Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Majlis Kenduri Kesyukuran Ahmad Fedtri Yahya Posted: 30 May 2011 05:12 AM PDT Kalau pagi tadi, Budiey ada siar gambar sekitar Majlis Akad Nikah Ahmad Fedtri Yahya, sekarang pada malam yang penuh ketenangan ini, Budiey nak siarkan pula sekitar gambar Majlis Kesyukuran yang berlangsung pada 29 Mei (semalam) di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Pengkalan Machang, To' Uban, Pasir Mas, Kelantan. Mengetengahkan warna hijau muda sebagai tema, kedua mempelai nampak begitu berseri-seri. Bagai pinang dibelah dua. Apa yang Budiey boleh katakan, majlis berlangsung ini sangat sederhana. Tiada kerusi pengantin yang gah. Pengantin hanya duduk bersila. Di luar rumah pengantin, hanya satu khemah disediakan. Sangat simple. Kata orang, macam ni takde lah membazir sangat. Tema untuk majlis kesyukuran ini ialah Arabian. Fedtri mengenakan sepasang jubah dengan serban hijau muda. Manakala isterinya pula nampak manis dengan busana jubah moden. Tags: Ahmad Fedtri Yahya, Artis BerkahwinClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Majlis Pertunangan Adzriefaiz & Suliza Posted: 29 May 2011 11:55 PM PDT Selain pengacara Syera Aiyob yang dah melangsungkan pertunangan dengan Zahiril Adzim baru-baru ini, seorang lagi personaliti TV3 iaitu Adzriefaiz juga turut bertunang pada hari Sabtu lalu, 28 Mei 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Kalau ada yang tak kenal, Adzriefaiz adalah seorang wartawan event untuk Muzik-Muzik di TV3, sekarang ni tengah sibuk keliling satu dunia untuk mengacara program Makan Angin musim ke-2 untuk TV9. Dengar-dengar, program ni ada shoot sampai ke Indonesia, Sabah dan Sarawak. Dalam masa yang sama, Adzriefaiz juga turut menjadi hos di Karnival Jom Heboh bersama Aidid Marcelo. Terbaru, beliau dengarnya akan mengarah satu program istimewa untuk Hari Raya khas untuk juara AJL. Selain itu, Adzriefaiz juga tampil berlakon dalam beberapa buah drama TV tempatan. Majlis pertunangan Adzriefaiz dengan gadis pilihannya, Suliza Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Liz berlangsung pada jam 4 petang di rumah tunangnya. Budiey masih ingat, pada 3 tahun lalu pernah ambil gambar diorang ni di satu event kat Planet Hollywood. Kira lama dah diorang ni kenal, kira-kira 6 tahun sudah. Eloklah tu, tak elok nak tunggu lama-lama. Baik langsungkan aje. Tapi bukan senang nak kawin di zaman sekarang ni. Banyak belanja, so nak kena kumpul duit banyak-banyak, baru boleh kawin. Menurut Adzriefaiz, mereka berkenalan semasa Adzriefaiz tinggal di Kajang. Pada mulanya, Adzriefaiz berkawan rapat dengan kembar Liz, dan dari situ Adzriefaiz kenal dengan Liz. Alhamdulilah, sampai sekarang, hubungan mereka berputik pula dengan rasa cinta sepasang kekasih. Adzriefaiz rancang untuk melangsungkan majlis nikah pada 25 Disember tahun ni. Uik tu dah tarikh Krismas, kira senang la nak buat anniversary, maklumlah banyak sale masa tu kan. Hantaran pertunangan 5 berbalas 7 dulang. Baju yang dipakai Liz ni direka oleh Qudin. Selamat bertunang buat kedua-duanya, semoga selamat melangsungkan majlis nanti. Tags: Adzriefaiz, Artis BertunangClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |