Celebrity News |
- Justin Bieber dan Selena Gomez tiba di KL Hari ini
- Percintaan Facebook Zed Zaidi Sampai Ke Jinjang Pelamin
- Cerita Lawak : Kisah Haji Kaya Kedekut
- Cerita Lawak : Kisah Usin Dan Keluarga Barunya !!
- Cerita Lawak : Kisan Ayah Dan Anak Kembar
- Watak Seksi Dan Dialog Berbaur Seks Dalam Filem 'Abu Ya'
- Gossip Yusry Bercinta Dengan Lisa Surihani !!?
Justin Bieber dan Selena Gomez tiba di KL Hari ini Posted: 20 Apr 2011 09:06 AM PDT Kepada peminat Justin Bieber diluar sana berita baik untuk anda kerana beliau dijangkakan akan sampai di KLIA pada hari ini ( Khamis ) pada pukul 2.30 petang. Kalau free pergi lah KLIA dan jangan lupa share dengan ZoOM dan pembaca di ZoOMartis yer. Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini. Dan Harga tiket Konsert : RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual. OPS dah habis...Sorry...!! Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Percintaan Facebook Zed Zaidi Sampai Ke Jinjang Pelamin Posted: 20 Apr 2011 09:01 AM PDT Alhamdulillah kahwin juga kawan Internet ( mIRC ) aku ni, untuk pengetahuan anda masa zaman mIRC dulu ZoOM sering berhubung dengan Zed Zaidi ni. Maklum sahajalah masa tu belum ada portal yang bernama Facebook, Myspace dan Friendster. Masa ni tersenyum juga ZoOm bila terbaca news hari ini yang mengatakan Zed nak berkahwin. Kad Kahwin Ala Facebook Tidak hairanlah jika beliau bertemu jodoh dengan bakal isteri dalam dunia maya sebab setahu ZoOM Zed memang suka duduk surf depan pc/laptop/netbok dll especially kalau bersembang dengan kawan-kawan. Dia ni memang tak kisah nak berkawan dengan siapa, but last jumpa di masa buat Gath di rumah Owner website JIWANG di Seremban. ( Teringat Zaman muda-muda dulu ) OK lah kita lupakan zaman ZoOM dulu sebab kita nak share cerita Zed dengan bakal isteri beliau ni. Untuk pengetahuan anda majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa dan majlis diadakan di Dewan perdana Felda jalan Semarak KL kot. Dan berikut serba sedikit cerita Zed Mengenai bakal isteri beliau yang bernama Natalia Mustafa Kamal : Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta. "Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya," katanya. ZoOM : Dengar khabar nak buka restoran makanan...ZoOM nak redah la...nak juga tengok bini kawan lama ni ..:) Apa lagi Komen la lepas baca !!!! :) Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Cerita Lawak : Kisah Haji Kaya Kedekut Posted: 19 Apr 2011 11:23 PM PDT Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dandisahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...." "Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Cerita Lawak : Kisah Usin Dan Keluarga Barunya !! Posted: 19 Apr 2011 10:02 PM PDT "Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian. Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG....... Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Cerita Lawak : Kisan Ayah Dan Anak Kembar Posted: 19 Apr 2011 09:56 PM PDT Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka… Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!" "Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang. "Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira. Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?" Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven." Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Watak Seksi Dan Dialog Berbaur Seks Dalam Filem 'Abu Ya' Posted: 19 Apr 2011 07:54 PM PDT Terkejut juga bila ZoOm terbaca tajuk dalam akhbar online Mstar hari ini yang bercerita mengenai Filem 'Abu Ya' arahan Imran Ismail yang akan ditayangkan pada November tahun ini. Namun adegan seksi dan berbaur seks dalam filem ini menjadi tanda tanya jika disalah tafsirkan. Dan berikut "Statement" Pengarah filem ini mengenai gossip ini : "Kekuatan filem ini terhadap kata bualnya dan bukan kepada elemen seksi yang ditonjolkan. Dan serba sedikit info mengenai Filem 'Abu Ya' : Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam. Ia menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya (lakonan Faizal Hussein) mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu. Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka. Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin. ZoOM : Huh...seksinya Jue dan pelakon baru tu ( Tak tau Nama ), berkemban...sure curlast and menjadi gossip !!! Apa Kata Anda ? Komenlah yerrrr !! Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Gossip Yusry Bercinta Dengan Lisa Surihani !!? Posted: 19 Apr 2011 06:54 PM PDT Cerita Yusry dengan pelakon jelita semakin menjadi perhatian pengemar gossip diluar sana untuk diperkatakan dalam alam maya mahupun nyata. Jika sebelum ini beliau pernah digossipkan dengan pelakon jelita Maya Karin malahan beliau juga dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon Seksi Kilafairy yakni anak Rohana Jalil. Dan terbaru Yusry dikatakan mempunyai hubungan teman tapi mesra ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini. Kalau nak tau baca je kat bawah ni : Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya. Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta. Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air. Info : Soseh-Soseh !! Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |