Adsense

Khamis, 21 April 2011

Sensasi

Sensasi


Harijadi Rita disambut dengan suaminya Aidil dan anak mereka Rayyan

Posted: 21 Apr 2011 01:07 PM PDT


Rita Rudaini yang kini sarat mengandung menyambut birthday bersama dengan suami dan anaknya Aidil dan Aidit Rayyan.
Walaupun sarat daam gambar nie tak nampak mcm sarat mengandung kan..mantain lawa je Rita nie..

Kat kek tertulis Happy birthday Mummy,Wav (love) Daddy & Rayyan..

so sweet ..


Gambar Justin Bieber dan Selena Gomez semasa tiba di KLIA

Posted: 21 Apr 2011 01:01 PM PDT



Justin Bieber bawak aweksnya Selena Gomez ke Malaysia untuk menjayakan Konsertnya disini.

Walaupun mereka dikawal ketat oleh security namun gambar mereka sempat disnap oleh photographer.

Kelihatan Justin Bieber memakai baju T-shirt hitam dan seluar jeans,manakala Selena Gomez pakai blouse longgar dengan jeans koyak2..

Mereka berpegangan tangan semasa berjalan..how sweet :)


Santai sebentar dengan Lawak Kampus -Komik

Posted: 21 Apr 2011 12:44 PM PDT

Asyik baca gossip dan tengok gambarr bosan jugak kan,sesekali kena la layan tengok komik,baru santai..Klik gambar untuk besarkan..




Kris Dayanti akui hamil 4 bulan setelah bernikah pada 20 Mac 2011

Posted: 21 Apr 2011 12:36 PM PDT

Kris Dayanti rupanya dah hamil 4 bulan walaupun baru bernikah beberapa minggu lepas.Tapi bagi Kris Dayanti dia sudah dewasa dan memang planning nak kahwin jadi takda apa masalah pun,ye laah before kahwin pun dia dah bercium mulut dikhalayak ramai.jadi Kris sangat open mided walaupun dia beragama Islam..isk2,nasib dia kat Indon sebab kat Indon bukan strict sangat.kalau dia kat Malaysia ,memang sure kene hentam teruk..Kat Malaysia kat rakyat prihatin :))


Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.

Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yuni Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu.

Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu,

"Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini," katanya.

Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.

"Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)," katanya.

Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.

Kad Kahwin Zed Zaidi Tema Facebook,kenal bakal Isteri melalui Facebook

Posted: 21 Apr 2011 12:28 PM PDT

Facebook,ada ke sapa-sapa yang tak tau apa facebook?skrg nie budak darjah 1 pun dah ada facebook.Banyak impak facebook nie ada baik dan buruk..Melalui Facebook juga kita dengar mcm2 gossip artis,gaduh la itu la ini...bercerai sebab facebook dan tak kurang yang berkahwin sebab berkenalan kat facebook...

Zad Zaidi berkenalan dengan isterinya Natalia Mustafa Kamal melalui laman sosial facebook,jadi untuk mengabadikan kenangan manis detik perkenalan kad kahwin dibuat tema facebook juga. Romantik dan kreatif ,dapat lah satu dunia tahu kau bercinta melalui facebook..

Semoga perkahwinan mereka bahagia dan kekal selamanya..

kad kahwin zed zaidi

kad kahwin zed zaidi

Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani,pegang tangan masa tengok wayang

Posted: 21 Apr 2011 12:17 PM PDT

Pergh,pengarah,penyayi,penerbit dan banyak lagi "pe" iaitu Yusry KRU kini hangat bercinta dengan Lisa Surihani katenyer....amboi2..bukan main lagi...

Dulu Yusry pernah dapat gelaran playboy taw..sebab selalu bertukar girlfriend,sebelum Yusry bercinta dengan Erra,dia pernah bercinta dengan Sasha saidin,wardina,Juliana Banos,dan ramai lagi,lepas tue masa dah kahwin dengan Erra,mereka dikatakan bercerai sebab kononnya si Yusry nie syok kat Fasha sandha time Fasha jai heroin filem cicakmkan arahannya.

Lepas tue gossip lain,Maya Karin,kilafaiy,ada banyak lagi,sensasi lupa plak nama dia,yang berlakon jangan tegur tue,sapa tah nama dia,oh ya Julia Ziegler...dan terbaru plak Lisa surihani..

Sebelum mereka dikatakan tgk wayang filem Seru sampai pegang2 tangan nie,Yusry pernah pergi menonton teater Lat dengan Lisa dan Ibunya,dan mereka sangat mesra okey..siap yusry bwk mereka naik satu kereta..Yusry bukan ke bwk Lamborgini?ahh org kaya mesti byk keta lagi..isk2

ehem..adakah kali nie Yusry betul bercinta dengan Lisa?dengan Maya pun pernah pegang tangan gak kan...haha...mcm2



Terbaru, SS dapat tahu, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula. Bukan SS sengaja buat cerita ini sebaliknya gosip ini disampaikan rakan SS sendiri yang melihat kemesraan dua pelakon popular ini ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.

Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.

Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.

Yusri dan Maya Karin pernah keluar bersama menonton wayang bersama

Lelaki boleh repair ape saje... betol ke?

Posted: 20 Apr 2011 11:52 PM PDT

A lot of good ideas....... Men can really fix anything...
Wait for the last one to be really zapped....





Don 't have a spoon?
I can fix that!

Seatbelt broken?
I can fix that!
New TV too big for the old cabinet?
I can fix that!

Electrical problem?
I can fix that!

Car stereo stolen?
I can fix that!
Bookshelf cracking under the weight?
I can fix that!

Electric stove broken & can't heat coffee?
I fixed that.
Can't afford a real GPS?
I can fix that!

Gotta feed the baby AND do the laundry?
I can fix that!
I actually think this one's ingenious.

Out of diapers? I can fix that! X-rated !

Speechless!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Joke: Harta pusaka nenek

Posted: 20 Apr 2011 11:39 PM PDT

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk
berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung
mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik
kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong
jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana
kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"