. "Saya serius ketika membuat keputusan untuk menjadi pelakon biarpun sedar cabarannya bukan mudah, tetapi disebabkan minat saya bulatkan hati ini untuk kejar cita-cita. "Saya tidak mahu orang mengenali saya kerana rupa paras semata-mata kerana itu sekali-kali tidak akan menjamin kejayaan dalam bidang seni. "Biar apa pun, saya mahu orang kenal diri saya melalui bakat dan karakter lakonan kerana itulah yang akan memberikan kepuasan kepada saya," jelas pelakon yang akan tampil dengan Hantu Dalam Botol Kicap ketika ditemui baru-baru ini. Tambah pelakon yang bergandingan dengan Nora Danish dalam drama Ana Lu'lu itu, kehadirannya dalam industri hiburan bermula selepas dia menghantar profil kepada produksi MIG untuk mencuba nasib sebagai artis di bawah syarikat milik David Teo itu. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, impiannya untuk menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya mula bersinar apabila percubaan pertamanya berjaya menarik perhatian pihak MIG. Jelasnya lagi, tindakan menghantar profile sekadar mencuba nasib sewaktu bercuti di Kuala Lumpur sekitar hujung tahun lepas. "Tak sangka pula saya dipanggil untuk sesi uji bakat. "Alhamdulillah selepas itu, saya ditawarkan kontrak untuk menjadi artis mereka. Sekarang ini saya perlu bekerja keras untuk memantapkan lagti mutu lakonan," ujarnya yang baru berusia 19 tahun. Mengimbau kembali bagaimana dia boleh meminati bidang lakonan, kata Wawa, minat itu timbul sejak dibangku sekolah. "Nama sekolah saya ialah St. Dominic. Waktu tu saya sering mengambil bahagian jika ada pementasan mahu pun pertandingan. "Saya pernah mewakili sekolah dalam pementasan drama peringkat sekolah-sekolah dan pernah bergelar pelakon terbaik ketika berada dalam tingkatan empat. "Dari situ saya bersemangat untuk mengasah bakat lakonan dan saya gembira kerana impian saya menjadi kenyataan," ujarnya. Watak idaman Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, Wawa tidak takut untuk menyatakan watak yang menjadi idamannya. Dia begitu teringin untuk melakonkan watak psiko atau gila kerana baginya, watak berat seperti itu akan menguji sejauh mana kemampuannya untuk bergelar pelakon. "Ini bukan soal memilih watak kerana saya tidak pernah meletakan kriteria kepada mana-mana tawaran yang diberikan. "Cukup dengan sekadar plot dan skrip yang kuat dan hasil lakonan saya pula mampu meninggalkan kesan di hati penonton. "Namun dalam usaha untuk mencabar kredibiliti saya juga mahu mencuba untuk membawakan watak seorang penagih. "Watak-watak yang saya nyatakan tadi memerlukan seseorang pelakon itu membuat kajian supaya lakonan yang dipersembahkan itu nanti dapat menyentuh hati dan perasaan penonton,"katanya. Bagi diri Wawa, watak air mata juga ingin dicubanya bukan kerana mahu merebut gelaran sebagai 'pelakon air mata'. "Mungkin lakonan yang menyedihkan boleh membuatkan penonton menitiskan air mata. "Maka itu, jika saya diberikan watak seberat ini, saya pasti tidak akan menolaknya," katanya penuh yakin. Di waktu senggang, Wawa banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen. Tidak kira sama ada menonton drama atau filem yang ditayangkan di kaca televisyen. Baginya, dengan cara itu, secara tidak langsung, dia dapat belajar cara sesuatu watak itu dilakonkan. "Sebenarnya, banyak cara untuk kita belajar memperbaiki lakonan. Salah satunya ialah dengan melihat pelakon lain menjiwai karakter yang diberikan. "Cara itu bukan bermakna saya meniru lakonan orang lain tetapi belajar melalui pemantauan," katanya. Wawa mengakui, dia sering berlatih di hadapan cermin untuk melihat