Adsense

Jumaat, 11 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Ally Iskandar Selamat Bertunang Dengan Nur Aisy’ah Zainal

Posted: 11 Feb 2011 08:53 PM PST

Gila'lah Hazrey kacak gemilang (bodek!) dapat korek rahsia. Pengacara TV3, Ally Iskandar sudah sah bertunang dengan Nur Aisy'ah Zainal, semalam.

Bukan setakat itu, kami difahamkan Hazrey sedang cuba mendapatkan gambar eksklusif majlis pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisy'ah. Sabar kejap!

Nur Aisy'ah, merupakan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama berjaya ditekel dengan cemerlang oleh Ally Iskandar, dan epik sekali pihak media tidak berjaya membau hubungan mereka.Mungkin sudah arif dengan selok belok dunia media, Ally bijak menepis berita yang berunsurkan peribadi.

Hasil copy-pasta penuh daripada Hazrey selepas ini.

Setiap kali aku berjumpa dengan Ally, soalan yang terpacul dari mulut aku tentunya: bila kau ni nak kahwin. Nanti orang cakap kau gay. Dia terus gelak berdekah dekah namun disebaliknya tersimpan rapi rahsia kisah cintanya. Ally Iskandar aku ketahui mudah bergurau dan cepat mesra dengan sesiapa. Dia sangat berkebolehan dalam kariernya

Sambil aku menulis ni, aku berkomunkasi dengan pengacara dan penerbit TV3 ini melalui blackberry messenger dan aku paksa dia bagi aku gambar dia dikuarantin dalam kereta sementara menunggu signal untuk masuk ke rumah bakal isterinya itu.

Ally Iskandar kini berada di luar rumah keluarga Aishah yang terletak di Taman Sri Intan, Ampang. Itu gambar tangan Ally yang dihantar pada aku beberapa saat lalu.

Antara mesej kami:

"Betul ke kau bertunang? Atau gosip liar yang nakal? Kalau betul, Alhamdulillah."

Ally menjawab ringkas: Majlis sdg berlangsung. Hamba sdg dikuarantin dlm kereta.

"Disebabkan konvoi banyak kereta, dah jam teruk. Sama mcm pergi meminang di Melaka der," guraunya. Tapi aku tahu, mesti dia berdebar.

Kredit berita: Hazrey, Rotikaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sharifah Sofia Persoalkan Valentines Day Haram

Posted: 11 Feb 2011 07:40 PM PST

Malam tadi, rakan kami berbangsa Sikh ada bertanyakan isu mengapa Valentines Day diharamkan, sedangkan hari tersebut untuk meraikan kasih sayang & cinta. Kami terdiam sejenak. Dengan nada perlahan, kami menerangkan kepada dia bahawa tarikh Valentines Day bukan berkaitan dengan cinta, sebaliknya mengenai sejarah kejatuhan Islam di zaman lampau. Dengan penerangan yang ringkas & berdasarkan fakta, akhirnya dia berkata, 'no wonderlah it's haram."

Senario di atas amat mirip dengan aktres Sharifah Sofia yang kini sarat mengandung. Mungkin dia tak tahu, atau terlepas pandang.

Al-kisahnya, Sharifah Sofia ada mengeluarkan kenyataan berbentuk soalan di Twitter, 'Really? A day of celebrating love is HARAM? Do u know dey print valentines day card 4 friends, mother, father, brother, sister & even pets?'

Kami tabik kepada peminat Sharifah Sofia yang menerangkan sebab-musabab Valentines Day diharamkan. Kami pasti, Sharifah Sofea kemudiannya men-google mengenai isu-isu ini. Syukur, tidak lama kemudian, Sharifah Sofea berkongsikan beberapa fakta ringkas mengenai isu pengharaman hari kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari.

Pendek kata, bukan semua orang ada kefahaman yang mendalam mengenai pengharaman sesuatu perkara. Jadi, korang yang berilmu tinggi, kenalah nasihat & tegur secara berhemah. Jangan tegur kasar-kasar, okay?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.