Adsense

Selasa, 8 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Nafi semakin besar kepala

Posted:

Nafi semakin besar kepala

Nafi semakin besar kepala



SELEPAS kejayaannya menjulang trofi juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) beberapa bulan lepas, pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali mengakui rezekinya bertambah, selain mula dikenali sebagai komposer dan pemuzik.

Namun di sebalik gelaran juara AJL 25 yang disandangnya itu, terselit kisah-kisah negatif antaranya yang mendakwa figura yang lebih mesra dipanggil Ana itu sudah semakin besar kepala dan tidak berdisiplin.

Membidas kontroversi tersebut, gadis berumur 25 tahun ini menjelaskan bahawa sebagai seorang insan yang bergelar artis, dirinya pasti tidak akan pernah lekang dengan kontroversi sebegitu.

Pendapat dirinya mengatakan, sesiapa sahaja mampu menulis dalam Internet atau bercakap tentang dirinya.

Namun, ia perlu berbalik kepada sumber yang mengolah perkara tersebut untuk memastikan kesahihan di dalam setiap perkara yang diperkatakan.

"Bagi yang benar-benar mengenali diri Ana, setakat ini mereka tidak berkata apa-apa pun.

"Ini kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang besar dan punyai ramai adik-beradik, jadi kami saling mengingatkan masing-masing jika ada yang tidak kena," jelas Ana yang merupakan anak kesembilan dari 11 orang adik-beradik.

Tambahnya, nasihat ibunya sentiasa dipegang demi menjaga diri daripada melakukan kesalahan yang dapat menyinggung mana-mana pihak.

"Ibu saya memang sering mengingatkan dan memberi nasihat kepada saya supaya sering hormati orang lain.Jika kita buat salah, kita harus minta maaf di atas kesalahan yang dilakukan dan saya memang sentiasa pegang kepada kata-kata ibu saya itu," ujar anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini.

Sebagai seorang artis baru, mungkin tidak semua yang meminati gadis yang sering tampil berbaju kurung ini. Peristiwa yang dialami impak AJL 25 itu dijadikan rencah di dalam kehidupannya untuk menapak di dalam industri hiburan tempatan.

"Impak itu berlaku hanya di dalam masa lebih kurang seminggu dan selepas itu keadaan menjadi seperti biasa semula.

"Saya juga faham, bila kita menyokong mana-mana artis kegemaran kita untuk menang, apabila dia tidak menang, mesti kita ada sedikit rasa tidak puas hati," katanya yang menyifatkan kemenangannya itu sebagai rezeki yang diberi oleh Tuhan dan tiada siapa dapat mengubahnya.


ANA RAFFALI tidak pasti sampai bilakah dia akan kekal dengan imej baju kebaya yang cukup sinonim dengan penampilan dirinya selama ini.


Bicaranya lagi, kadangkala, situasi yang dilalui seseorang akan membuatkan mereka dilihat berada di dalam keadaan yang mungkin sebagai melakukan kesalahan.

Ana menegaskan, selagi orang ramai tidak memberi ruang di dalam hati mereka untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan rapat, selagi itu juga mereka akan bertanggapan yang tidak baik mengenai dirinya.

"Bak kata orang, tidak kenal, maka tidak cinta. Begitulah juga situasinya dengan apa yang berlaku ke atas diri saya ini," tutur graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Didekati peminat

Bagi diri Ana, minat atau tidak adalah perkara subjektif yang perlu dilalui dan diterima kerana masyarakat berhak berikan pandangan masing-masing.

"Sebagai seorang insan, Ana hargai pendapat-pendapat yang dapat memperbaiki diri Ana dan Ana terima segalanya sebagai pembakar semangat untuk berusaha sehabis baik," ungkapnya.

Ungkapnya, pembabitannya dalam industri muzik tanah air adalah dengan membawa satu harapan besar iaitu untuk memberi sumbangan kepada industri dengan menghasilkan karya-karya yang baik.

"Harapan saya besar tetapi kita tidak akan tahu apa akan terjadi di masa-masa akan datang.

"Cuma apa yang mampu dibuat, hanyalah berdoa dan berusaha sebaik mungkin," ujar Ana yang manis tampil memakai baju kurung moden dan kebaya tajaan Salikin Sidek.

