Adsense

Jumaat, 18 Februari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


ASA 2010 bukan anugerah untuk RTM

Posted:

ASA 2010 bukan anugerah untuk RTM

ASA 2010 bukan anugerah untuk RTM

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar AMIRA AZMAN


Rekaan pentas ASA 2010.


ANUGERAH Seri Angkasa (ASA) yang diperkenalkan 39 tahun lalu mencatat satu sejarah apabila penganjuran ASA 2010 melibatkan tiga stesen penyiaran di negara ini.

Buat julung kalinya, ASA yang menghargai usaha dan penat lelah tenaga kerja belakang tabir dalam sesebuah produksi memperlihatkan kerjasama di antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan dua stesen TV swasta iaitu Media Prima Berhad (MPB) dan Astro.

Setelah lima tahun menyepi ASA 2010 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam dan hari ini, kembali dengan 521 pencalonan.

Daripada jumlah itu, 198 adalah pencalonan bagi kategori radio manakala 323 pencalonan lagi untuk kategori televisyen.

Angka tersebut dilihat bertambah sebanyak 20 peratus berbanding penyertaan sebelum ini.

Disingkap sejarah penganjuran ASA, sejak tahun 1972, pencalonan tertumpu kepada tenaga kerja daripada RTM.

Bagaimanapun, bermula pada tahun 2004, satu pembaharuan dilakukan apabila anugerah berprestij itu dibuka penyertaannya kepada stesen televisyen lain dalam memberi saingan yang lebih sihat.

Namun begitu, jika dilihat senarai pemenang pada tahun tersebut, rata-rata pemenang kategori yang dipertandingkan diungguli oleh RTM sendiri.

Dominasi pencalonan akhir ASA 2010 kali ini nyata lebih banyak menyenaraikan penyertaan daripada RTM dalam kebanyakan kategori.

Secara tidak langsung, itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat seni sehingga ada yang melabelkan ASA sebagai anugerah khas dalam mengiktiraf produksi di bawah RTM.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya yang ditemui di Dewan Merdeka, PWTC baru-baru ini ketika mengulas isu tersebut memberitahu, pada tahun ini penyertaan telah dibuka sejak 30 Jun 2009 sehingga Julai 2010.

Katanya, RTM sendiri mengambil inisiatif menghantar seberapa banyak pencalonan yang dirasakan terbaik untuk dipertandingkan.

"Apa yang saya lihat, televisyen swasta tidak banyak menghantar pencalonan dalam jangka masa yang ditetapkan.

"Ada yang sampai lewat menyebabkan penyertaan terpaksa ditolak. Untuk ASA kali ini, drama yang menggunakan peralatan luar negara juga tidak layak bertanding. Mungkin disebabkan garis panduan sebegitu, kita melihat RTM seakan-akan mendominasi.

"Jika RTM banyak menang sekalipun, saya rasa tidak timbul isu bolot atau pilih kasih. Pencalonan akhir juri dipilih oleh juri profesional yang terdiri daripada ahli akademik serta mereka yang arif tentang industri ini," katanya.

Menolak dakwaan pencalonan daripada stesen televisyen swasta dihadkan berdasarkankuota tertentu, jelas Ibrahim, kesemua stesen sebenarnya mempunyai hak untuk menghantar seberapa banyak penyertaan asalkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

JBeliaumengakui, sering mendidik kakitangannya supaya menghantar seberapa banyak penyertaan yang dirasakan terbaik untuk dinilai kemampuan produksi.

"Kadang-kadang apabila melihat beberapa anugerah di peringkat antarabangsa, saya dapati ada antara produk RTM yang lebih baik daripada yang menang. Cuma sayang kerana RTM tidak menghantar pencalonan.

"Daripada situ saya banyak menasihatkan agar produksi RTM menghantar mana-mana produk mereka yang bagus untuk dipertandingkan," katanya lagi.

Pentas

Sementara itu penerbit malam kemuncak ASA 2010, Ain Sabrina On ketika ditemui baru-baru ini berkata, persediaan ASA 2010 termasuklah pemasangan pentas yang terdiri daripada enam buah skrin LED yang meliputi tiga skrin yang boleh diturun-naik.

Berkonsepkan berlian, pentas yang direka oleh Farah Radzi yang mencecah nilai lebih RM200,000 itu berbentuk segitiga yang melambangkan bentuk berlian bersegi-segi.

Tambah Ain, lebih 30 krew terlibat sepanjang proses penyiapan pentas dan sesi raptai diadakan pada 17 Februari, sehari sebelum bermulanya majlis tersebut.