ekspresi yang dilahirkannya itu betul atau salah. "Apabila skrip berada di tangan dan saya membaca watak yang perlu saya lakonkan, saya akan berdiri di hadapan cermin untuk berlatih. "Tidak kisahlah kalau nampak macam orang kurang siuman kerana bercakap seorang di hadapan cermin. "Adakalanya, aksi saya itu membuatkan abang dan kakak saya mentertawakan saya. "Mungkin bagi mereka, saya macam orang gila tetapi bagi saya, itu cara untuk membaiki ekspresi dan menghidupkan karakter. "Namun begitu, abang dan kakak saya tidak pernah mematahkan semangat saya untuk menjadi seorang pelakon yang disegani ramai. "Mereka sering memberi sokongan dan dorongan untuk saya terus maju dalam dunia lakonan. "Apa yang paling saya suka ialah apabila mereka memberikan komen. "Komen yang keluar dari mulut abang dan kakak saya adalah ikhlas dan tidak berniat untuk mengutuk saya. "Mungkin orang lain hanya akan memuji kerana mahu menjaga hati saya. "Kalau puji secara sembrono, mana mungkin saya tahu kesilapan dan secara tidak langsung, mutu lakonan saya akan jadi statik. "Saya tahu lakonan saya banyak kelemahan dan setiap kelemahan itu perlu diperbaiki. "Tegurlah secara ikhlas demi kebaikan dan perkembangan lakonan saya," katanya merendah diri. google: wawa zainal, wawa zainal facebook, wawa zainal blog, wawa zainal twitter, wawa zainal biodata, wawa zainal profile, wawa zainal seksi, wawa zainal hot, wawa zainal bogel, buah dada wawa zainal, wawa zainal bio, wawa zainal terkini terbaru, gambar terbaru terkini wawa zainal |
'Tiada Niat Saya Nak Mengamuk' - Nur Fathia Posted: 21 Jun 2011 06:59 PM PDT Menurut Fathia, insiden tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap panas baran atau besar kepalanya tetapi ia dipengaruhi oleh tindakan spontan gara-gara tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. "Saya langsung tiada niat untuk mengamuk sehingga membaling telefon kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada Along yang saya hormati sebagai pengarah. "Insiden itu berlaku secara spontan kerana telefon saya terlepas daripada tangan dan tercampak ke arah orang lain dan bukannya ke arah Along seperti yang didakwa. "Sebenarnya, saya terlalu tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. Kebetulan pula, sebelum itu saya baru saja mendapat panggilan peribadi yang membuatkan saya marah dan hilang pertimbangan," katanya. Fathia menjawab dakwaan itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama berkenaan di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Selasa. Nur Fathia bergandingan dengan Aaron Aziz (kanan) dan Fizz Fairuz. Tambah Fathia, apa yang lebih menggusarkan fikirannya kini adalah kesan daripada laporan akhbar tersebut akan membuatkan masyarakat berpandangan negatif terhadapnya. "Sebenarnya, insiden itu bukan perkara besar pun. Semuanya sudah okey dan saya juga sudah meminta maaf pada Along. Penggambaran juga berlaku seperti biasa. "Namun, saya risau jika orang menganggap saya jahat dan sudah besar kepala walaupun baru setahun jagung dalam lakonan," katanya. Susulan kejadian itu, pelajar jurusan undang-undang ini mengakui dia perlu belajar untuk mengawal emosi dan tidak membawa masalah peribadi ke tempat kerja. "Saya belajar banyak perkara daripada insiden tersebut. Kini, baru saya sedar setiap gerak geri kita walaupun yang remeh-temeh akan sentiasa diperhatikan orang. "Saya kena belajar untuk mengawal emosi dan tidak mencampuradukkan masalah peribadi apabila sedang bekerja," katanya. Dalam drama bersiri 13 episod itu, Fathia memegang watak gadis bertudung dan alim bernama Amni Sorfina yang berdepan cinta tiga segi untuk memilih Irfan Kamal (Aaron Aziz) atau Taufiq (Fizz Fairuz). Pengarah, Along Kamaluddin Sementara itu, Along berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu insiden yang serius sebaliknya kejadian berkenaan telah diselesaikan dengan cara baik. Along berpendapat, disebabkan Fathia baru pertama kali mendapat peranan besar dalam drama tersebut, tidak mustahil dia menghadapi tekanan emosi yang sukar dikawal. "Saya tidak mahu keruhkan keadaan. Saya melihat sebelum ini, tiada orang pernah bimbing dia dalam lakonan. Mungkin sebab itu, dia tertekan selain ada masalah peribadi lain," katanya. Drama yang diadaptasi daripada novel Stanza Cinta tulisan Nurull Halawati itu turut dibintangi Fadhilah Mansor, Amanda Misbun, Izreen Azminda, Chomel Fana, Datuk Jalaludin Hassan, Muniff Isa, Azhar Sulaiman dan Hilal Azman. Ia bersiaran sejak 19 Jun lalu pada setiap Ahad pukul 9 malam di TV3. |
Norzizi Zulkifli Elak Jadi Pengarah Kerana Susu Badan Posted: 21 Jun 2011 06:58 PM PDT Kata Zizi, dia yang melahirkan anak ketiga enam bulan lalu memastikan dirinya tidak berada dalam keadaan tertekan apabila sibuk mengarah sesebuah teater. "Pengalaman melahirkan anak kedua banyak mengajar saya agar tidak boleh terlalu stres kerana ia boleh menyebabkan kehilangan susu badan. "Kebiasaannya kita boleh menyusukan anak sehingga berusia dua tahun. Kalau boleh saya mahu menyusukan mereka hingga dalam tempoh maksimum daripada menggunakan susu formula," katanya yang kini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mohd Armada, 4, Tulus Jiwa Ramadan, 2 dan Indah Hening Kasih, 6 bulan. Kata Zizi, anak keduanya pernah mengalami sakit perut apabila cuba untuk mencampurkan susu badan dengan susu formula. Dalam pada itu, kesibukannya sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dia terpaksa menangguhkan hasrat melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah (PhD) kerana mahu memastikan anak-anak membesar. "Saya memang merancang untuk sambung pelajaran ke luar negara sekali lagi tapi memandangkan anak-anak saya masih terlalu kecil. "Sekarang pun susah untuk bahagikan masa. Kebiasaan mereka akan tunggu saya balik kerja untuk tidurkan mereka dan selepas itu barulah saya ada masa untuk saya membaca atau buat skrip," katanya. Dalam pada itu, kemunculannya dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai ini di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dianggap sebagai melepaskan gian berlakon semula. "Kali terakhir saya berlakon pada tahun 2009, pelawaan menyertai sangat saya nantikan. Sebelum ini ketika teater Nyonya ini dipentaskan di Istana Budaya dahulu saya sudah terfikir untuk berlakon teater tersebut. "Apa yang menjadi cabaran berlakon teater ini ialah saya sentiasa memikirkan tentang betul atau tidak, kadang kala saya terfikir lebih baik tidak tahu apa-apa tentang teater daripada belajar tentangnya," katanya yang kini merupakan pensyarah di Aswara. |
Yusof Haslam Terima Respons Positif 'KL Gangster' Posted: 21 Jun 2011 06:57 PM PDT Katanya, ramai pihak mengatakan filem lakonan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar itu diangkat sebagai filem berkualiti dan bukannya mengejar nilai komersil semata-mata. "Saya bangga dengan anak saya, Syamsul kerana membikin filem itu sebaik mungkin mengikut bajet yang ada. "Paling bangga apabila filem ini dihasilkan oleh syarikat bumiputera," katanya kepada mStar Online. KL Gangster, mencatat kutipan mengejutkan apabila meraih RM10.3 juta sehingga Ahad lalu sejak ditayangkan bermula 9 Jun. Sebelum ini, Skop Production pernah