Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Akui selesa bersama ZizanSAAT ini, kelibat Natasha Liana Hudson, 29, sering kelihatan di di mana-mana majlis yang melibatkan Zizan Raja lawak atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abd. Razak . Terbaru, Natasha dikatakan membuat kemunculan pada siaran langsung program Maharaja Lawak di atas pelawaan pengurus Zizan, Marina Juki. Atas sebab itu, ramai yang membuat andaian yang sebenarnya Natasha dijemput Zizan sendiri ke program itu. Mereka juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dalam diam. Tiada halangan dan tiada sebab mengapa mereka tidak boleh bercinta. Natasha sudah menjanda hampir dua tahun manakala Zizan pula sehingga kini tiada hubungan istimewa dengan sesiapa. Berpeluang bersua empat mata dengan pelakon utama filem Chermin itu semasa majlis ramah mesra drama TV9, Bait Cinta yang bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 8.30 malam di Sri Pentas, Petaling Jaya baru-baru ini, peluang untuk mencungkil tentang khabar angin yang sedang hangat diperkatakan itu tidak dilepaskan begitu sahaja. Mengenakan blaus putih bercorak, dengan senyuman lebar pada wajahnya Natasha mengaku rapat dengan Zizan. Katanya, mereka rapat bukan kerana bercinta tetapi sekadar teman sahaja. "Saya dengan Zizan cuma kawan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu. Kami sering bersama di majlis-majlis disebabkan kami diuruskan oleh pengurus yang sama iaitu Marina Juki," katanya. Namun, ibu jelita kepada Neesa Helena, 3, itu juga mengaku yang dia begitu selesa berkawan dengan Zizan. "Sebagai seorang kawan saya lihat Zizan seorang yang berbakat besar. Dia tidak kisah apa yang orang kata. Dia juga seorang yang humble dan sering memberi saya nasihat," katanya mengenai Zizan tanpa berselindung. Ditebak dengan persoalan sampai bila dia ingin menjanda selepas perkahwinan keduanya gagal pada tahun 2009, Natasha yang mesra dipanggil Tasha memberitahu, fokusnya kini hanya kariernya sebagai pelakon dan menyanyi selain membesarkan anak perempuannya. Duit bukan masalah Ditanya tentang kriteria lelaki idaman, Tasha memberitahu, duit bukan menjadi kriteria utama untuk dia memilih lelaki. "Money not a big thing. Apa yang penting, dia hormat perempuan. Tasha akan tengok bagaimana dia layan mak dia. Dari situ, Tasha akan tahu lelaki itu orangnya bagaimana. "Saya juga suka pada lelaki yang berdikari, kerja keras, ada agama dan bertanggungjawab," katanya mengenai kriteria bakal suaminya itu nanti. Sentiasa tidak betah duduk diam. Pelakon kacukan Australia-Melayu ini masih mahu menggali bakatnya dalam bidang penulisan puisi yang memang sudah sebati dengan dirinya. Menurut Tasha, dia sememangnya minat menulis sejak di bangku sekolah lagi. Hanya kini, dia memberanikan diri menghasilkan dua buah buku yang turut mengandungi puisi serta cerita pendek mengenai kanak-kanak. "Saya telah menghasilkan dua buah buku iaitu My Heart My Soul My Passion dan Puisi Indah Si Pari-Pari. Menerusi buku My Heart My Soul My Passion, saya telah mengumpul puisi-puisi yang saya hasilkan sejak umur 12 tahun lagi. "Bagi Puisi Indah Si Pari-Pari pula, ia memuatkan puisi serta cerita pendek kanak-kanak," katanya yang meminati hasil penulisan Tim Burton, Dewi Lestari dan Pablo Ne ruda. BERKAWAN rapat dengan Zizan, pelakon ini menyenangi sikap rendah diri pelawak dan hos tersebut. Menyentuh mengenai penulisan Puisi Indah Si Pari-Pari, katanya, ia memuatkan 