Memanjat kesyukuran terhadap rezeki yang dikurniakan kepadanya, Ana mengakui kemenangannya itu membuatkan dirinya makin dikenali sebagai penulis lirik dan penggubah lagu.

Perkara ini jelas kelihatan apabila Ana tampil membuat persembahan di kawasan luar bandar, ramai peminat yang memberi kata-kata semangat kepada empunya diri.

"Bila membuat show di luar Kuala Lumpur atau luar bandar ramai juga adik-adik dan mak cik-mak cik yang mendekati saya dan katakan mereka minat dengan lagu Tolong Ingatkan Aku.

"Mereka juga turut memberi kata-kata semangat kepada saya seperti, pedulikan apa yang orang kata, Ana buat yang terbaik," jelasnya yang mana perkara sebegini dapat menangkis segala elemen negatif yang menyelubungi diri selama ini.

Calon penyanyi popular


ANA sudah diasuh dari kecil supaya sentiasa menghormati dan tidak menyinggung orang lain.


Apabila menyebut nama Ana Raffali, pastinya peminat sudah arif dengan imej berbaju kurung atau kebaya setiap kali tampil membuat persembahan pentas.

Persoalannya, sampai bila imej tersebut akan dikekalkan oleh Ana atau mungkin juga Ana mahu mengubah penampilan di masa akan datang?

Memberi jawapan kepada persoalan tersebut, Ana mengatakan bahawa buat masa ini, dia selesa dengan imej begitu.

"Agak sukar hendak huraikan sebenarnya kenapa kita suka kepada satu perkara. Tetapi mungkin Ana sukakan imej ini kerana ia kelihatan sopan, cantik serta selesa.

"Sampai bila, saya pun tidak pasti kerana selagi saya tidak jumpa jenis pakaian yang dapat menggantikan keselesaan berbaju tradisional ini, maka selagi itulah saya akan berimej begini," kata Ana yang kini sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Sehabis Baik, yang mana lirik dan lagunya digubah sendiri.

Biarlah apa jua cerita negatif yang dilemparkan kepada Ana namun ia tidak menghalangnya dari tercalon menerusi tiga kategori Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) menjadikan dia antara artis yang menerima pencalonan terbanyak selain pelakon dan hos Raja Azura.

Tiga kategori tersebut adalah Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo/Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

"Saya memang tidak sangka dapat tercalon di dalam kategori penyanyi popular. Mungkin kerana Datuk Siti Nurhaliza tarik diri, jadi mungkin ruang itu menjadi rezeki saya tercalon bagi kategori ini," ujarnya lagi.

Selain rasa bersyukur dan terkejut, Ana juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana sentiasa memberi peluang kepadanya.

Menganggap dirinya masih mentah di dalam industri hiburan tempatan, Ana tidak mengharapkan kemenangan. Namun bagi Ana, tidak salah uk dia mempunyai angan menggapai kejayaan sebesar itu.

"Konsep ABP tidak sama seperti AJL. Ia 100 peratus berdasarkan populariti artis yang tercalon. Oleh itu, sekali lagi saya merasakan ia terserah kepada rezeki seseorang," ujar Ana sambil mengukir senyuman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eksperimen Arvinder Ji

Posted:

Eksperimen Arvinder Ji

Eksperimen Arvinder Ji

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN


ARVINDER JI menaruh harapan yang tinggi terhadap album sulungnya ini.


"HEY Waley...Waley...Hey Waley" teriakan nyaring dan kelantangan lagu berjudul Hey Waley itu begitu menguasai jiwa kebanyakan pencinta muzik tempatan terutama golongan muda suatu ketika dahulu.

Namun peliknya, pemilik vokal lagu rancak bergema itu tidak pula popular berbanding lagu tersebut.

Arvinder Singh Raina, 40, atau mesra dipanggil Arvinder Ji sungguhpun diklasifikasikan sebagai artis baru yang semakin mencipta nama dalam industri muzik tempatan, namun kehadirannya dalam industri ini dijangka mampu membawa impak yang berlanjutan.

Lelaki tinggi lampai itu tampil serba hitam dengan menggayakan rambut ala mentornya, Reshmonu pada pertemuan dengan Kosmo! di Temple Of Fine Art di Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penggiat muzik tradisional Punjabi itu memberitahu, populariti sederhana yang dimilikinya hari ini sememangnya bukan usaha perseorangan tetapi gandingan bahu beberapa insan seni seperti Reshmonu, Lewis Pragasam, Boy Radge dan lain-lain lagi.

