Adsense

Isnin, 30 Mei 2011

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Selena Gomez and Justin Bieber are DEFINITELY have sex

Posted: 30 May 2011 12:48 AM PDT


And by the way I want to say, "Sure, I have no evidence that this is actually to stick to it, but if you've had sex in your life, you can tell me that these two must be made in camera after reviewing these images. "



I've been saying forever. The Victoria's Secret shopping sprees, PDAs, pancakes, everything adds up. But if you needed further proof that these two get on their declination, and then look at these pictures. It is a raw sexuality that. Her bikini covered with crushed pelvis size in their mouths and connect it to the door across the ocean knowing full well that there is probably a camera crew nearby?

tag : selena gomez pics,selena gomez discography, selena gomez songs, justin bieber and selena gomez, selena gomez naturally, selena gomez who says, selena gomez hot, selena gomez lyrics, nick jonas and selena gomez, selena gomez twitter

Juara Mentor 5 milik Salma

Posted: 30 May 2011 12:17 AM PDT



Tahniah GAM ucapkan kepada Salma dan Erra Fazira yang telah merangkul gelaran Juara Mentor 5. Jumlah markah 85 yang diperolehi oleh Salma ternyata jauh meninggalkan Shiha dan Iqa. Walaupun mendapat rendah daripada juri awam, juri profesional dan juri SMS tidak buta dalam menilai keupayaan Salma.



Sejak dari mula lagi, Salma telah menjadi pilihan ramai peminat dan jutaan penonton. Vokal salma adalah yang terbaik berbanding Iqa dan Shiha. Gabungan Salma bersama Jacklyn Victor mampu meriuhkan lagi suasana malam konsert akhir Mentor 5. Buat julung kalinya juga, Salma menyanyikan lagu solonya berjudul Aku Permata ciptaan Taja dengan baik sekali walaupun tidak mendapat komen yang begitu baik dari Ramli MS mengenai lagu yang dinyanyikannya.

Walaubagaimanpun tahniah semoga dapat mewarnai dunia artis dengan penuh ver-style


tag : akhir mentor musim 5, biodata salma mentor 5, hadiah utama mentor 5, Iqa final mentor musim 5, juara mentor musim ke 5, konsert akhir mentor musim 5, live streaming mentor tv3 musim 5, mentor 5 final, mentor musim ke 5, pemenang mentor musim 5, Salma final mentor musim 5, salma juara mentor 5, Salma Juara Mentor Musim Ke 5, salma mentor 5, Shiha final mentor musim 5

Filem Kongsi catat 7 juta dalam 7 hari

Posted: 30 May 2011 12:04 AM PDT

GAM ingin mengucapkan tahniah kepada pengarah filem Kongsi iaitu Farid Kamil dan lakonan mantap Shaheizy Sam sudah berjaya mengumpul RM7 juta dalam masa 7 hari. Pada hari pertama tayangan, filem ini sudah berjaya mengutip RM1.1 juta.

Berdasarkan pemerhatian GAM, kebanyakkan review filem Kongsi di blog-blog tempatan, rata-rata memberi maklumbalas negatif. Filem Kongsi dikatakan tidak menarik dan hanya bergantung semata-mata kepopularan Shaheizy Sam. Rata-rata yang sudah menonton filem Kongsi, hanyalah ke panggung kerana mahu menonton lakonan pelakon pujaan mereka Shaheizy Sam.

Apa pun tahniah kepada David Teo atas hasil kutipan yang memberangsangkan ini. Dan tahniah juga kepada anda yang telah pergi menonton sekaligus menyokong industri perfileman tempatan. Sekarang nie kita akan tunggu pula Nurkasih The Movie, berapakah kutipan yang dapat dicipta..



tag: filem kongsi 2011, kutipan filem kongsi, filem kongsi arahan farid kamil, tayangan filem kongsi, filem kongsi ditayangkan, tarikh filem kongsi, filem kongsi di pawagam , filem kongsi farid kamil, pelancaran filem kongsi, filem kongsi shaheizy sam

SPA pilihan Miera Leyana untuk berehat

Posted: 29 May 2011 06:59 PM PDT


Miera Leyana Kasmi (Miera),18, bagaikan bulan jatuh ke bumi apabila dia meletup secara tiba tiba gara-gara kemunculannya berpakaian menjolok dalam satu acara hiburan baru-baru ini. Peristiwa itu menimbulkan persepsi yang kurang senang sesetengah pihak.

Walaupun begitu, Miera mengambil tindakan bijak dengan membuat permohonan maaf serta berharap peminat memberi peluang kepadanya supaya tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Miera yang berasal dari Johor Baharu berkata, niat dan tujuannya menceburi dunia lakonan bukan untuk mengejar populariti atau kontroversi seperti yang dilalui anak seni lain.

Sebaliknya, semangat dan minat terhadap bidang ini mendorong dia untuk terjun ke pentas lakonan.

Malah dia menganggap dunia seni tidak menjamin masa depan yang cerah. Justeru, dia bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang jika berpeluang.

Menyentuh tentang kariernya, dia telah berlakon dalam filem Apokalips, drama Luna Fantasiku, Kamelia Katrina dan terbaru, Jamilah, I Love You!.

Bercerita tentang penjagaan kecantikannya, Miera banyak berkongsi petua dengan ibunya. Misalnya, dia gemar makan buah-buahan sejak kecil untuk mengekalkan kulit yang cantik serta melakukan rawatan di pusat kecantikan bersama-sama ibunya.

"Saya dan mama selalu pergi spa dan membuat rawatan muka setiap dua kali sebulan. Kami pergi ke sana untuk menyegarkan badan supaya kembali tenang setelah sibuk dengan kerja di luar.

"Selepas melakukan rawatan, hati menjadi tenang sekali gus dapat mengelakkan daripada muka tumbuh jerawat akibat stres.

"Sejak kecil, mama mengajar saya makan banyak buah-buahan memandangkan saya tidak gemar makan sayur-sayuran dan tidak mengambil suplemen vitamin," katanya kepada OopStarz!.

Miera mengamalkan makan buah-buahan seperti tembikai susu, oren dan epal. Pada waktu pagi, kebiasaannya dia tidak mengambil sarapan. Jadi, Miera akan menggantikan dengan menikmati buah-buahan dan meminum jus oren.

Selepas makan tengah hari, sekali lagi dia akan mengambil buah-buahan sebagai pencuci mulut dan begitu juga pada waktu petang.

Selain itu, Miera sering ke gimnasium untuk melakukan senaman dan menyihatkan badan.

Memandangkan Miera tidak mengalami masalah kulit sensitif, dia tidak perlu berbelanja besar untuk membeli kosmetik atau produk kecantikan lain.




Lebih-lebih lagi, dia bukanlah seorang yang terlalu obses dengan kecantikan. Namun, bukan bermakna dia tidak mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

"Saya tidak mengamalkan petua tradisional seperti makan jamu. Tetapi saya gemar membeli produk kosmetik seperti Shu Uemura, MAC dan Christian Dior," katanya.

Bagi Miera, kecantikan merangkumi luaran dan dalaman diri seseorang. Bagaimanapun, dia selesa keluar rumah dengan mengenakan mekap tipis dan kadang kala langsung bersih tanpa mekap.

"Saya mula bersolek sejak berusia 13 tahun kerana teringin mencuba mekap setelah melihat mama bersolek.

"Pada mulanya saya rimas mengenakan mekap tetapi lama-kelamaan saya rasa wanita perlukan mekap untuk nampak lebih cantik dan terurus.

"Apabila bersolek, saya suka fokuskan kepada bahagian mata dengan memakai maskara yang agak tebal," ceritanya lagi.

tag : mmiera leyana kasmi, miera leyana myspace, gambar miera leyana, biodata miera leyana, miera leyana image, miera leyana blogspot, miera leyana photo, miera leyana facebook, youtube miera leyana, miera leyana hot