20 buah cerita dan puisi antaranya yang berjudul Kepadamu dan Ratuku. Kepadamu dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan Tasha terutamanya perjalanan hidup serta liku-liku ke hidupan yang dia sudah lalui. Tasha yang juga merupakan graduan jurusan Rekaan Grafik di Univesity Of Chicago itu kini sedang merangka puisi yang seterusnya. "Buat masa ini saya sedang menulis puisi yang berikutnya. Ia merupakan puisi yang merangkumi pelbagai perkara di sekeliling saya," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran telefilem dan drama iaitu Seindah Namamu, Bait Cinta, Antara Keju dan Belacan serta Cinta Celop-Celop. Penerima Anugerah Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin itu bersyukur kerana tawaran lakonan datang mencurah-curah. Selepas tamat penggambaran telefilem dan drama, kakak kepada pelakon Tania Hudson ini bakal ke lokasi penggambaran drama rantaian Hilang dan Deru Ombak serta filem Pintu Neraka. Ditebak sama ada dia berasa tercabar dengan kehadiran adiknya, Tania dalam industri hiburan, Tasha memberitahu, dia tidak langsung merasakan sedemikian. "Saya tidak rasa tercabar dengan kehadiran dia. Sebabnya, kami mempunyai karakter yang sangat berbeza. Dia lebih lembut manakala Tasha lebih agresif. "Watak-watak lakonannya juga lebih kepada remaja dan saya pula lebih sukakan watak-watak yang lebih mencabar," katanya mengulas mengenai Tania. Jika ku Ubah Dunia Biarpun ramai yang mengecamnya tidak boleh menyanyi, pelakon berbintang Virgo ini tetap meneruskan minatnya dalam nyanyian selain komited dalam bidang lakonan. Terbaru, dia bakal muncul dengan dengan tiga buah single lagu iaitu Jika Ku Ubah Dunia, Destiny Bersiri dan Selamanya. "Untuk lagu Jika Ku Ubah Dunia, saya akan berduet bersama Carleed Khaza daripada kumpulan Phlowtron, manakala lagu Selamanya pula saya akan berduet bersama kumpulan Phloetron dan juga Adib, Fabulous Cats," katanya mengenai lagu yang bakal dikeluarkan pada bulan Jun itu. Menyentuh mengenai single ketiganya pula, kata Tasha, ia merupakan lagu solo nyanyiannya yang berjudul Destiny Bersiri. Ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara kerjaya dan kehidupannya sebagai ibu, kata Tasha, dia akan sedaya upaya meluangkan masa bersama anaknya. "Kalau ada masa saya akan berkepit dengan dia sepanjang masa. Pernah juga saya bawa Neesa ke lokasi penggambaran tetapi kini tidak lagi. Saya tidak mahu dia rasa tidak selesa dan penat," katanya mengenai anak kesayanganya itu Neesa yang bakal menyambut ulang tahun ketiganya pada 4 Jun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Perginya seniwati Mahyon Ismail Posted: Perginya seniwati Mahyon IsmailOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
HILANG lagi sebutir bintang yang pernah menghiasi dunia seni suatu ketika dahulu, saat dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, 69, yang kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tengah hari, Jumaat lalu di Hospital Pakar Ampang Putri, Kuala Lumpur. Suatu ketika dahulu bukan sahaja bakat lakonannya berjaya menarik perhatian tetapi kejelitaannya juga berjaya memukau pelakon hebat Hussein Abu Hassan sehingga dia disunting menjadi isteri. Darah seni yang mengalir pekat dalam diri kedua artis ini diwarisi pula oleh tiga orang anaknya iaitu Faizal Hussein, 44, Fairuz Hussein, 46 dan Fadilla atau Dilla Hussein, 47. Menurut Dilla, kepergian ibunya itu tidak dijangka kerana tidak mempunyai sebarang