Zon Artis |
Zed Zaidi Akan Tamatkan Zaman Bujang, Kad Jemputan Seperti Facebook Posted: 21 Apr 2011 07:41 AM PDT Zed Zaidi yang mula kami kenali menerusi drama Sembilu suatu ketika dahulu akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi kerana dia akan bernikah dengan Natalia Mustafa Kamal pada 29 April ini. Menariknya, perkenalan Zed Zaidi dengan Natalia Mustafa bermula sebagai rakan Facebook. Kemudiannya 'melangkah setapak kehadapan' sebagai rakan perniagaan yang akhirnya menjadi pasangan kekasih. Dek kerana itu, kad jemputan kahwin yang dihantarkan kepada pihak media dan juga semua orang mungkin direka menyerupai Facebook sebagai lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya itu. Untuk info, majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional. Tahniah in advance kami ucapkan kepada Zed Zaidi kerana bakal menamatkan zaman bujang. Kami juga doakan agar semua yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar dan semoga semuanya baik-baik saja. Amin. + Diupdate oleh Encik One Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |