Adsense

Rabu, 1 Jun 2011

Celebrity News

Celebrity News


Nora Danish akui berkawan dengan lelaki muda

Posted: 31 May 2011 09:32 PM PDT

Nampaknya kisah artis jelita yakni Nora Danish dan bekas isteri Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) terpampang lagi diakhbar online. Kali ini kisah percintaan beliau dengan jejaka muda daripada beliau, jejaka tersebut baru berumur 27 dan bukannya daripada kerabat diraja dari Terengganu seperti yang digossipkan sebelum ini.

Menurut Nora jejaka tersebut hanya seorang ahli perniagaan yang berjaya memikat hati beliau, namun perjalanan perkahwinan masih jauh lagi kerana masing-masing masih dalam proses mengenali.

Dan berikut jawapan Nora Danish apabila  menjawap soalan wartawan mengenai hubungan beliau :


"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang. Dia seorang ahli perniagaan dan berusia dua tahun lebih muda daripada saya.
"Namun, semuanya masih terlalu awal kerana kami baru saja berkawan. Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat," jelasnya yang ditemui pada sidang media drama Ana Lu'lu di Sri Pentas, di sini, Selasa.
Mengulas lanjut tentang teman barunya itu, pelakon sitkom Puteri ini berkata, walaupun wujud perasaan sayang di antara mereka, hubungan mereka bagaimanapun masih berada peringkat awal untuk merancang soal perkahwinan.
"Memang ada perasaan sayang tapi terus-terang saya katakan semuanya masih terlalu awal. Saya sendiri sedang melalui proses menilai dan mengenalinya lagi.
"Biarlah kami berkawan dulu kerana saya tidak terdesak untuk berkahwin semula dalam masa terdekat," katanya yang enggan bercerita lanjut tentang jejaka tersebut.
 Diantara gambar Nora Dengan Jejaka diluar sana dan mungkin salah seorang adalah kekasih beliau :







ZoOM : Semoga hari bahagia itu akan menjelma dan melupakan kisah Jejai & Fasha yang sedang berputik semula.. Apa Komen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!