masalah serius berhubung kesihatan kecuali menghidap penyakit kencing manis sejak 1999. "Cuma, dia ada mengalami demam panas dan batuk selama tiga minggu," kata Dilla yang kemudiannya membawa ibunya itu ke klinik sebelum doktor kemudiannya menyarankan ibunya itu dibawa ke hospital untuk rawatan susulan. Menyingkap kembali penglibatannya dalam dunia seni, seniwati yang mempunyai lima orang cucu ini mula dikenali menerusi filem Abu Nawas dan Tun Teja pada tahun 1961. Ketika itu dia hanya berperanan sebagai pelakon tambahan. Antara filem yang pernah membawa namanya ke puncak ialah Bunga Padi Berdaun Lalang (1975), Tiada Esok Bagimu (1978), Dia Ibuku (1980), Senja Merah (1982), Gila-Gila Remaja (1986) dan Pemburu Bayang (1991). Mengulas lanjut mengenai perjalanan seni Mahyon, dia meletakkan intipati gigih, sabar dan bersungguh dalam membina kerjaya seninya agar tidak pudar sinarnya biarpun dirinya semakin dimamah usia. Disebabkan itu, Allahyarhamah juga pernah ditawarkan berlakon filem-filem sekitar tahun 2000 dan 2002 iaitu filem Syukur 21 dan Cinta 200 Ela. Malah, Allahyarhamah baru sahaja selesai penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production minggu lepas. Bukan itu sahaja, pada era 1960-an, Allahyarhamah sempat berkongsi pentas seni bersama seniman agung Tan Sri P. Ramlee dalam filem Nasib Do Re Mi. Bakat lakonan Allahyarhamah juga melangkaui sempadan apabila terlibat dalam sebuah filem seram iaitu The Red Spells yang menjalani pengambaran di Sarawak. Filem itu merupakan keluaran penerbitan sebuah produksi Hong Kong. Sudah lumrah menjadi artis. Allahyarhamah juga pernah dilanda kontroversi apabila sebuah artikel berjudul Mahyon Naik Risau Hussein Kahwin Lagi menyebabkan mahligai indah yang dibina bersama suami tercinta bergolak seketika. Namun, Allahyarhamah yang sememangnya terkenal dengan diri yang bersifat tenang membiarkan sahaja gosip tersebut berlalu begitu sahaja. Kehadiran Allahyarhamah sedikit sebanyak memeriahkan industri hiburan tanah air suatu ketika dahulu. Sesungguhnya selepas kira-kira empat tahun selepas kepergian Hussein pada 26 November 2007 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain, akhirnya Mahyon pula menyusul dan suami isteri itu dikebumikan di tanah perkuburan yang sama di Taman Ibu Kota Muslim di Setapak, Kuala Lumpur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Zarine cium lelaki misteri
NAMPAKNYA gadis yang dikatakan begitu istimewa di hati Salman Khan rupa-rupanya ada teman lelaki lain. Ketika menyambut hari jadinya yang ke-23 di sebuah kelab malam di Mumbai minggu lalu, Zarine Khan dilihat cukup mesra dengan seorang tetamu yang tidak dikenali. "Zarine memasuki kelab malam tersebut sekitar pukul 1 pagi dengan rakan-rakannya. Abangnya juga turut bersama," ujar sumber kepada Mid Day. Tambah sumber: "Namun, Zarine dilihat cukup mesra dengan salah seorang pemuda yang datang bersamanya. Mereka saling bersentuhan dan kemudian saling bercium pipi antara satu sama lain. Lelaki misteri itu lebih rendah berbanding Zarine." Zarine dalam pada itu mengakui kesahihan laporan tersebut tetapi dia menafikan lelaki itu adalah teman lelakinya. Katanya: "Memang saya meraikan hari jadi saya di kelab malam tersebut pada minggu lalu. "Pemuda itu adalah rakan baik saya. Kenapa saya agak mesra dengan dia adalah kerana dia yang membuat kejutan majlis hari jadi untuk saya. Saya masih solo." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |