Adsense

Selasa, 8 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Tiz Zaqyah Di Zaman Sekolah Tanpa Secalit Mekap

Posted: 08 Mar 2011 06:48 PM PST

Memang wajah Tiz Zaqyah ni jenis natural beauty. Lihat sahaja gambarnya di zaman sekolah, Tiz Zaqyah mengekalkan kecantikannya tanpa secalit mekap. Bekas pelajar Sekolah Menengah Subang Jaya ini memang tidak disangka berjaya mencipta nama dalam industri hiburan. Rasanya, kawan-kawannya mesti kembang hidung dapat bergambar dengan Tiz ketika di zaman baju putih, kain biru itu.

Layankan beberapa keping spyshot Tiz Zaqyah selepas ini. Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Review Filem Cun : Maya Karin & Remy Ishak Couple Of The Year!

Posted: 08 Mar 2011 09:25 AM PST

Filem Cun, a must watch film for this year! Aha, bukan senang kami nak lafazkan kata-kata pujian seperti ini. Biasa'lah, rata-rata tahu kenakalan kami dalam sound tepek selebriti atau pun filem. Namun, sekali lagi kami nak cakap, kau memang kena tonton filem Cun.

Daripada 5 bintang, kami berikan 4.5 bintang kepada pengarah, pelakon serta krew-krew produksi. Apa yang ada dalam 4.5 bintang, akan kami dedahkan selepas ini. Sebelum itu, kami nak cakap yang kami ni bukan'lah mahir sangat dalam sudut teknikal filem. Kami macam anda, penonton biasa. So, anggap sahaja review kali ini daripada mata otak penonton biasa.

Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).

Jalan cerita filem Cun agak stereotaip, but that's why people enjoy watching them! Luna, merupakan seorang selebriti popular telah lari daripada hiruk pikuk kota ke sebuah kampung di pedalaman Kedah bersama pembantu peribadinya, Tom. Luna menemui jejaka kampung, Atan & berlakulah kisah suka duka di antara mereka. Voila, mereka bercinta. Pendek kan sinopsis kami? Okay, jangan marah, baca sinopsis penuh filem cun.

Sweet, sangat sweet. Bayangkan jejaka kampung bercinta dengan gadis bandar. Remy Ishak & Maya Karin berjaya membawa watak masing-masing sebagai pasangan yang datang daripada 2 dunia berbeza, tapi telah menjumpai persamaan di antara mereka. Lakonan berkesan terutama babak dalam parit air, apabila Maya Karin tertusuk duri ikan keli. Remy Ishak kemudiannya mengambil jari Maya Karin & menyedut bisa ikan keli tersebut. Apa lagi, tak keruan penonton dibuatnya. Sweet sangat!

Kami paling tabik spring pada Kartina Aziz yang membawa watak Tok Chah. Serius, apabila tiba babak sedih, Kartina Aziz membawa watak tersebut dengan penuh emosi. Timbul juga rasa sebak dalam hati, eh ada taman dalam hati pula. Sebagai seorang nenek, Tok Chah banyak memberikan nasihat kepada Atan supaya merebut cinta Luna dengan bersikap lebih gentleman.

Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai abang yang sulung mengetuai keluarga dengan bekerja sebagai petani. Bersikap tegas, namun ada lembutnya. Walau bagaimanapun, Atan seorang yang selalu cakap lepas, namun dia cepat reda. Sikap tanggungjawab Atan dapat dilihat apabila Manis, adik kepada Atan menghilangkan diri kerana dimarahi oleh Atan. Atan cuba mencari Manis, malah meluahkan rasa kasih sayangnya kepada adiknya di tepi parit air. Mujurlah, Luna tahu tempat persembunyian Manis.

Satu lagi pelakon yang berjaya menjiwai watak ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, dia merupakan gadis yang agak kasar, selalu bertelagah pendapat dengan Atan. Kami mendapati, Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan suasana para penduduk di Kedah.

Ya, watak sampingan Bedah Tonggek & Eton Gebu agak klise. Kedua-dua wanita ini kami gelarkan sebagai ahli mesyuarat tingkap. Sangat busybody & suka menjaga tepi kain orang lain, kedua-dua watak ini amat menyukai Atan. Tetapi, kehadiran Luna yang super gorgeous telah mengugat reputasi mereka.

Disebalik nilai positif yang ditonjolkan dalam Cun, kami agak terganggu dengan kehadiran produk-produk penaja yang ditayangkan berulang-ulang kali. Kalau tak silap kiraan, kami perasan lebih kurang 9 kali produk-produk penaja ditonjolkan. Sebab itu, setiap kali produk penaja muncul, riuh dewan tayangan. Memang boleh dimaafkan, tapi serius terganggu.

Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar.

Layankan koleksi gambar-gambar di sebalik tabir filem Cun selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.