Anak kelahiran Nepal, India yang menjelajah jauh dari tanah airnya semata-mata mencari peluang hidup yang lebih baik di Malaysia itu mengakui, dia berjaya mendapat apa yang dihajatkan di bumi asing terutama dalam industri muzik tempatan.

Dia yang memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang vokal muzik dari Universiti Delhi bersyukur kerana bakat seninya itu telah dihargai.

Ia berdasarkan kehadirannya itu yang diterima baik bukan sahaja oleh para peminatnya tetapi juga rakan-rakan artis tempatan.

Mengimbas kembali, titik perubahan pertama dalam karier seni muzik Arvinder Ji berlaku pada tahun 2005 apabila dia memperolehi peluang untuk menghasilkan single, Hey Waley bersama Reshmonu.

Kredibilitinya yang begitu arif menguasai kemahiran menyanyi lagu-lagu klasik Hindustan dan Punjabi dengan mudah memikat hati Reshmonu untuk menjalinkan kerjasama dengannya.

"Selain Reshmonu, ramai lagi komposer tempatan menawarkan peluang menyanyi dalam album mereka. Tawaran-tawaran istimewa itu yang membuatkan saya setia dan berbakti kepada industri muzik tempatan yang mengalukan kedatangan artis asing tanpa mengira agama serta bangsa.

"Justeru, muzik adalah bahasa universal maka perbezaan seketara mana pun lenyap jikalau ada bakat tersendiri dan hasrat yang murni," ujar Arvinder Ji yang kini mengendalikan kelas vokal klasik masyarakat India utara iaitu Harmonium di Temple of Fine, Brickfields , selain turut menjadi guru muzik di Sekolah Antarabangsa Global Indian di ibu kota.

Tahun ini merupakan suatu lagi titik permulaan buatnya apabila dia muncul dengan album sulungnya berjudul, Yadein yang menyajikan lagu-lagu versi Hindi, Punjabi, Tamil dan Gujerat.

Katanya, istilah yadein yang membawa makna memori dalam bahasa Hindi itu sebenarnya memaparkan nostalgia keindahan hidupnya yang tersirna dalam alunan muzik jazz dan sentimental.

Istimewanya, album itu turut membabitkan sekumpulan pelajar kelas muziknya yang menyumbang tenaga dan suara untuk menghasilkan sebanyak 17 buah lagu dalam empat versi bahasa dari India.

Disebabkan penghasilan album pertamanya itu masih di tahap eksperimental, maka di masa hadapan dia bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu versi Melayu dan Inggeris untuk diperdengarkan buat seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai permulaan, Arvinder Ji menyatakan bahawa sebanyak 2,000 salinan cakera padat album Yadein akan dipasarkan pada harga RM25.90 setiap sekeping.

Pada majlis pelancaran yang penuh bermakna itu, Arvinder Ji dan anak-anak muridnya itu telah menghiburkan tetamu dengan enam buah lagu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vila mewah Sunil

Posted:

Vila mewah Sunil

Vila mewah Sunil


SUNIL SHETTY memiliki cita rasa yang tinggi dalam menghias kediamannya.


VILA yang dipenuhi dengan perabot menawan, kolam renang privasi, gazebo, bilik pembantu rumah dan taman merupakan pilihan aktor terkenal, Sunil Shetty.

Kediaman itu dibina di Khandala, India. Pada awalnya, Sunil telah melibatkan diri dengan dunia hartanah bersama sebuah syarikat di Alibaug.

"Rumah itu dipenuhi dengan perabot. Anda yang memasuki rumah ini tidak perlu bawa pakaian. Sekali anda melangkah masuk ke dalam vila, segala-galanya telah tersedia termasuk gajet," beritahu sumber.

Pelakon itu mendapat idea sebaik sahaja pulang daripada melancong. Dia memilih konsep vila Whistling Woods kerana seakan-akan dengan vila di Bali.

"Ini bukan sekadar projek yang diimpikan. Rumah ini menggunakan tenaga solar, mesra persekitaran dan luas. Ia juga merupakan rumah idaman setiap orang," tambah sumber lagi.

Namun, fasa pertama dan kedua baru sahaja bermula. Pembinaannya mendatangkan keuntungan. Ia dipanggil 'S Assets' bagi jenama rumah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.