menempa kejayaan menerusi filem berjudul Sembilu pada tahun 1993 dengan kutipan RM4.2 juta dan seterusnya Sembilu 2 pada tahun 1994 mencecah RM6.2 juta. Sebalik kejayaan KL Gangster, Yusof menyangkal dakwaan bahawa filem tersebut mencecah kutipan tinggi kerana kontroversi yang dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida). "Saya sama sekali menafikan perkara ini kerana kutipan filem ini tiada kena-mengena dengan kontroversi itu. Ikutkan, daripada hari pertama filem ini ditayangkan, ia sudah mendapat kutipan yang luar biasa. "Kontroversi itu muncul selang tiga hingga empat hari selepas KL Gangster ditayangkan dan ia hanya menghangatkan suasana. Malah, kami sebenarnya sudah bermaaf-maafan pada Jumaat lalu," ujarnya lagi. Selepas Syamsul, Yusof mahu memberikan peluang kepada seorang lagi anaknya, Syafiq, 18, untuk mengarah filem pertama genre "psiko-thriller" berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM). Filem tersebut bakal dilakonkan oleh Syamsul, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jasmin dan Neelofa. Satu sidang media tentang pengumuman filem ini akan diadakan pada 4 Julai ini, pukul 8 malam di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). |
Suki Tak Kisah Kongsi Hal Peribadi Posted: 21 Jun 2011 06:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas juara One In A Million, Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Wee, 22, tidak kisah untuk berkongsi cerita peribadi menerusi lirik lagu kepada khalayak kerana menganggap ia merupakan satu perkara normal sebagai seorang selebriti. Kata Suki, hal ini bukanlah isu besar kerana ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada peminat yang mengetahui tentang pengalamannya terutama sekali melalui lagu-lagu yang dinyanyikan. "Bagi saya, muzik adalah perkara realiti dan menerusi lirik yang dicipta, ia dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendengar muzik tersebut. "Malah kita boleh menjiwai sesebuah lagu yang mempunyai kaitan dengan diri kita. Sebab itu mulai sekarang, saya mahu berkongsi tentang kisah hidup saya kepada umum dalam lagu saya " katanya. Justeru, Suki bakal muncul dengan sebuah "single" lagu terbaru berjudul Terlalu Mencintaimu, mengisahkan tentang dirinya yang pernah mengalami kesukaran untuk melupakan bekas kekasih untuk jangka masa yang agak lama. Lagu yang dihasilkan oleh Ajai dan liriknya ditulis oleh penulis Indonesia, Reji itu mengisahkan tentang seorang wanita yang begitu mencintai teman lelakinya sehinggakan dia lupa dengan keadaan sekeliling dan sukar untuk menghapuskan kisah cinta apabila putus hubungan. "Walaupun lagu ini bukan dicipta sendiri oleh saya, tetapi ia begitu dekat di hati kerana liriknya menceritakan tentang pengalaman hidup seorang wanita yang sukar melupakan bekas kekasihnya itu dan hal itu pernah berlaku dalam diri. "Ketika membawakan lagu ini, saya percaya, hal ini juga pernah berlaku kepada wanita di luar sana," ujarnya. Dalam pada itu, Suki turut mengekspresikan perasaan terhadap bapanya menerusi lagu dalam bahasa Mandarin yang dihasilkan sendiri olehnya berjudul A Song For You bersempena dengan Hari Bapa yang disambut pada Ahad lalu. "Rasa seronok sangat apabila dapat meluahkan kata-kata yang terpendam menerusi lagu ini dan dia menyukai lagu tersebut. malah, berulang-ulang kali dia mendengarkannya," ujar Suki. Sementara itu, Suki bakal mengadakan persembahan pada Festival KL 2011 bersama Najwa Mahiaddin, Datuk M Daud Kilau, One Nation Emcees dan Bahbola pada 2 Julai depan di Istana Budaya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |