Adsense

Rabu, 22 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Dua raksasa kembali

Posted:

Dua raksasa kembali

Dua raksasa kembali


GABUNGAN dua nama besar industri muzik Blues Gang dan Sweet Charity bakal menggegarkan pentas Konsert 2 Raksasa.


KEMUNCULAN dua kumpulan yang layak digelar otai rock iaitu Sweet Charity dan Blues Gang sememangnya mencetuskan fenomena tersendiri dalam arena industri muzik tempatan.

Lebih menarik lagi, sehingga kini kedua-dua kumpulan tersebut masih lagi terus bertahan, biarpun kebanyakan kumpulan yang seangkatan dengan mereka sudah lama berkubur.

Tidak kira sama ada generasi dahulu dan sekarang, lagu-lagu seperti Kamelia dan Teratai (Sweet Charity) atau Apo Nak Dikato dan Khatulistiwa (Blues Gang) masih lagi menjadi siulan ramai.

Bagi mengembalikan semula era kegemilangan dua otai rock tersebut, satu konsert istimewa iaitu 2 Raksasa akan berlangsung pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka.

Menariknya, konsert yang akan dianjurkan itu sebenarnya mengembalikan nostalgia tersendiri kerana ia merupakan ulangan kepada konsert dengan nama sama yang pernah diadakan pada tahun 1984.

Vokalis utama Blues Gang, Mohd. Arid Kedut atau lebih sinonim dengan nama Ito berkata, kumpulannya itu sangat teruja untuk menghiburkan para peminatnya di sebuah konsert yang besar.

"Sudah lama kami impikan untuk beraksi di pentas besar setelah kali terakhir melakukannya tiga tahun lagu. Kami yakin peminat Blues Gang tentu menantikan persembahan kami.

"Dapat bergabung dengan gergasi rock seperti Sweet Charity juga merupakan satu penghormatan yang cukup besar dan kami yakin melalui konsert ini akan mengubat kerinduan peminat kepada kami," ujarnya.

Kali terakhir mengadakan konsert yang besar kira-kira tiga tahun lalu, Ito menjelaskan bahawa mereka bertekad untuk membuat satu persembahan istimewa yang akan memberi kenangan tersendiri kepada mereka yang hadir.

Ditanya mengenai pemilihan lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti, mereka akan menyanyikan lagu-lagu kegemaran ramai yang setiap diberi nafas baharu.

"Pada konsert itu nanti, kami akan menyanyikan sekurang-kurangnya 10 buah lagu, termasuklah lagu wajib yang dinyanyikan pada setiap persembahan seperti Mak Siti, Apo Nak Dikato, Khatulistiwa dan Oh Mama, Saya Mahu Kahwin," jelasnya.

Selain Ito, Blues Gang turut dianggotai oleh Julian Mokhtar (gitar), Ghani Abu Talib (keyboard), Jim Madasamy (bass) dan Shaik Karim (drum) serta seorang anggota baharu iaitu Azizi Isnin (gitar).


SWEET CHARITY terdiri daripada Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar dan Rahman Sarbani.


Sementara itu, Ramli Sarip yang mewakili kumpulan Sweet Charity menyifatkan satu sejarah akan berulang apabila generasi muda hari ini akan dapat menyaksikan kembali era kegemilangan kedua-dua kumpulan berkenaan.

Menurutnya, dia yakin irama rock dan blues mempunyai peminat yang tersendiri dan masih ramai lagi pendengar yang suka mendengar lagu-lagu lama.

"Seperti biasa kami akan mempersembahkan lagu-lagu wajib seperti Teratai dan Kamelia kerana ia adalah permintaan daripada peminat sendiri.

"Malah, tiada sebarang gimik yang dilakukan, tetapi daripada 20 buah lagu yang akan kami persembahkan terdapat enam buah lagu yang jarang dinyanyikan dalam mana-mana persembahan sebelum ini," ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi yang pernah tampil secara solo itu tidak mahu mendedahkan judul lagu-lagu berkenaan dan peminat yang hadir pada konsert berkenaan sahaja akan menikmatinya.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1969 itu kini dianggotai oleh Ramli Sarip (vokalis), Rosli Mohalim (gitar), Ahmad Jaafar (keyboard) dan Rahman Sarbani (drum).

Tidak berpecah


BLUES GANG yang jarang dilihat tampil membuat persembahan sebenarnya masih belum berpecah keanggotaannya.


Biarpun Blues Gang dilihat jarang tampil membuat persembahan bersama kecuali dalam beberapa acara yang besar, namum Ito menjelaskan mereka sebenarnya tidak pernah berpecah.

Menurutnya, jika tidak mendapat sebarang undangan mereka lebih banyak membawa haluan masing-masing dengan bermain muzik terutama di kelab-kelab malam.

"Selama ini kami memang tidak pernah berpecah, malah sepanjang hampir 30 tahun ditubuhkan Blues Gang tidak pernah bertukar ahli seperti kebanyakan kumpulan yang lain.

"Bagi saya ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai kerana masih dapat bertahan dan masih lagi dikenali ramai sehingga ke hari ini," ujarnya.

Ditanya mengenai petua mereka terus bertahan, Ito memberitahu sebagai pemuzik apa yang paling diutamakan adalah kesabaran dan fokus kepada muzik yang dibawa.

Jelasnya lagi, walaupun semua ahli kumpulannya itu sudah boleh dikatakan sudah berusia, namun mereka bertekad untuk terus menghiburkan peminat selagi terdaya dan sihat.

"Saya rasa Blues Gang terus dikenali ramai sehingga kini kerana tidak banyak kumpulan yang membawakan muzik blues muncul dalam industri muzik di negara ini.

"Memandangkan kami semua ini sudah berusia, saya sangat teringin untuk melihat kemunculan lebih banyak lagi kumpulan muzik blues tempatan pada masa akan datang," jelasnya.

Jadii inspirasi


RAMLI SARIP dan Ito teruja bergabung.


Berbanding kumpulan Blues Gang yang terus dengan anggota asal, Sweet Charity pula sering kali bertukar anggota dan Ramli sendiri pernah meninggalkan kumpulannya buat seketika.

Namun, penyanyi yang turut sinonim dengan panggilan Papa Rock menjelaskan, kumpulannya itu masih lagi mampu bertahan sehingga kini adalah kerana kebanyakan lagu-lagu mereka yang malar segar di kalangan pendengar.

Jelasnya, biarpun sudah banyak genre muzik baharu yang muncul, namun muzik rock masih lagi mampu bertahan dan ia turut diminati oleh golongan muda generasi sekarang.

"Tidak dinafikan dalam kebanyakan persembahan yang Sweet Charity lakukan di banyak tempat sekarang ini, saya melihat golongan muda juga banyak menyaksikan persembahan kami.

"Apa yang lebih menarik, ada yang mampu untuk menghafal banyak lirik lagu-lagu kami, meskipun lagu tersebut terhasil dan dinyanyikan sebelum mereka lahir lagi," ujarnya.

Tambah Ramli, walaupun kini mereka terpaksa bersaing dengan lebih ramai kumpulan yang muncul, namun dia yakin kumpulannya itu masih lagi mempunyai ramai peminat dan akan terus berjuang dalam arena seni muzik tanah air.

"Memang terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang dilalui sepanjang lebih 40 tahun kumpulan ini ditubuhkan. Jadi kami berharap apa yang kami lalui selama ini sebagai penghibur mampu menjadi sumber inspirasi kepada kumpulan baru.

"Misalnya, kami ada merancang untuk menghasilkan sebuah dokumentari mengenai Sweet Charity. Menerusi dokumentari tersebut, orang ramai akan dapat melihat perjalanan kami sebagai anak seni dengan lebih mendalam lagi," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cinta Izwan, Eve

Posted:

Cinta Izwan, Eve

Cinta Izwan, Eve

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


WALAUPUN berlainan negara, kumpulan Eve (dari Singapura) dan Izwan Pilus tetap menjalin kolaborasi.


KALI terakhir Izwan Pilus muncul bersama album penuh adalah Erti Kasih pada tahun 2006. Dia kemudian menjadi hit menerusi lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum.

Kehebatan figura berusia 32 tahun yang dicungkil daripada rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) dan sinonim dengan bidang pengacaraan itu berjaya mencipta label tersendiri dalam lapangan seni apabila turut menceburkan diri dalam bidang lakonan dan persembahan pentas.

"Kali terakhir saya berlakon dalam drama bersiri adalah drama Awan Dania 2 dan pada bulan April lalu saya berkesempatan berlakon dalam sebuah pementasan teater KL Sempit bersama Raja Azri dan Datuk Jalaluddin Hassan," ceritanya mengenai perkembangan semasa.