Malam kemuncak ASA 2010 dikendalikan oleh Afdlin Shauki, Dephne Iking dan Hani Hamid. Manakala Farah Fauzana bergandingan dengan Azrul Raja Lawak dan Lesya mengendalikan sesi karpet merah sebelum bermulanya majlis anugerah.

Bagi menyerikan lagi majlis, beberapa persembahan diadakan termasuk persembahan Orkestra RTM terdiri daripada 40 pemuzik yang dipimpin Asnawi Mutaal.

Turut mengadakan persembahan ialah kanak-kanak yang dicungkil bakat daripada pelbagai pertandingan nyanyian di stesen televisyen. Ini termasuklah Dayana (Idola Kecil), Petrus Presley (Bintang Kecil) dan Wani (Kamilah Bintang).

Turut membuat persembahan pada malam kemuncak (malam ini) ialah Datuk Sharifah Aini dan Dayang Nurfaizah.

Bercerita tentang konsep yang dibawa di malam kemuncak ASA 2010, jelas Ain, ia lebih fokus kepada dunia penyiaran serta citra budaya Malaysia.

Malah, pada skrin utama, akan diselitkan sepasang watak animasi yang bakal bercerita serta menyampaikan pelbagai mesej tertentu berkaitan budaya serta perpaduan 1Malaysia.

Bagi malam pra ASA 2010 yang berlangsung pada 18 Februari, menurut penerbitnya, Nor Kuzaimah Abd. Aziz atau Oja, ia boleh dikatakan lebih kepada pesta yang merayakan orang-orang di belakang tabir.

Antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam tersebut ialah Izwan Pilus, Fatin, Rey dan Erni, menyanyikan lagu tema yang dicipta khas untuk ASA 2010 iaitu Kita Satu.

Tidak ketinggalan ialah Suki dan Adira menyampaikan lagu Suaraku dan Ilusi serta Wakaka Crew (Colours Of 1 Malaysia).

Menariknya persembahan daripada dua generasi iaitu Dayana dan Ning Baizura menyampaikan lagu Curiga, Petrus Presley dan Jamal Abdillah (Dari Sudut Kamar Hati) serta Wani dan Jaclyn Victor menyampaikan lagu Gemilang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ally Iskandar nikah hujung tahun ini

Posted:

Ally Iskandar nikah hujung tahun ini

Ally Iskandar nikah hujung tahun ini

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar ihsan ISMAIL ABDUL HAMID


Ally Iskandar bersama tunangnya, Nur Aisy'ah Zainal.


PENGACARA program Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar, 35, bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya, Nur Aisy'ah Zainal, 26, hujung tahun ini.

Majlis pertunangan Ally dan Aisy'ah yang juga naib juara program realiti televisyen Gadis Melayu musim pertama, berlangsung Jumaat lalu (11 Februari) bertempat di rumah kakak Aisy'hah di Ampang, Selangor.

Apabila majlis tersebut diadakan secara diam-diam, Ally ketika ditemui di majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian, terbitan kolaborasi antara TV3, Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) menjelaskan kepada para wartawan berhubung majlis pertunangannya.

"Bukan sengaja mahu dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan wartawan sebaliknya sebagai menghormati permintaan daripada pihak keluarga perempuan yang tidak mahu perkara ini dihebohkan maka majlis diadakan tanpa disalurkan sebarang maklumat kepada media.

"Bukan sahaja wartawan tidak mengetahui mengenai pertunangan kami tetapi warga kerja MHI termasuk bahagian Komunikasi Korporat TV3 pun tidak tahu menahu tentang perkara ini," jelasnya sambil memohon maaf kepada rakan-rakan media berhubung merahsiakan pertunangannya itu.

Menurut Ally, perkenalan dengan Aisy'ah yang mempunyai perniagaan sendiri bermula pada tahun 2008, cuma tiga bulan kebelakangan ini barulah mereka menjadi rapat dan mengambil keputusan untuk bertunang.

Katanya, pakej yang ada dalam diri Aisy'ah berjaya memikat hatinya dan dengan pertunangan mereka, kegusaran yang selama ini membelenggu Ally telah terhapus.

"Saya tidak takut hilang penonton wanita jika itulah persoalan yang dilontarkan mengapa saya merahsiakan pertunangan dengan Aisy'ah.

"Apa yang saya takutkan ialah kalau saya tidak berkahwin. Lagipun saya sedar, lama kelamaan tidak akan ada orang yang mahu tengok muka saya lagi.

"Sekurang-kurangnya apabila saya balik ke rumah, adalah juga orang yang nak tengok muka saya," katanya secara berseloroh.

Terus terang Ally berkata, beliau tidak dapat mendedahkan berapakah wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan sebaliknya memberitahu, bakal isterinya itu cukup memahami kerjayanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.