Adsense

Rabu, 20 April 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Rasukan Seru

Posted: 19 Apr 2011 04:35 PM PDT

Hip

pix_gal0
Sharnaaz, Khatijah hampir hilang akal gara-gara filem yang sarat dengan aksi dan seram

JANGAN diseru atau dipanggil dengan menyebut perkataan aneh di tempat yang tidak diketahui asal usulnya. Itulah pesanan orang tua kita. Tersilap seru, sama sengaja atau tidak, memungkinkan, ada sesuatu akan mendatangi kita dalam keadaan tidak disangka-sangka dan lebih buruk mengganggu kehidupan.

Demikianlah antara yang dipaparkan dalam filem Seru arahan Piere Andre dan Wong Min Jin yang menampilkan dua bakat baru, Sharnaaz Ahmad dan Khatijah Abdul Ghani. Filem seram dan penuh aksi juga sarat dengan detik mencemaskan membabitkan lakonan mereka. Sesungguhnya menyeru kebesaran nama Illahi adalah lebih baik.

Sorokkan perasaan takut

MEMBAWAKAN watak jurukamera sememangnya idaman Sharnaaz Ahmad yang meminati tugas belakang tabir namun ia tidak semudah disangkakan apabila hampir keseluruhan adegan, kamera harus sentiasa dalam genggaman tangannya.

Filem Seru yang juga penampilan pertama bakat berusia 26 tahun itu di layar perak adalah percaturan yang menguji sejauh mana kemampuan Sharnaaz bermain dengan emosi sekali pun perwatakannya hanya diterjemah di belakang kamera.
Lebih mengujakan apabila dia bekerja di bawah dua pengarah muda, Woo Ming Jin dan Pierre Andre yang disifatkan bijak memperhalusi setiap karektor serta mengambil sudut terbaik bagi menghidupkan keseluruhan plot ceritanya.

"Saya pernah bekerja dengan Ming Jin sebelum ini manakala dengan Pierre baru pertama kali. Kedua-duanya punya pendekatan berbeza tetapi masing-masing memberi kebebasan kepada pelakon menggarap karektor sendiri hingga sampai kepada tahap yang diingini.

"Saya sendiri sukar menyerlahkan karektor Jeff yang perlu merakamkan segala situasi termasuk kejadian histeria namun hasil perbincangan serta bimbingan mereka, setiap babak mampu dilaksanakan sebaiknya," katanya yang turut mengalami kecederaan kecil ketika penggambaran filem itu.

Katanya, luka mahu pun kecederaan ada kalanya lumrah bagi pelakon yang sudah biasa membawakan adegan lasak namun kebiasaannya ia berlaku disebabkan terlampau menghayati watak dan situasi atau kesilapan yang tidak disengajakan.

"Dalam Seru ada adegan saya berlawan dengan rakan yang sudah dirasuk. Memang untuk mendapatkan mood kita perlu menumbuk betul-betul, cuma dengan impak sederhana. Sebelum babak bermula, kami juga berlatih. Walau lebam dan luka, saya berpuashati," katanya.

Filem Seru berkisar situasi yang dihadapi sekumpulan produksi filem yang berdepan kejadian menakutkan ketika menjalani penggambaran di pinggir hutan apabila ada dikalangan krew histeria, hilang dan akhirnya berlaku kejadian pembunuhan.

Sharnaaz yang membawakan watak Jeff diminta penerbit lakonan Khatija untuk merakamkan segala kejadian yang berlaku dengan harapan penggambaran kejadian kisah benar itu dapat dijual kepada khalayak biar menyedari bahaya menanti mereka.

Mengimbas penggambaran yang dilakukan di kawasan hutan sekitar Hulu Langat pada Ogos lalu, Sharnaaz menyembunyikan perasaan takut sekali pun kebanyakan masa adalah pada waktu malam kerana ketika itu bulan puasa.

Ketelitian serta semangat kerjasama yang jitu dengan seluruh pasukan membuatkan filem itu dapat diselesaikan dalam tempoh 20 hari tetapi sebelum ke lokasi, pelakon dikumpulkan bagi mendalami watak dan perwatakan setiap karektor.

"Memang kalau melihat lokasi dan waktu penggambaran, ia menakutkan tetapi syukur tiada sebarang kejadian pelik berlaku. Lagi pun waktu itu bulan puasa, jadi nampaknya misi menyelesaikan filem yang sarat dengan kejutan ini dapat diselesaikan dalam waktu singkat.

"Saya sendiri kagum melihat seluruh tenaga filem ini bekerja. Bagi saya, watak Jeff cukup dekat dengan Pengarah Fotografi yang begitu berpengalaman, Hazla Kamaruddin.

"Dia tenang tetapi kreatif membuatkan saya hanya perlu menjadikannya contoh bagi menyerlahkan karektor Jeff," katanya lagi.

Biar sudah membintangi hampir 20 drama dan telefilem hanya dalam tempoh setahun berkecimpung di industri seni, Seru dikatakan membuka dimensi baru terhadap kerja lakonannya malah tanpa berselindung dia mengakui hampir mati punca apabila diminta membawakan satu babak yang dirasakan cukup mencabar.

"Itu adalah babak pengakhiran Seru di mana Jeff meluahkan sesuatu di hadapan kameranya. Sambil membuat rayuan terakhir, dia diminta menitiskan air mata-sesuatu yang awalnya agak sukar dipenuhi hingga saya terpaksa mengambil masa 15 minit untuk mendapatkan mood.

"Menangis tidak sukar tetapi diminta menitiskan air mata di saat mengucapkan selamat tinggal dan serentak kamera dipadam sungguh sukar. Hampir lima botol air mineral saya habiskan untuk mencuci muka selain bermonolog sendiri," tutur anak jati Pulau Mutiara itu.

Bersemangat jadi anak seni

Sama seperti rakan seperjuangan, Khatija atau nama sebenar Khatijah Abd Ghani yang sebelum ini terbabit dalam kerja produksi hampir sedekad menganggap watak Lina yang hanya melihat sudut komersil berbanding keselamatan diri antara pencetus kronologi situasi mencemaskan.

Dia yang pernah membawakan watak sampingan dalam Mami Jarum Junior, filem Seru dianggap kisah unik kerana ia umpama filem dalam filem manakala pendekatan seperti Blair Witch Project membuatkan penonton berasa seperti sebahagian daripada kumpulan itu.

"Bukan meniru sebaliknya ia pendekatan yang penuh dengan tegang dan drama yang pernah dicuba pelbagai penerbitan lain. Selaku individu yang pernah bekerja di belakang tabir, saya nampak plot pengisahannya cukup menarik dan setiap karektor punya cerita tersendiri.

"Pembabitan saya dalam Seru juga sebagai medan untuk menonjolkan kebolehan apatah lagi ini antara peranan besar malah saya anggap ia rezeki anak, Ezra Yusof yang lahir tiga bulan sebelum saya menjalani penggambaran ini," kata ibu tunggal itu.

Tidak hairan, demi minat Khatija yang punya kelebihan menulis skrip program TV dan drama, juga sanggup meninggalkan kerusi empuk di sebuah syarikat pengiklanan dan terjun semula ke dunia produksi sejak 2004 sekali pun cabaran terbentang luas.

"Memang tidak mudah bergelar anak seni. Lebih sedekad saya aktif di belakang tabir dan kemudian di atas permintaan keluarga, saya bekerja di sebuah syarikat. Kini demi kepuasan diri saya berlakon, bermula di Skop Productions hinggalah ditawarkan memegang peranan sebagai Lina dalam filem Seru," katanya.

Jujur akui wanita kelahiran Taiping, Perak itu, percubaan menghadiri sesi uji bakat adalah sekadar untuk mencuba jika terdapat watak bersesuaian namun tidak menyangka produksi menaruh sepenuh kepercayaan terhadapnya menghidupkan watak penerbit.

"Boleh dikatakan saya seperti orang baru di lokasi kerana sudah lama tidak berlakon. Namun semangat kerja berpasukan, skrip yanh bagus serta dua pengarah hebat membuatkan Seru dapat diselesaikan dengan sentuhan terperinci.

"Saya sendiri tidak sabar melihat hasilnya. Ia bukan hanya memaparkan kerakusan manusia malah menyingkap keperibadian insan sama ada sikap negatif mahu pun positif. Saya sendiri terkesan dengan plot yang ditonjolkan," katanya yang baru menyiapkan skrip bagi drama RTM, Yang Tulus.

Sinopsis Seru:

Mengisahkan sebuah produksi yang sedang membuat penggambaran di sebuah perkampungan. Pelbagai kejadian aneh dan histeria berlaku bermula dengan penolong pengarah, Sari yang seakan-akan dirasuk manakala juru solek, Julia pula menjerit dan terus menghilangkan diri menuju hutan.

Juru kamera, Sham dan Tony diarahkan mencari Julia manakala pengarahnya, Sam menghentikan penggambaran dan meminta semua krew pulang ke rumah tumpangan.

Penerbit , Lina meminta Sari dihantar ke hospital namun selepas Sari pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku. Situasi yang tidak terkawal itu sebenarnya disebabkan perbuatan sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Krew penggambaran itu terutama Sari dijadikan medium untuk mendapatkan kembali anak dan cucu mereka.

Pelakon: Sharnaaz, Khatija, Cut Mutia, Azman Hassan, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre, Qhaud, Dazrin, Murshid, Nabila, Nursyarifatun, Dewa Sapri, Mona Majid, Nisha Dirr, Along, Sufian.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawablah! Mana ada bermusuhan

Posted: 19 Apr 2011 04:23 PM PDT

Hip

Iqram dan Arja Lee (gambar kecil).

Iqram dan Arja Lee (gambar kecil).

DALAM ruangan Jeling Kak Pora akhbar BIPOP keluaran dua minggu lalu, ada menceritakan kisah dua pelakon iaitu Iqram Dinzly dan Arja Lee didakwa bermusuhan apabila Iqram dikatakan menyambut sambil lewa salam yang dihulurkan pelakon filem ...Dalam Botol itu ketika kedua-duanya menghadiri acara pasca parti Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010).

Bukan saja bersikap endah tak endah terhadap salam yang dihulurkan tetapi Iqram juga dikatakan sempat 'buat muka' ke arah Arja seolah-olah menyampah benar dengan pelakon itu.

Menurut artikel itu lagi, selepas diselidik, Iqram bertindak demikian kerana iri hati apabila Arja berjaya mendapat watak utama filem arahan Khir Rahman walhal dia juga turut menghadiri sesi uji bakat itu. Tentunya tercalar ego Iqram apabila pelakon baru seperti Arja dipilih berbanding dirinya yang dirasakan lebih lama dalam bidang lakonan serta pernah membawakan watak yang cukup meninggalkan kesan di hati penonton menerusi drama bersiri Ayoub. Bagaimanapun, ketika ditanyakan kepada si empunya diri benarkah bersikap tidak matang seperti itu, Iqram menjawab pertanyaan itu dengan ketawa memanjang.

Sambil menafikan dia berkelakuan begitu, Iqram menegaskan antara dia dan Arja tidak pernah bermusuhan sebagaimana yang didakwa. Malah sekecil zarah pun dia tidak pernah merasa cemburu dengan kejayaan Arja membawakan watak Ruby dalam ...Dalam Botol.

Menganggap perkara ini sebagai remeh dan tidak mahu ia diperbesarkan, Iqram meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada di antara mereka terasa dengan perbuatannya, sama ada sedar ataupun tidak serta mengharapkan perkara ini tidak terus diperkatakan kerana realitinya ia memang tidak pernah berlaku.

Hip: Iqram dikatakan bermusuhan dengan Arja apabila menyambut salam pelakon itu dengan sambil lewa serta sempat memberi jelingan tajam. Boleh ulas sikit?
Iqram:
Saya ada terbaca cerita itu disiarkan dalam ruangan Jeling Kak Pora. Itupun selepas ibu saya bertanya perkara itu. Sebenarnya apa yang berlaku tidaklah seperti yang diceritakan di dalam ruangan itu. Memang Arja ada berjumpa dengan saya, tetapi ketika itu saya dan beberapa rakan lain sedang menari. Jadi ketika dia menghulurkan salam, saya sambut saja. Tapi tak adalah beriya-iya sangat kerana memang menjadi sifat saya bila saya sedang melakukan sesuatu tak kira ketika bekerja ataupun berhibur, saya memang fokus. Saya tak suka gangguan dan mungkin ada yang ternampak situasi itu berlaku. Jadi mereka membuat tanggapan yang saya seperti tidak mahu melayan Arja disebabkan cemburu apabila Arja mendapat tawaran berlakon dalam filem ...Dalam Botol, walhal perkara itu tidak ada kaitan sama sekali.

Hip: Tapi artikel itu mendakwa selepas diselidik, punca sebenar kejadian itu adalah disebabkan Iqram kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan watak Ruby.

Iqram: Bagaimana boleh keluar kenyataan seperti itu? Sebagai pelakon dan belajar mengenai seni lakon, saya faham makna uji bakat. Saya akui ada menghadiri sesi uji bakat itu tetapi kalau sudah namanya tiada rezeki, buat apa nak marah. Itu sudah menjadi rezekinya dan tak perlulah sampai nak bermasam muka. Pada saya perkara ini adalah sangat remeh dan tak perlu diperbesarkan. Bagaimanapun, pada anggapan saya, jika perkara ini tersebar pun, besar kemungkinan Arja sendiri yang membuat kesimpulan sedemikian. Bagi saya, Arja kawan lama saya dan kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Jadi tak perlulah saya nak bersikap tidak matang seperti itu.

Hip: Saat membaca gosip itu, apa yang terlintas di fikiran Iqram?

Iqram: Bila saya baca saja ruangan itu, saya tergelak. Rasa kelakar apabila ada yang mengaitkan perkara itu dengan isu tak dapat berlakon filem ...Dalam Botol. Sejujurnya, selepas menghadiri sesi uji bakat itu, saya bertanya kepada ayah. Dia (ayah) terus mengatakan sebenarnya tidak suka saya membawakan watak sebegitu dan meminta saya supaya tidak berlakon dalam ... Dalam Botol kerana tidak mahu perkara itu mengheret saya dalam kontroversi. Bagaimanapun, sebagai pelakon, saya menyangkal tanggapan ayah atas alasan seorang pelakon perlu serba boleh dan boleh membawakan watak antagonis (jahat) dan protagonis (baik). Namun rezeki tidak berpihak kepada saya dan saya redha atas apa yang berlaku.

Hip: Apabila kutipan ...Dalam Botol tidak seperti yang diharapkan, apakah Iqram bersyukur kerana tidak membawakan watak Ruby?

Iqram: Ish! Saya tak adalah berfikiran sehingga ke situ. Kalau ditakdirkan saya berlakon dalam filem itu dan kutipan yang diterima tidak semeriah yang diharapkan, saya terima saja. Sebagai pelakon, saya teringin melakonkan watak yang benar-benar mencabar seperti watak Ruby. Ada beberapa pihak menghubungi saya dan minta mengulas filem itu tetapi biarlah apa saja komen mengenainya saya simpan untuk seorang saja.

Hip: Bagaimana Iqram melihat kualiti lakonan sendiri selepas enam tahun dalam industri?

Iqram: Alhamdulilah, selepas enam tahun bergiat cergas dalam bidang ini, saya terus mendapat kepercayaan membawakan pelbagai watak dan rezeki tidak putus. Kalau berehat pun hanya seminggu dan selepas itu terus sambung shooting. Apa yang boleh katakan, apabila berlakon saya menghayati watak itu betul-betul. Malah ada ketika saya terbawa-bawa sesuatu karakter sehingga di luar lokasi. Disebabkan itulah kalau bawa watak jahat, saya tak akan keluar rumah, lebih rela berkurung kerana tidak mahu kawan-kawan terasa kerana apa yang saya lakukan nanti, sama dengan watak yang dibawa dalam filem atau TV. Begitu juga kalau bawa watak orang baik, contohnya watak ustaz dalam drama bersiri Ayoub, saya tak keluar rumah dan tak pergi berhibur dengan kawan-kawan. Perkara itu berlaku bukan dibuat-buat tetapi semula jadi. Saya tak selesa jika masih dalam karakter ustaz tapi berkunjung ke pusat hiburan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.