Namun, bidang seni suara masih menakluk sanubari jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu yang kini berjaya melebarkan sayap menjengah potensi negara jiran Singapura.

Hadiahnya, single pertama berjudul Tiba-Tiba Cinta dihasilkan bersama sebuah kumpulan baharu dikenali sebagai Eve.

Eve yang dianggotai oleh Asila Osmera, Yanie Hassan, Evie Roslan berusia sekitar 20-an meluahkan rasa teruja dapat berpadu suara dengan Izwan setelah beberapa kali bertembung dengannya ketika mengadakan persembahan di negara itu.

"Kami kenal dengan Wan (Izwan) sebab dia selalu datang buat persembahan di Singapura dan kebetulan pula dia sedang mencari peluang untuk bekerjasama dengan artis di bawah bumbung Media Corp," ujar salah seorang ahli anggota kumpulan itu.

Tiba-Tiba Cinta

Bercerita mengenai kisah di sebalik single berjudul Tiba-Tiba Cinta, Izwan mengulas tajuk tersebut sinonim dengan mana-mana pasangan yang jatuh cinta pandang pertama.

"Lagu ini dicipta sejak empat tahun lepas cuma saya perlu mencari masa yang sesuai untuk dikeluarkan ke pasaran.

"Pada mulanya memang lagu ini khas untuk dinyanyikan secara solo, tapi setelah ada kerjasama dengan kumpulan Eve, timbul idea untuk mengolah lagu itu untuk dijadikan sebuah lagu duet," bicaranya mengenai lagu yang disusun semula oleh AG Hujan itu.

Masih mengekalkan rentak retro dan disuntik sedikit mood catchy dan selamba, Izwan memberitahu liriknya pula keseluruhannya menceritakan kisah pertemuannya bersama kumpulan Eve yang telah ditubuhkan sejak tahun 2009.

"Ia seolah-olah cinta pandang pertama, tidak sensasi tapi pada masa yang sama kekal setia sebagai kawan baik," katanya yang masih mempunyai 10 koleksi lagu ciptaannya sendiri.

Apabila ditebak dengan pertanyaan sejauh mana perancangannya dalam bidang mencipta lagu dan lirik, Izwan menjawab kebanyakan lagu yang dalam koleksinya adalah satu eksperimentasi untuk diri sendiri.

"Belum ada lagi rancangan untuk mencipta lagu untuk orang lain sebaliknya lebih suka mencuba untuk diri sendiri," ujarnya yang berhasrat untuk menerbitkan album kompilasi lagu-lagu singlenya.

Bagi kumpulan Eve pula, kekangan jarak untuk menyanyikan lagu itu tanpa kehadiran Izwan tidak menjadi hal utama.

"Lagu ini boleh dinyanyikan secara solo tapi sebenarnya lebih sedap dinyanyikan secara berduet," kata wakil jurucakap kumpulan itu, Alex Zulkifli Mohd. Salleh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adele diburu

Posted:

Adele diburu

Adele diburu



PENYANYI baharu, Adele kini memang semakin menjadi rebutan. Hal tersebut bukan satu kejutan kerana Adele memang terkenal sebagai seorang penyanyi berbakat besar.

Seiring dengan dua albumnya yang kini menguasai carta lagu-lagu di Amerika Syarikat, Adele juga menjadi buruan banyak pemuzik yang teringin untuk berkolaborasi dengan penyanyi bersuara 'besar' ini.

Salah seorang penyanyi dan pemuzik yang memburu Adele untuk berkolaborasi adalah Alicia Keys.

Ternyata pemburuannya berhasil apabila mereka dijadualkan bakal membuat penampilan bersama dalam sebuah majlis amal yang dikenal sebagai Keep A Child Alive di London. Berita kolaborasi mereka itu telah dibocorkan oleh suami Keys sendiri, Swizz Beatz.

"Sepertinya dia (Beatz) yang menyebarkan berita ini!" ungkap Alicia kepada Splash News selepas berita gembira itu mula tersebar,

Keys turut memberitahu dia merupakan salah seorang pemuja Adele, begitu juga dengan suaminya yang turut mengagumi bakat penyanyi tersebut.

Katanya: "Adele adalah salah seorang penyanyi pujaan kami dan menurut saya dia adalah penyanyi yang istimewa. Dia punya gaya yang sangat cantik."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.