Adsense

Jumaat, 18 Februari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Keputusan Anugerah Sri Angkasa 2010

Posted: 18 Feb 2011 10:20 AM PST

Anugerah yang berlangsung selama dua hari meyaksikan Radio Televisyen Malaysia ( RTM) mendominasi sebanyak 16 Anugerah yang terdiri daripada 9 untuk TV dan 7 untuk radio.


Sementara Media Prima ( TV3 ) merangkul 6 anugerah pada malam jumaat lepas, dan stesen Bernama turut mengondol 2 anugerah.


Majlis turut dihiburkan oleh artis seperti Adira, Suki, Izwan, Jaclyn Victor, Shila, Wakaka dan artis bintang RTM.



Sementara itu, ASA 2010 yang berlangsung untuk hari kedua, Sabtu, bakal menyaksikan sebanyak 22 anugerah disampaikan iaitu 19 menerusi kategori TV dan tiga kategori radio.
Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai seperti DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.

Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV 1, TV 9 dan Astro Prima bermula pada pukul 8.30 malam.